lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Sunday, November 27, 2011

Puisi: Hijrah

Hijrah,
Perubahan dari buruk ke baik,
atau sebaliknya.

Hijrah,
Berjayakah kita berubah?
Perubahan yang berlandaskan keimanan dan ketakwaan,
Bukan sekadar nafsu semata-mata.

Hijrah,
Perubahan positif ke arah ukhrawi,
Bukan sekadar duniawi yang penuh dengan pancaroba
Akhirat sasaran, dunia landasan.

Hijrah,
Memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan yang tulus dan ikhlas,
Ikhlas buat dirimu Ya ALLAH,
Semoga aku berjaya mendapatkannya.

Hijrah,
Aku memerlukan hijrah,
Ya ALLAH, engkau bantulah diriku untuk berhijrah,
Dari baik ke buruk,
Hijrah didalam ibadatku,
Hijrah didalam amalanku,
Hijrah didalam mengapai redha-mu Ya ALLAH

dicipta dengan ditemani kehenginan malam oleh SITI NUR AISYAH ISHAK. 24.11.2011. pada 11.32 malam..

2 comments:

MiZ Rayy said...

smoga kta berjaya mlkukan pghijrahn ke arah kbaikn.. :)

cik tenggiling said...

InsyaALLAH..amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...