lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Saturday, April 30, 2011

ekh.. sape nyer wedding ni??




ehek-ehek...
tenggiling ambil mood nak kahwin..sampai bergulung-gulung..
alor-lorh..
Shah Kuda n Lebah Juling boleh tak kalau tenggiling cut the q?
alorh boleh lar..
ceh..
selamba je..
ehek-ehek..

semalam adalah wedding sepupu aku..
perh...
aku da mula lar ambik mood..
ehem..ehem...

kat umah lak mak ngan abah asyik bincang pasal pelamin r untuk Lebah Juling yang da tak sabo nak kahwin.. eheheehe..


disini aku tujukan khas lagu ni untuk pengantin
lagu ni aku wat sendiri yer.. haha...
ok juz kidding.. I'm not a composer I'm a student.. terimalah Bunga Rampai
Bunga rampai diracik-racik
Makin pandang bertambah cantik
Bunga rampai harum baunya
Kalau dah jodoh bertemu jua

Berdebar rasa hati bercampur dengan rasa suka
Hari yang dinanti sudah sampailah masanya
Gadis dihias rapi dengan inai merah dijari

Sanggul berbagai rupa dihias pula dengan bunga
Baju kebaya panjang bersulam manik nampak bercahaya
Bila dia tersenyum ala sayang sungguh manisnya


Bunga rampai ditabur-tabur
Hati longlai jadi terhibur
Bunga rampai harum berbau
Biar lerai hati yang rindu



p/s: tengok tak Royal Wedding?? best kan..

Saturday, April 23, 2011

Choral Speaking not coral speaking..


mesti korang da tak sabar-sabar nak tau pasal pertandingan Choral Speaking aritu kan.
haha.. ada yang siap call aku lagi nak tau keputusan pertandingan aritu..bedering-dering I-pong aku..haha..

keputusan ialah mesti r kitaorang menang..
tengok r conductor dia sape..
haha...aku lar conductor dia..
conductor Choral speaking yer bukan conductor bas..
sebab haritu Shah Kuda call mak aku then dia tanya camni 'mak, tenggiling mane?'
then mak aku dengan penuh bangga menjawab 'adik pi latihan Choral Speaking dia kan conductor'
Shah KUDa: 'Conductor bas ke?' dengan memek muka yang blur boleh plak dia cakap macam tu..

erk.. venue tempat Choral Speaking ini adalah kat SMK Matin.. jalan yang terlalu lurus untuk sampai ke destinasi menyebabkan aku hampir nak muntah.. tapi kena r bajet cool sebab adik-adik yang lain kat belakang semua happy.. takkan aku nak spoilt mood diaorang plakkan.. tapi yang aku pelik diaorang tak poning ke??
ok-ok back to the story ye..
tajuk kitaorang adalah 'TEENAGERS'..
first time aku pikir tak menang..
wow jahat giler ayat, ayat yang boleh membunuh motivasi adik-adik Choral Speaking aku.. namun sangkaan ku meleset apabila juruacara mengumumkan kemenangan kitaorang.. masih lagi tergiang-giang di telinga aku suara mak cik MC yang sungguh merdu
'tempat ketiga bagi pertandingan Choral Speaking ini dimenangi oleh SMK DATO' HAJI MOHD REDZA'
semua dak choral melompat-lompat.. yeay..
semua happy..
walaupun penat nak handle diaorang tapi ini merupakan pengalaman yang paing best.. hehe..


hadiah yang kitaorang dapat merupakan medal and sijil bukan coral dasar laut tu ye..
disini aku sebagai conductor yang bajet ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga buat Puan Nor Izuan, Puan Saimah, Cikgu Din dan Cikgu Hizami.. thank you so much.. tak lupa jugak buat adik-adik choral speaking.. erk nama korang takyah lar ekh,.. ramai sangat ler...

p/s: WE ARE TEENAGERS YOU SEE..

