lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Tuesday, November 29, 2011

#Wordless Wednesday# Remaja Dan Lucah



Remaja Dan Lucah tidak dapat dipisahkan. tapi bukan semua la.. jangan cuba-cuba mendekatinyer kawan-kawan.. ingat LA TAQRABU ZINA

Sunday, November 27, 2011

Puisi: Hijrah

Hijrah,
Perubahan dari buruk ke baik,
atau sebaliknya.

Hijrah,
Berjayakah kita berubah?
Perubahan yang berlandaskan keimanan dan ketakwaan,
Bukan sekadar nafsu semata-mata.

Hijrah,
Perubahan positif ke arah ukhrawi,
Bukan sekadar duniawi yang penuh dengan pancaroba
Akhirat sasaran, dunia landasan.

Hijrah,
Memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan yang tulus dan ikhlas,
Ikhlas buat dirimu Ya ALLAH,
Semoga aku berjaya mendapatkannya.

Hijrah,
Aku memerlukan hijrah,
Ya ALLAH, engkau bantulah diriku untuk berhijrah,
Dari baik ke buruk,
Hijrah didalam ibadatku,
Hijrah didalam amalanku,
Hijrah didalam mengapai redha-mu Ya ALLAH

dicipta dengan ditemani kehenginan malam oleh SITI NUR AISYAH ISHAK. 24.11.2011. pada 11.32 malam..

Tuesday, November 22, 2011

#Wordless Wednesday# Kereta Berharga RM88



hah, siapa nak kereta ni. hanya RM88 je..siapa cepat dia dapat..

Jalan-Jalan Cari Kepah

semenjak ada travelog pasal New Zealand dekat 8TV, aku kini bersemangat kembali nak share dengan korang about New Zealand. owh bertapa gediknya aku. okie, ni aku share dengan korang dengan one of the activity yang kitaorang buat dekat New Zealand iaitu tangkap kepah. okey, this activity is very exciting. serius. tapi kepada yang tak tahan sejuk tu, sila balik la ye. tak guna kalau korang pergi tapi tak nak keluar dari kereta (sebab sejuk). okey, back to the topic. kitaorang pergi ke entah apa entah nama tempat dia (lupa la nama sebab banyak sangat telan semut) dengan menaiki kereta sport car abang kirin. wanna know who is abang kirin? tunggu next punyer entry. senang citer tunggu lepas lafaz akad selesai diucapkan (apakah ini?? terblur sekejap). oleh kerana kereta sport car abang kirin hanya memuatkan 5 passenger sahaja (kalau dekat NZ ni memang tempah maut la kalau had muat 5 orang tapi yang ada dalam kereta 6) undang-undang diorang totally sangat ketat. disebabkan kereta tak muat, abang kirin bawak motor harley davidson dia.(hamek kau harley davidson padahal tak pun. entah apa entah nama motor dia tapi style motor tu sebijik macam harley davidson, mungkin adik-beradik kot) tapi yang aku pelik tu, masa tu awal winter, tak sejuk ke abang oi naik motor tu? selepas kami sampai ke tepi pantai yang teramatlah sejuk dengan keadaan angin dia yang teramatlah kencang. first part, sampai-sampai je dah maghrib,kami semua jamak except for kakak dengan abang kirin, jadi kami pun temankanlah diorang sembahyang dekat atas jambatan. dekat tempat orang, hang tak boleh nak memilih tempat sembahyang. so bersyukurlah kamu di Malaysia yang terlalu banyak surau ataupun masjid tapi makmumnya amat mengecewakan. so guys, jom bangun.kaki melangkah menuju ke Masjid. ok, semasa tangkap kepah mula-mula my abang join tapi tak sampai sepuluh minit, dia dah masuk kereta. tak tahan sejuk. mak aku dah surrender awal-awal. duduk dalam kereta la gamaknya.
nampak lampu dekat belakang tu? itulah bandar Wellington. angin dia bertiup kencang, tak main la sepoi-sepoi bahasa.
this is my belove father. my father always cool. go abah go abah.
setelah penant mencari, akhirnya satu baby kepah je yang berjaya dijumpai. huh, wat penat je.
inilah tempat selalunya kepah dijumpai, tapi pada hari tersebut kepah tu malu la dengan aku.
dengan langkah yang tidak berhati-hati, kaki aku terpijak air laut yang super duper macam ais. rasa nak menjerit sebab terlalu sejuk
hidung aku dah terlalu sejuk, dah macam ais. ohohohh
saya sejuk saya nak balik. sampai disini sahaja entry pada hari ini.

