lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Saturday, December 31, 2011

Bye Semua

dengan ini, Saya pemilik blog ini ingin menyatakan bahawa tahun depan saya SPM. dan saya akan jarang mengupdate dah.. huhu.. account facebook telah pun saya deactivate.. so guys.. bubye. dan doakan supaya saya dapat buat yang terbaik untuk SPM nanti ye.

dan kepada peminat-peminat novel saya (perh, ayat macam retis wow) anda boleh layari ke laman berkenaan http://ciktenggiling.blogspot.com/ untuk baca semua novel saya.. yehaa.. untuk tahun ni, saya tidak akan menulis sebarang novel. nantikan cerpen saya yang bertajuk 'Cinta 1 syawal' nanti yang akan saya siarkan pada bulan ramdhan ye..

saya harap maafkan saya jika terdapat salah silap. okie.. bye.. ASSALAMUALAIKUM..
kek ini sebagai tanda kemaafan dari saya.. nak kek ni?? silalah beli sendiri..muahahha... k.bai..

Thursday, December 29, 2011

Susah Ke Nak Senyum??



have you tought in your mind, "susah ke nak senyum ni?". yes, I do thought it in my mind. lately, aku seems rajin keluar rumah untuk beli barang, beli buku, bayar bil elektrik, teman kakak aku dating. ops' terkantoi sudah..hahaha. bila aku keluar rumah tetibe aku dapat rasakan yang Malaysian People doesn't know how to smile. okie. bukan semua tapi majoriti orang yang aku jumpa susah benar nak senyum. dalam mulut korang ada apa ekh? emas? sampai berat sangat untuk lemparkan sebuah senyuman. kadang-kala aku pelik gak bila terfikir yang diorang ni sanggup buat muka masam daripada memberikan sebuah senyuman yang manis. let us take a deep look at the story below.

pagi tadi, aku temankan my kakak masuk kedai perfume ni untuk mencari perfume Jadore. actually nak comparekan harga jadore Malaysia dengan Jadore UK. bila masuk je kedai perfume tu, mestilah ternampak promoter dulu an..mak ai, masamnyer muka, macam baru lepas kena jeruk.haha. macam susu basi pun ada gak. then my sister slowly asked the promoter "berapa harga perfume Jadore tu ye?". then dengan muka yang masam mencuka dia cakap "RM bla bla bla".. harga aku tak ingat. really sorry. oleh kerana muka dia poyo habis, we decided untuk terus bla dari kedai tu.
selepas kami bla dari kedai perfume tu, kami masuk ke dalam pasaraya yang terkemuka dengan capital 'T'..apakah kedai tersebut? lu pikirlah sendiri.. hahaha. oleh kerana kami kesuntukan masa, so we decided to buy benda yang penting je la. bila part nak bayar, counter banyak giler tutup. so kitaorang terpaksa beratur panjang melebihi garisan hijau. padahal barang yang beli tu tiga jenis je. pasaraya t terkenal dengan garisan hijau, konon-konon jika kita beratur melebihi garisan hijau, diorang akan bukak kaunter baru, tapi malang sekali tidak. okie.. habis la bab beratur panjang tu. bila sampai turn aku nak bayar, mak ai.. aku pandang muka promoter tu masam giler. 'bang tak reti nak senyum ke?'.. seriously aku rase mati mood aku nak shopping sebab tengok muka budak masam masin tu..

kambing pun boleh senyum, kenapa kita tidak??? senyum tak perlu kata apa-apa.
so what I wanna tell you here is, tolonglah smile.. kenapa kita kedekut sangat nak senyum?? bukannnya kena bayar pun. mana tau kalau kita senyum, ada pulak yang cair hati orang yang melihatnya, untung badan ada pulak yang masuk meminang.. fuyoo..
so girls and boys, what are you waiting for let us smile.. smile =)

Thursday, December 22, 2011

Kenangan Result PMR

semalam merupakan hari yang bersejarah bagi para pelajar PMR 2011 kerana semalam merupakan hari keputusan PMR keluar. I wanna say congratulations to those who score straight A's but for those who don't score, its okie. you can try it in future times. It is not the end of your day. You still got SPM to score. today when I open my facebook, I can see a lot of reaction from my junior. ada yang sedih, ada yang heppy but most of all they are happy. ALHAMDULILAH. when I looked at their status, it remind me last year. hehe. so here, in this entry I wanna share my experience taking my result.