Wednesday, April 20, 2011

13 APRIL 2010


walaupun dah tujuh hari berlalu..
namun kehangatan hari jadiku masih terasa.. ceh ayat skema kot.. macam sasterawan negara plak.. haha...
13 April 1995 itulah tarikh teramat bagi kut..tarikh lahir ler..
tahun ni merupakan birthday aku yang ke-16...
sambutan?? ala kadar je...
tapi part yang paling teharu sob..sob..
waktu time choral speaking, my belove teacher, Puan Nor Izuani and all the girls pakat nak wat surprise party untuk aku.. memang surprise betul sampai terkejut aku.. heeee...

part takleh bla..
tetibe aku didatangi oleh dua orang ahli choral speaking..
diaorang pown beborak ngan aku r..
tetibe sorang ni cakap camni 'akak da boleh kahwin lar kan'
'what'??
adui adikku perjalanan akak mu ini masih panjang dan penuh liku-liku.. tunggu ler akakmu ini graduate dengan segengam 'bachelor of medicine' dan mendapat gelaran di hadapan namaku ini..
bukan DR.TENGGILING BERGULUNG yer...


p/s: KAPTEN SHAH KUDA n CIKGU LEBAH JULING

Friday, April 15, 2011

aku blur...

tadi aku pi Taipan..
mesti ramai yang ingat yang Taipan tu dekat Taiwan..
maka siapa yang beranggapan begitu memang teruk r geografi anda..
woi, geografi fail ke apa??
haha..
Taipan tu dekat Senawang..
Senawang tu dekat Negeri Sembilan bukan Negeri Sepuluh...

berbalik kepada citer tadi..
aku teman mak aku pi Bank Rakyat..Bank pilihan anda..
memandangkan aku the one and only child yang ada kat Malaysia.. yang lain kat aboard jadi aku ler temankan mak aku...
oleh kerana dalam Bank tu terlalu ramai orang.. macam dalam tin sardin..
ok tak perbandingan aku?? haha..
aku pun mengambil keputusan untuk duduk kat luar...

tetibe ada datang salesman jual broadman datang menghampiri aku.. jenama apa aku tak perasan sebab aku serius dah mengantuk... huaaaaa....
salesman tu pown offer dia punyer broadman..
aku juz geleng.. then dia tak habis-habis membebel pasal product dia..takkan aku nak beli kot tak sanggup aku nak menduakan wifi kat umah aku tu.. nanti karang nangis r plak wifi tu...
aku cakap tak nak pown dia still tak nak bla..adui.. masalah betul r..aku da r bengang giler.. da r panas pastu ada mamat membebel plak.. adui..
tak nak nampak macam kurang ajar sangat tapi macam terlebih ajar aku pown pandang dia dengan renungan yang tajam..
then cube korang teka dia cakap ape...

'asal awak tengok saya macam tu??? awak suka saya ekh?? kalau awak suka cakap je r.. boleh kita couple saya pown tengah single'.

lepas dia cakap aku terus bla..dalam hati aku berkata mamat ni kan ada yang nak kena penampar...

P/s: kepada mamat tu kalau desprate pown tolong ler jangan wat camtu.. nampak macam takde maruah je...

Saturday, April 9, 2011

kenangan PANTAI MERDEKA

tetibe rase nak post plak kenangan masa pergi ke Pantai Merdeka Dan Tanjung Dawai..
masa tenggiling pergi tempat tu dalam lebih kurang 2 tahun yang lalu.. rasanyer ni kenangan best kot sebab ada sejarah disebaliknyer.. yang akan sentiasa terpahat di kotak memori tenggiling dan tak akan sekali-kali diluputkan..yeah.. haha.. tenggiling pergi tempat ni bersama abah,mak, shah kuda n lebah juling.. yeah.. ok maybe ada yang masih blur kat mana tempat ni sebenarnya.. ok tempat ni terletak di sungai petani, Kedah. dan tempat ni juga menjadi lagu famous bagi kumpulan tropika-cinta pantai merdeka..lagu ni diperkenalkan oleh shah kuda kepada lebah juling dan tenggiling bergulung semasa on the way the tanjung dawai..
korang pown mesti nak tau gak kan view kat tempat tu.. view kat tempat ni memang outstanding.. perh.. cantik.. maybe disebabkan oleh sawah padi yang terbentang luas menghijau.. yeah.. I like.. orang cakap kalau naik kat gunung jerai lagi cantik..tenggiling tak tau r..sebab tak sempat nak pergi.. time is running out.. gambar takde r sebab picture tu semua dalam shah kuda punyer camera.. sambil tu jom layan lagu cinta pantai merdeka..

Telah bertahun lama
Tenggelam arus masa
Di dalam ingatanku
Masih segar terasa

Terkadang aku sama
Mengatur bunga cinta
Keadaan memaksa
Kita terpisah jua

Andainya aku berdaya
Kan kucoretkan untukmu
Sebagai kenangan kita
Kan ku buktikan untukmu
Akan aku buktikan

( Korus )
Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! Indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...

( 1 )
Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...