p/s:KIA ORA

Saturday, November 19, 2011

Saya Memerlukan Undian Daripada Anda

Saya Memerlukan Undian Daripada Anda..yes..thats it.. I need vote from you guys to make my dream come true.
haritu pada bulan bila entah Intel datang sekolah aku.dah tak ingat sebab dah lama sangat rasanya. tapi yang pasti, time tu mak aku masih lagi berkhidmat di sekolah tersebut. okie..itu semua tak penting yang penting disini ialah aku telah dishort listed as the best 10 for the best slogan PC ku, Teman ku.. oh yeah.. here are my slogan:
Melalui PC saya dapat meluaskan bakat yang terpendam iaitu dengan menulis novel . Dengan adanya PC ini saya dapat menulis novel saya dan menghantarkan ke Penulisan2u.com. PC ini juga dapat membantu saya mengenali dunia luar. Selain itu juga, PC dapat membantu saya mendapat duit dengan berblogging bersama nuffnang. Dengan adanya PC ini saya boleh menjadi blogger dan penulis novel terkenal. PC ini juga dapat membantu saya dalam pelajaran dan membantu saya untuk bertukar-tukar kertas soalan peperiksaan dengan pelajar di negeri lain. PC juga dapat membantu saya mengeratkan lagi tali silaturahim antara keluarga kerana dengan adanya PC ini saya dapat online bersama kakak dan abang saya yang berada di luar negara.

dan saya memerlukan undian daripada anda yang saya sayangi semua untuk memenangi pertandingan ini. justeru, jika anda rasa slogan saya awsome, marilah undi saya, jangan malu-malu, jangan segan-segan k. just klik di sini.. saya yang bernombor B08.. gambar saya seperti gambar diatas. so apa tunggu lagi jom la undi saya sampai lebam..

Friday, November 18, 2011

Hairudin Omar Datang Sekolah Aku

As we all know, tadi merupakan last day of school.. yahoo!! but Aisyah do remember that next year you will seat for SPM..oh man.. cepat je masa berlalu. rasa macam baru semalam je dapat result PMR. nangis-nangis, peluk-peluk.. then suddenly kena menghadapi exam yang besar lagi.dugaan.dugaan. hehe. tapi I got a BIG news for all of you. tadi Hairudin Omar or also known as Hai-O came to my school. hebat tak? kalau haritu Hana Tajima datang my school, harini Hai-O pulak..hehe.
ekh, sebelum aku melalut lagi, aku nak tanya korang ni. kenal tak siapa Hai-O ni??
what tak kenal?? very the old skul la you guys ni. dia merupakan pemain bola sepak Negeri Sembilan but he is not orang Nogori, dia orang Ganu Kita. dia sangat famous kerana selalu menjaringkan gol. oh yeah. sangat awsome. hehe. jom usha gambar Hai-O Hai-O tengah membaca apa entah. cikgu pulak tengah control macho..cikgu takyah control macho sebab cikgu memang dah macho..hehe..
aku dah cair saat terpandang Hai-O..chewah
Hai-O: hye, adik-adik REDZA
Hai-O sedang menjawab soalan yang dikemukakan oleh para pelajar
smile Hai-O.. smile..hehe..
terima kasih bang..
erk, dik thanx sebab sudi jadi model for the day..hehe.. adik ni menang juara futsal..hebat tu..

kesimpulannya ialah Hai-O sangat sporting..hehe..tak sombong.. today for the first time baru aku tahu yang Tengku Qayyum tu bekas budak sekolah aku..hehe..nampak sangat tak up to date ye.. sorry gambar tak beberapa nak jelas sebab cilok orang lain punyer gambar. aku malas nak bawak DISELAR..haha..

p/s: Hai-O datang la lagi ye..hehe..