Malam sebelum ambik result:
perh.. kehulu kehilir.. mata terkebil-kebil memandang siling rumah (part ni aku tipu, aku elok je tidur malam tu) lepas je sembahyang maghrib, aku sibuk dail no telefon abang aku.

aku: abang, masa trial exam PMR ko dapat berapa?
abang aku: aku dapat 4A
aku: masa PMR?
abang: takkan kau dah lupa kot. masa PMR aku dapat 8A

lepas je habis conversation dengan abang aku, hatiku telah berdegup kencang.. dup dap dup dap.. kalau abang aku masa trial dapat 4a boleh dapat 8a masa PMR betul-betul, macam mana pulak aku. sedangkan masa trial aku hanya dapat 2a je.

pagi masa ambik result:

dulu aku dengan mak aku sama sekolah. jadi pagi tu mak aku kena gi sekolah. sebelum gi sekolah sempat lagi aku pesan dekat mak aku.

aku:mak kalau adik dapat 8A mak call, kalau sebaliknya takyah la call.
mak: okie. (terus capai kunci kereta, gi sekolah)

lepas ke mak aku pi sekolah, aku terus on facebook and online...oh yeah. pada haritu abah aku tak pergi sekolah pulak. while my sister on skype with her boyfie...hahaha..
while I was on facebook, suddenly my father get out from his from, sambil mengeleng-gelengkan kepala.. ohhhhh mmmmmmmmm gggggggggggg..... jantung aku time tu takleh cakap. macam nak tercabut. haha. suddenly my father said like this "adik, result kau teruk". "hah?! What?".- aku. my dad "you just got 5A 2B 1C". dummmmm!!!! "what??!!!".. terus tak terkata apa-apa. terjelepok dekat lantai, sambil berjurai-jurai air mata. aku terus meraung kot. punyalah kuat suara aku. satu rumah boleh dengar. even nenek aku yang duduk dekat bilik bawah pun boleh dengar suara aku yang merdu ni menangis..wow that is so hebat Aisyah.

suddenly my sister came and said to me "dah la takyah nak nangis sangat. kau dah dapat 8A buat apa nak nangis". then aku jawab "aarrhhh kau. saje je kan". then my dad said "adik, you got straight A. abah main-main je tadi". aku "what?".
aku terus capai telefon rumah and straight away call my mother.

aku: mak, adik dapat berapa A?
mak: adik dapat 8A la
aku:huh, tipu la..
mak:buat apa mak nak tipu.
aku:really?
mak: iyew anakku sayang....

YEAY...ALHAMDULILAH YA ALLAH..
aku terus menjerit-jerit dan berlari-lari pergi ke arah nenekku..
"nenek, adik dapat 8A"...nenek aku senyum. I can see her happy face.. muka bibik aku pulak pelik..sebab kenapa aku happy sangat..then my sister said "kau tak nak gi sekolah ke?". haah kan. I suddenly change my baju to baju kurung and quickly drive to school. yang bawak kereta tu ayah aku.
bila sampai je dekat sekolah my english teacher approach me and said "thank you for make english A".
I quickly went to my class teacher. "aisyah congrats. You got straight A's" <---- I still can remember that 'ayat'........

YEAY..Finally 8A's is mine.. now I'm looking forward to get 10At in SPM 2012.. please pray for me..

Sunday, December 18, 2011

Adik Hakim Is Going To Sri Lanka

tonight my adik hakim is going to Sri Lanka. what for? non-other than perlawan kriket.. fuyoo.. dahsyat la adik hakim. I'm very proud of you.. jangan malukan Malaysia ye. sila menang, kalau tak buat malu aku je buat entry khas untuk kau..hehehe.. he and his friends from SM Sains Tuanku Jaafar will take this challenge.. yeah.. harap-harap korang menang. kasi up nama Malaysia.. oh yeah.. so best of luck from Tenggiling Bergulung.. hope you guys will win.. Hidup STJ. =)

dia yang paling kiri.. gambar masa form 1.. sekarang budak ni dah form 2..

p/s: if you want to give them moral support or kata-kata motivasi.. please leave your kata-kata semangat or kata-kata aluan, wishes at my comment. maybe they will be more motivate after read your wishes.. who know's. maybe your wishes will help them to win.. who know's right. so what are you waiting for? give them a kata-kata semangat hokeyh?

