lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Friday, December 27, 2013

Dalila's Wedding Reception

Dalila adalah nama wife abang aku. So senang cerita, ini story masa majlis menyambut tetamu dekat belah perempuan and it was held at Dewan kek Ampang Tinggi. Yo, kek Nismilan pun ado Ampang, tinggi laie lak tu. Apo ko ingat kek Kolumpo yo ado Ampang.

During this wedding reception, the pengantins were wearing Maroon Songket while the rombongan belah my family were wearing purple. Cetusan warna idea adalah totally from my me. Sebab aku ingat aku dapat pergi wedding ni, so I thought of wearing purple, macam cantik je but then totally changed our planned aku tak dapat pergi. Yeay, tepuk tangan kuat-kuat. Disebabkan aku tak dapat pergi, so little bit save money for my parents tak payah beli baju untuk aku.

Nah, malas jugak aku nak type entry panjang-panjang ni, takde mood kau tau.
from left: my aunty rohaya, my mother, yang diri tu my dad and last but not least my uncle. ni adik-beradik mak aku. 
yang tengah-tengah tu, Irdina, si budak kecik yang mengespoil the day. She keep on crying all day long. Dah lapar baru senyap. Good job Irdina. 
bila aku tengok gambar ni aku speechless, my cousin, hakim (the one that wearing blue baju melayu) sila berikan focus sepenuhnya kepada beliau, dia pakai pink ribbon.. OMGEEEE....
this would be the highlight of the day.. gambar tiada kualiti. BLUR..
bila ada pengantin baru, jangan dilupakan pengantin yang lama. Mak, abah I missed you guys so much. T_T

okay... hurm..hurm..hurm.. apa nak cerita lagi ni? I dah kekeringan idea. To be continue........

Saturday, December 21, 2013

Abang's Solemnization Day

Solemnization is Rukun, which is WAJIB dilaksanakan. Wedding is just optional. Kalau rasa nak buat, boleh buat. Kalau rasa tak nak buat, tak perlu buat. So today, before we come to the end if the year, let me finish some big story that happen to me along this year. But this story really don't relate to as I was not there, but who cares. Atleast I have a story to share with my readers.

Tema baju pengantin on that day adalah cream. While tema for my family adalah gold maybe ekh ke salah. Ekh I don't know la. What I know is, aku pergi teman mak aku pergi beli baju for the whole family mambers di JACKEL (I am promoting JACKEL, sila membeli-belah di JACKEL untuk mendapat kepuasan tahap maksima <-- iklan sebentar). Tapi as usual, aku akan buat muka bosan sebab oleh kerana aku tak balik so my mama didn't buy any baju for me. *Can u feel me? T_T

Back to the topic, this solemnization was held at the nerby surau near to the bride house. It was held after Asar Prayer. Pagi tu aku dapat whatsapp dari my sister yang menyatakan bahawa abang aku kena marah sebab lepas zohor pun baju nikah still tak gosok. *Abang no matter how old are you, you still kena marah? As the my clock shows the time was approaching 5pm my hearts beats more than usual, I guess my adrenaline secretes more secretion than usual. Around 5.30pm my Blackberry can't stop received too many pictures and videos from my cousins. Okay, thank you cousins because you really listen to my order.

I guess I better take my hand off from the keyboard and let the pictures do their job as 'a picture is much more better than a thousand words'.
Apa perasaan abang time tu ekh? <-- Soalan ni tak sempat pulak nak interview haritu. Yang pakai baju hitam tu my dear cousins, abang susuan. Dalam gambar, aku ada rasa pelik, kenapa cousins aku duduk sebelah pengantin? Dah tak sabar-sabar ke?
 Ini dia officially my one and only kakak ipar since I got only one brother. Welcome to the family.
  
 Cinta bas sekolah? How do they meet? Both of the came from different school. Sorang pelajar Sains Tuanku Jaafar and The other half, ex-student Sek Seri Puteri. *That is the only fact that I know.

I think I better run off now. I got many things to do. See you readers in the next entry *itu pun kalau aku rajin nak update. 

p/s: credit picture to Awantona.com and my dear sister, Khatijah Ishak. 

Sunday, December 8, 2013

Abang's Wedding

D.E.C.E.M.B.E.R. Dibawah kesedaran tahap normal, sedar mahupun tidak kita dah memasuki bulan dua belas dan it is already end of the year. Azam dah ditunaikan ke belum? Kalau belum bawak la masuk ke tahun hadapan seperti yang sering kita lakukan sebelum ini. Bercakap je bulan 12, pasti ramai mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik mendapat menantu. Tidak terkecuali parents aku jugak. Finally abang aku telah berkahwin. After one scandal to another finally dapat juga dia berkahwin dengan kekasih hatinya.