Wednesday, November 16, 2011

Things That I Hate When Blogwalking


today I wanna write about this kinda of my experience and some tips to make your blog fabulous.. ceh..ceh.. Cik Tenggiling Bergulung, hang pikir blog hang tu hebat ka??
Aku: erk, tak hebat ekh, tapi terbaikkan.. baik korang ngaku..=P.. seriously masuk bakul angkat sendiri.
okie, back to the topic. Things That I Hate When Blogwalking or in Malay 'Benda Yang Aku Benci Semasa JalanBlog'. erk, 'jalanblog'? huh, bantai sahajalah labu.

no.1 lagu-lagu yang 'annoying'.
hah, hamek kau.. annoying terus. aku tak blame korang nak letak lagu ke apa tapi masalahnyer letak la button stop ke pause ke.. ni tak bukak-bukak je blog korang tetibe lagu kuat-kuat dah memekak-mekak. lagu heavy metal lagi aku menyampah. cuba korang bayangkan ekh. ni dah tengah malam tetibe korang terasa nak bukak blog kawan anda, then suddenly belum keluar pape lagi tetibe keluar lagu bagai.. nak luruh jantung kot. pernah kena tak??

n02. gambar hantu
ni memang aku rasa nak sepak terajang je pemilik blog yang kurang asam jawa meletakkan gambar hantu-hantu ni. aku bukan takut tapi terkejut. bila kita terkejut, otak kita pun akan terkejut.then, secara automatik kau akan terbayangkan apa yang kau nampak.then nanti adalah adengan gi toilet pun mak teman.haha. for safety precaution.

n03. burung twitter.
aku paling dok menyampah kalau ada burung tu follow aku. kau terperangkap ekh burung? bebaskanlah..aduhai.. part yang menyampah bila burung tu duk ngekor kita. menci-menci. ada sekali tu aku online sebelah dak kecik. then dak kecik tu tanya aku cam gini.

dak kecik:kak, yang warna biru tu bukan burung ke.
aku: haah, pandai la adik ni.
dak kecik: kejam la pemilik benda ni(sambil jari duk pointing kat blog tu)
aku: apa kes? (otak tengah memproses maklumat)
dak kecik: ada ke patut kurung burung dalam ni (sambil jari duk tekan-tekan skrin lappy aku. oit, dak kecik ni bukan sangkar burung la kau nak tekan-tekan..sabar jelah)
aku: erk'?
dak kecik: bebas kan dia(sambil ambil lappy aku then terus dihempaskan di lantai) -part ni aku tipu..haha.. aku benci burung biru ni, sebab follower aku sikit..haha..

sebenarnya blog aku ni banyak je kelemahan. tapi biasa la aku tak sedar diri bajet hot blogger nak nasihat orang..puii..
p/s: apa kekurangan blog aku ekh..

Tuesday, November 15, 2011

#Wordless Wednesday# Serupa Tapi Tak Sama


apa serupa apa yang sama? saksikan betul-betul. apa persamaannyer...muahhaa(gelak besar)

Monday, November 14, 2011

My Face On Tudung Express

seriously aku memang tak suka pakai tudung express.. asal pulak?? sebab bibik aku pakai tudung ni. huh, seriously bibik aku pandai bergaya.. chewah. totally. tarak tipu punyer. the other reason is my face look like 'mak cik' if I were this kind of hijab, so sebagai cara tak nak bagi muka nampak macam mak cik, I just decided to wear 'tudung bawal'. hah? tudung bawal, yes tudung bawal. very the old school kan. but biarlah. so of my fren even suggest me pakai selendang. haha. tahun lepas je aku pakai, then back to normal again. tak minat la pakai shawl ni. then tetibe my friend suggest me pakai this tudung express, then she said my face look ok.. very the ok wearing this kind of hijab. comel lagi.. huhu.. so which one is okey?

my face wearing tudung bawal.
taraaa,.. the new generation.. tudung express...

mana lagi hokie??