# Music Monday # - Dengan KuasaMu



Lirik Lagu: Dengan KuasaMu - Nur One

Dengan KuasaMu
Jiwaku tergoncang
Terus melayang
Mengembara cinta

Dengan KuasaMu
Hati telah terpaut
Lalu terikat
Ditawan cinta

Bukan bibir ini berbicara
Namun jiwa ini berbahasa
Dalam lamunan ku yakinkan
Kaulah teman kebahagiaan

Tuhan temukan daku penawar
Terluka ditusuk duri cinta
Hanya dia..cuma dia
Yang kan mampu menyembuhnya

Dan terus aku
Terus berdoa
(Hanya dia membawa bahagia)

Dengan KuasaMu
Mataku memandang
Sepenuh sayang
Dia tercinta

Dengan KuasaMu
Pastiku diseru
Dan kan menyatu
Di ambang cinta

Merayau Petang Di Bandar Wellington

today I wanna share with you my experince jalan-jalan waktu petang di bandar Wellington. kadar kesejukan di bandar Welly ni takde la sejuk sangat berbanding dengan keadaan di South Island. walaupun petang, the weather we can still axcept la..tak sejuk sangat. tapi bukan malam. kadar sejuk dia, mak ai boleh jadi ais kot..hahaha.. kitaorang lepas je makan tengah hari, kitaorang keluar gi jalan-jalan kat bandar Welly sebab abang aku sibuk sangat nak tengok baju canterburry. habis satu bandar welly tu dia tawaf semata-mata nak cari baju rugby.. aku follow je.. sambil tu, boleh ler mencuci mata tengok mat Saleh..hehe..while abang berjalan dengan abang kirin, aku pulak jalan dengan my dear sister. aku nak beli takde duit, so tengok jelah..hahaha.. my dad and my mum doesn't follow us coz they want to honeymoon at the house..kahkahkah..sesuka hati aku je. no lah.my mother stay at home coz she wants to cook dinner for us, and abah had to help her..hehe..ish..ish.. mak masak, anak-anak gi jalan..hihihi..apa lar...
I'm going to make a call to France because its free. haha.. bajet macam ada kawan dekat France je.. do you see mamat yang pakai baju hitam yang kat belakang tu? that's my brother..
I'm going to make a call to Malaysia..hehe.. phone booth dia ala-ala phone booth dekat England. yelah. diorang kan pernah dijajah oleh British. so it's bit colonial.aku rasa macam dekat UK la pulak. the little girl is my sister. isn't she pretty??
here we are at the post office square.. tempat ni macam dataran. actually aku tak tau la apa function tempat ni..seriously.. tapi yang aku tau kat sini ada jual stem.
and here comes the three muskateers (betul ke ejaan ni? batai je..haha).. me, my sister and my brother.. united me stand to jalan-jalan..
here comes the most happiest couple ever..haha..it's me and my brother..haha..jangan salah anggap ye.. apa function ambik gambar kat sini pun tak tau la..
here we are again and again. do you see me? ahaks. aku yang berdiri paling belakang sekali. tengah peluk tiang.. this is place I dunno what's the function. but all I know is, dekat sini ada bank and shop yang totally barang dia expensive. all you can do is jalan-jalan cuci mata, without buying anything.
the big clock.. ok..penat menunggu abang kirin withdraw money, so we snap at the great spot. apa yang great nyer?
di hadapan bangunan old bank.. duduk-duduk, lepak-lepak with the mat and minah saleh behind us. ok, that part tipu je..hahhaa..
sit at the bangku while waiting for my brother. he is busy, buying for his frens.. actually, I dun fell safe sitting at the bantch. coz, as if ada kereta yang nak langgar. padahal takdepun.. imiginasi terlebih. overdose.
motif gambar ni adalah, aku nak tunjuk bertapa bersihnya jalan dekat Welly ni. I do hope that one day, Malaysia will have this kind of road.. on that day, Massey University are doing thier convocation, thier flyers, were everywhere..
come and meet my man..haha.. patung tu..apa motif patung ni? hurm.menambah kecantikan bandar kot..
and we are finally finish our tour to Wellington...hehe... and this is Wellington that you never seen before.. okey. with this I end my typing..

p/s: I'm going to update more and more before 2011 ends..