And on the great event, aku sangat-sangatlah bagus overdose sebab tidak dapat balik bercuti. Coz the wedding date bertembung dengan midterm dan oleh kerana aku dok oversea *oversea la sangat. Over South China Sea, jadi ticket flight yang aku dah beli tu aku tunda ke tarikh lain. Good job! Secara keseluruhannya aku memang tak involve lansung on abang's wedding kecuali tukang bagi direction to those yang sesat, sebab my number is at the card. My number tiada dekat situ =P... hahahahaa.. sebab itu card belah perempuan.


p/s: I'm going to update the wedding story per entry. Akad nikah, sambut menantu semua dalam entry yang berlainan okay. Tunggu!!!!

Friday, December 6, 2013

Tips Selepas SPM

Wohoo, finally SPM is OVER!! Aku tau rasa happy korang tu, well aku pun rasa happy lepas habis SPM tapi ketahuilah perasaan happy itu hanya sementara waktu sebelum perasaan gila bosan overdose mula menjengah diri. Dulu aku punyalah happy plus tak sabar nak habis SPM sebab nak pergi jenjalan pergi oversea. Itu aje!! So here are some tips that I want to share with you which might may help you to those SPM RESULTS VICTIM. *part result nak diumumkan lagi cuak sebenarnya daripada feeling nak jawab exam.

1) PLKN
This is mandatory for those who got it. Pergi je dik non. Kau tak payah nak memekak-mekak tak nak pergi bagai. Makan 6 kali sehari. Dapat duit saku. Dapat baju, t-shirt and towel free. Siapa tak nak oi. Usually siapa yang terpekik terpelolong menangis meroyan tak nak pergi tu,dioranglah manusia paling bahagia disana. Trust me, they are hiprokrit.

2) Lesen
Ambil lesen memandu or motor. This one is okay jugak. Nanti time degree kau boleh la belagak promote lesen kau. Tapi kalau ada lesen tapi tak reti bawa tak guna juga ye. *note to myself.

3) Kerja sampingan
For those yang berdikari sangat tu padahal kerja sebab nak beli i-phone 5c je kan. Tak yah la kau nak temberang aku kenkonon nak hidup berdikari bagai. Kuikuikui. Tapi kepada pakwe-pakwe yang dah ada makwe-makwe sekalian, anda dinasihatkan bekerja kerana duit yang kau gayut or beli hadiah untuk makwe tu adalah duit mak bapak korang so please malu sikit dengan duit tu. Rasa-rasa belum berkemampuan, jangan nak mengatal mengorat anak dara orang.

4)Jadi bibik
This is sangat-sangat sesuai to those girl out there. Time ni la nak balas jasa baik parents. Aku tak la jadi bibik sebab nanti bibik aku takde kerja pulak kan. This is very good practice in order for you to be a good wife. Hahaha. *merenung masa hadapan.

5)Survey Kos dan Universiti
Ini penting korang. Please take note. Nak pilih kos ni ibarat nak pilih suami atau isteri. Kalau kita suka, kita akan enjoy, kalau kita benci kita akan merana dan end up kita maki hamun dia. Kos tak salah, yang salahnya KAU sebab dah baca tips aku ni pun kau masih lagi tak survey kos yang sesuai dengan diri kau. Time-time lepas SPM ni, memang banyak karnival pengajian tinggi, so dari korang melangok depan tv tengok drama Love You Mr Arrogant tu, baik tambah ilmu dengan pergi karnival-karnival ni for your own good sake.

6)Ambil fast-track.
This is for those yang semangat berkobar-kobar nak study. You can choose to take fast-track at private universiti. Kalau nak masuk universiti awam boleh tapi kan result gempak baru boleh dapat.

7) Tingkatkan iman dan takwa.
This is the time untuk korang melipatkan gandakan usaha anda. Berdoa tanpa jemu. Usaha sudah and now it is time to tawakal and berdoa. As we know pemeriksa kertas SPM ini terdiri daripada guru-guru yang telah lanjut usia a.k.a lebih berpengalaman, jadi korang banyangkan apa yang akan jadi apabila beliau terpaksa menanda berpuluh-puluh ribu kertas soalan. Mau pening kepala dengan jawapan korang plus dengan tulisan carca marba hangpa tu. So doa lah banyak-banyak, mana tau dengan doa itu ia dapat melembutkan hati pemeriksa itu.

Dan sampai disini sahaja tips yang aku rasa boleh tahan membina, even tak la membina sangat pun. =P.

p/s: Dah jarang update blog. Mood berblogging dah kelaut. Mendapat ilham untuk menulis entry ini daripada tweet Saudara Karoot. Seorang pelajar Engineering di German.