Sunday, November 13, 2011

Good Luck SPM Candidates


disini saya Cik Tenggiling Bergulung ingin mengucapkan the best of luck to all SPM candidates 2011. hehe. I'm pretty sure some of the candidate tak dapat nak melelapkan mata. just be cool k. saya juga nak wish the best of good luck to both my angah, that will seat for SPM.

the first angah: Angah AFiq
budak INTERPOL ni.. hehe.. intergrasi jempol. ex-boy MTD (tak perlu cerita kenapa jadi ex-boy)..esok ambik 9 subjek.. aku menang sebab aku ambil 10 subjek (ceh poyo) haha.. Angah, do the best k.. kalau along dia dapat 9A insyaALLAH angah will dapat 9 At.. AMIN.. langkah kaki kamu esok diiringi doa kami..

the second angah: Angah Fatin
go angah, aja-aja fighting.. budak SHAMS ni.. dah confirm la ambil 11 subjek. insyaALLAH kamu boleh punyer.. 11 At insyaALLAH...kalahkan Angah Afiq..hehe.. insyaALLAH both will get straight A plus-plus..

if this year korang ambik SPM, next year is my turn.. huhu.. 10 subjek tu.. alamak..huhu.. takut...

p/s: langkah kaki kanan esok guys.

Friday, November 11, 2011

New Blog To Read My Masterpiece


PERHATIAN!!!!
haha.. this entry is totally to my awsome readers especially yang tukang layan my novel. saya telah mewujudkan satu blog baharu yang diberi nama Hasil Karya Tenggiling Bergulung. dimana dalam blog tersebut, saya akan tempatkan semua my masterpiece. tak kira la sajak ke, novel, cerpen mahupun pantun 2 kerat. saya akan update dari semasa ke semasa. dan anda juga boleh baca novel yang baru. dan jangan lah segan dan malu untuk memberi kritikan mahupun cacian. saya okie.. saya fine...

just clik here to read all my masterpiece. thanx for your comment dekat penulisan2u. may ALLAH bless you..

p/s:nanti kalau dah baca novel tu, jangan la lupa klik la sikit dekat nuffnag tu. hehe.

Monday, November 7, 2011

Hana Tajima Datang Sekolah Aku

jeles tak bila korang baca entry aku tu? sila lah jeles ok. mesti korang pelik, apa kejadahnya Hana Tajima datang sekolah aku. takkan nak ajar pakai shawl kot. haha. actually Hana Tajima datang nak main bola tampar dengan kengkawan aku. Hana Tajima datang sekolah aku semata-mata nak main bola tampar, hebat kan.haha.. promote sekolah sendiri nampak. sila tengok gambar dekat bawah ni dulu, then baru anda tahu. hehe.
apasal pulak Hana Tajima ni pakai baju melayu. siap dengan name tag plus lencana sekolah.curious pulak aku.
hamboi tangan Hana Tajima, lentik habis.
peace semua. Saya Hana Tajima
cantik tak shawl saya? ekh, kenapa pulak Hana Tajima pakai samping sekolah aku??
abang baju biru: bangga giler aku dapat ambik gambar dengan retis.
Hana Tajima: you untung tau, bukan senang nak ambik gambar dengan I. hanya orang tertentu saja k..
Kami sayang Hana Tajima. peace.

haha. actually, itu bukanlah Hana Tajima but Amza Tajima. mesti korang bengang kan..hehe.. sorry ye..
p/s: credit picture by Khairun Nadzirah and the model is Amza Zahid.

Friday, November 4, 2011

::selamat hari raya aidiladha bersama pilihan hati::



Dengan ini saya umumkan bahawa esok raya haji.hehe. sejak bila aku dapat cap mohor nak umumkan hari raya ni? ish.. ish. bersempena dengan hari raya haji esok, saya (tenggiling bergulung) dan family ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha bersama pilihan hati.. siapa pilihan hati aku?? yang pasti bukan Cikgu Hakim ye. harap maklum. hahaha. kepada kambing-kambing dekat luar sana, amacam dah ready ke belum? pastikan mandi dulu tau, kalau tidak lari semua orang nanti. bagi raya korban esok, aku pilih kambing ini untuk dikorbankan. hehe. ni aku nak bagi sedikit nasihat. kepada pemuda pemudi, esok jangan hanya datang ambik gambar masa time sembelih je, tolong la orang buat kerja melapah daging sikit. ini tak, masa time nak sembelih je ramai, bila time kerja semua terbang, bla macam tu je. ada ke patut. haish. okie la, sampai sini sahaja karangan yang dibuat khas oleh saya kepada Cikgu Hakim. kalau aku buat panjang lebar nanti penat pulak Cikgu Hakim nak tanda karangan aku. nanti kesian dia nak tanda karangan yang banyak tu. esok dah la nak raya. SELAMAT HARI RAYA CIKGU HAKIM

p/s: penat la hari ni..