Thursday, December 15, 2011

Gelagat Remaja Sekarang

hari selasa haritu, aku, abah dan kakak keluar gi salah sebuah shopping complex yang famous nak dating dekat Seremban ni.. kalau anda orang Seremban, anda tau la apa nama shopping complex tu.. sebab apa aku gi sana? dating ke? bukan dating la. dating itu haram. tapi ada ke orang dating siap bawak ayah sekali? hurm.. sebab aku gi sana adalah untuk mencari hadiah buat ibuku yang telah dinaikkan pangkat..(aiyoo.. itu pun nak bagi tau ke?) sedang aku sibuk-sibuk mencari handphone yang sesuai untuk diberikan kepada ibuku tiba-tiba, lalu sepasang couple yang dibawah umur.. amboi.. awak tu dah la budak kecik lagi, tapi tak malu main pegang-pegang tangan. yang lelaki tu, awak dah cukup duit ke nak tanggung anak orang?? dah cukup ajaran agama ke nak bimbing anak orang? diri sendiri tak dapat nak bimbing inikan anak orang.. sedihnya. mereka tanpa segan silu dengan masyarakat sekeliling. MasyaALLAH. tanpa sengan silu peluk sakan depan orang ramai.

masalah remaja pakai seluar ketat? hurm, tak payah cakap..banyak dah.. tapi yang buat aku pelik tu.. pakai baju baby, seluar ketat tapi diorang still pakai tudung.. hurm, mereka telah cuba sedaya upaya untuk melindungi mahkota mereka, namun belum semua sempurna..mudah-mudahan mereka diberi petunjuk dan hidayah untuk berubah. AMIN...
sejuk mata melihat, perempuan yang menutup aurat ni..

Thursday, December 8, 2011

Lelaki Baca Novel?


apa pendapat korang apabila tengok, budak lelaki pegang novel?
antara jawapannya ialah: (sila pilih ye)
a) ala, itu novel aweknya dia punyer la. dia tukang pegang je tu.
b) perh, jambu giler siot.
c) budak tu bakal jadi sasterawan negara ala-ala A.Samad Said.
d) so sweet

which one is your choice?

okey, we jump to the next question.
apa pendapat korang apabila tengok budak lelaki baca novel? erk, macam sama je soalan tadi. but if we look deep closer we can see the difference. the first question is 'pegang' and the second one is 'baca' so it have a lot of difference. perh, penerangan sebijik macam chek guuu............

bagi aku lelaki yang baca novel ni sangat sweet. oh yeah. seriously. especially kepada lelaki yang baca novel aku.(masuk bakul, angkat sendiri) seriously perasan. okie back to the topic. apasal aku cakap lelaki yang baca novel ni sweet. sebab apabila dia baca novel, dia akan cuba untuk menjadi seorang yang superb seperti hero novel tersebut. erm. tak semestinya diorang baca novel cinta je. tapi satu je aku tak suka apabila budak lelaki 'membelikan' atau 'menghadiahkan' aku novel. sebab novel diorang seriously tak 'best'. sebagai contoh, masa nak fly NZ haritu. flight aku malam. so petang tu aku suruh my dear brother pergi beli novel, kebetulan pulak dia nak pergi beli buku. aku pun bagi dia duit rm20 (harga standard sebuah novel), aku pun cakap la camgini 'abang beli je apa-apa jenis buku, adik tak kisah'. oleh kerana kesuntukan masa abang aku pun terus jelah beli novel tu.(tajuk novel takleh diberitahu). sampai dekat rumah, aku terus sambar buku tu pek-pek bawak masuk beg sandang. takut terlupa. maklumla dalam flight boring sikit. especially Air Asia. nak tengok tv pun kena bayar. masa dalam flight tu, aku pun baca la novel tu, sumpah masa tu aku rasa nak baling je novel tu dekat abang aku. hampeh. tak sedap. last-last aku tidur je.

hehe.. itu sahaja pandangan aku about lelaki dan novel..hehe.. bubye.. lagisatu, aku sangat suka kalau dapat husband author.. lol.. mengarut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...