Ridoma Giveaway : Kenapa saya suka kanak-kanak?



Saya suka kanak-kanak kerana telatah mereka dapat menghiburkan hati saya dan mereka sangat comel.

Haji Menuju Allah -Raihan

okey, this is the second song for Eid Al-Adha. this song is from Raihan yang bertajuk Haji menuju ALLAH

Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka
...(2x)

Pergi haji
Artinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba

Irfan Makki – Waiting for the call

sempena dengan Hari Raya Aidiladha esok, aku nak share dengan korang lagu baru dari Irfan Makki yang bertajuk Waiting For The Call sempena hari raya aidiladha ni. layan..

Miles away, oceans apart
never in my sight always in my heart
the love is always there it will never die
only growing stronger a tears rose down my eye

I am thiking all the time
when the day will come
standing there before you
accept this Hajj of mine

standing in ihram, making my tawaf
drinking blessings from your well
the Jali to Safa and Marwah
rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall

I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running in my Veins
to see my muslim brothers, their purpose all the same
greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day that everyone’s a Muslim.
that they remember you in everything they say

standing in ihram making my tawaf, making my tawaf
drinking blessings from your well
the Jali to Safa and Marwah
rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall

Perkahwinan Ala Tentera Yang Totally Awsome

tadi as masa aku tengah berpagebuk, tetibe aku terlihat satu status ni 'Alangkah bestnyer kalau aku kahwin dengan tentera'. woot..woot.. hamboi..dahsyatnya status mu. bila difikir-fikirkan balik, now I know why she want to marry with military officer. just look at picture below and try to ambik some feeling jiwang-jiwang sikit.
family belah pengantin perempuan. tema colour family belah pengantin perempuan berwarna hijau. I like.
ni pula family belah pengantin lelaki. tema colour pink or red, but I am so suspicious with Adik Hakim (budak lelaki that wearing green baju melayu), dia ni family belah mana? huhu.. terconfius sekejap. sabor jelah. cuba cari dimanakah aku? haha. oleh sebab aku terlalu humble, my picture tarak nampak la pulak.. haish. sodih.sodih. sabor jelah.
acara berjalan tanpa henti..hehe.. no lah.. ni acara berjalan di bawah pedang. macam dalam fairy tale la pulak kan.. hebat..hebat..
segak nyer pengantin. perh, siap dengan bagpipe lagi. ala-ala dekat scotland. muahaha, padahal dekat Shah Alam je.
makanan atas meja pengantin tu nampak sodap. rasa nak je ambik satu. haha.. tak beradab kan..hee..
ni dia, masa acara memotong cake. perh, cake pandan you.. very the sedap. haha.. the cake look awsome just like the bride..
ramai nyer yang ambik gambar pengantin. cuba teka mana aku? hehe. aku still sat steel dekat atas kerusi sambil layan makanan yang very the sedap. sedap hingga menjelit jari. uish, tipu la tu.. aku guna fork and spoon kot. bajet gler..
what are they doing? I also dunno. takde abang askar la kat sini yang boleh terangkan apa yang diorang tengah buat.
somewhere in Shah Alam. dia are doing some snap shoot..
uish, berderet pangkat. mintak satu boleh? hehe.
this is my beautiful aunty, her name is Herlina binti Yahya. status: already taken by my uncle.haha.
picture credit to Top Cat for the totally awsome picture..
the flower is very sangat the lawa.. haha..

k. bai for now..

Tuesday, November 1, 2011

#Wordless Wednesday#- Ada Juga Nama Macam Ni


gambar di atas hak milik tenggiling bergulung ye..hehe.. aku tak cilok dekat mana-mana. harap maklum. original picture from me. gambar ni disnap masa dekat nz. aku pun pelik, ada pulak nama orang dekat pricetag..hehe.. sabor jela..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...