Friday, November 8, 2013

Raya Without Family

Uhuk uhuk. *lap lap habuk sikit. Amboi, kemain bersawang blog aku ni. Dah lama tak update. Minta maaflah, you know me, always busy melayan perasaan sedih. Apakah ini? Merepek. Dihari yang panas hingga menyebabkan aku tak boleh nak study ni aku telah tekadkan azam untuk mengupdate blog walauapa pun halangan yang terpaksa ditempuhi. (terasa poyo kemain pulak ayat aku). Marilah kita kembali ke pangkal jalan ye kawan-kawan.

 Actually in this entry aku nak tulis kisah Hari Raya ku without family tersayang disisi. Walaupun hari raya aidiladha telah selamat berlalu dua minggu yang lepas tapi baru pada hari ini aku ada kesempatan nak update blog. (Terima hakikat bahawa saya blogger rajin pemalas). Dah-dah apa tunggu lagi, jom baca!

Kisah pada malam raya:
-Lepas solat maghrib aku rush turun kafe (lapaq bak hang, aku dah la puasa kot) banyak gak stall dah tutup. Maklum la esok cuti. Semua orang nak rayo!! Keluar je kafe dengar takbir berkumandang. Sebak gak hati ni tapi tak nangis sebab aku kuat. InsyaALLAH. Sampai je bilik terus BBM dengan abang dan akak aku yang juga berada di Borneo dan juga tidak balik beraya dan nasib kami adalah sama!

Pagi raya:
-Sumpah mengantuk sebab malam sebelumnya aku melangho  study. Liatnya lahai nak pergi solat *godaan syaitan is too high! Dan aku rasa tak perlulah aku cakap macam mana aku solat semua bagai tu. Tak penting pun. Janji aku pergi solat sunat aidiladha ok. My #OOTD- Baju gold tudung hitam.
Colour baju dan tudung sangatlah tidak matching dan asal tangkap muat je. Janji tutup aurat. 

Story gua belum habis lagi ni, harap bersabar ye. Ni karangan SPM ni haruslah panjang berjela-jela, selepas solat, aku dan kawan aku pergi ke mall dengan menaikki bas yang sangat mencabar hati. Dan kami telah pergi ke Secret Recipe. What? Hari raya makan secret recipe? This is what we called overseas student. Sedih weyh no rendang, ketupat, lemang and what so ever on hari raya. 

Masa dekat Secret Recipe dok telefon mak, tapi nampaknya sepupu-sepupu aku pun dok bersemangat nak berbual kencang dengan aku. Habis satu-satu menu disebutnya. Nak bagi aku jealous lettu. Dan dan dan aku juga telah terkena demam starbuck abang dan akak aku. Mahal siot. Mahal. Tapi dok beli jugak.
Nama gua tak betul disitu. Aisha instead of Aisyah. Ok la, janji ada bunyi-bunyi disitu. 

okaylah, sampai takat ni sahaja pertemuan, kedatingan kita pada kali  ini. Aku nak sambung buat lab report. 

p/s: Tetibe nak makan ketupat daun palas tapi tak reti buat. Nampaknya nak kena cari mak mertua orang utara la ye. Ekh? Melalut ke laut tak sudah. 


Thursday, September 26, 2013

Kundasang!

Oleh kerana mendapat permintaan yang hangat mengenai my trip to Kundansang, so I decided to write it in my blog rather than kena tweet panjong lebor dok cerito pasal Kundasang je. Tak sanggup den dongan keypad yang macam nokharom tak beberapo nak best sebab handphone Blackberry ku telah menjadi AcaiBerry. Abang! I want new phone please!.

My trip to Kundasang bukanlah for vaccation malah jauh sekali dari honeymoon. Pergi sana semata-mata ada Kem je. 1st part- tak seronok weyh sobabnyo bukannya den dapek poie tompek lain. 2nd part- best la dapat jenjalan FREE dan dapat release tension. Tak release mana pun. Naik je bas dah poning-poning. Terpaksa beli asam weyh.

Kundasang is one of the wanted place la. Ekh, jangan salah faham, maksud aku wanted place for visitors especially tourist la. Dan saya cadangkan kepada pengantin baru, silalah pergi honeymoon di Kundasang. Aku dok berkempen dekat family aku supaya pergi ke Kundasang and nampaknya semua excited and dok tanya aku bila aku cuti. Nak suruh jadi tour guide. Nanti instead of pergi Kundasang, kita pergi Tawau pulak.

Back to the topic, the journey took about 2 hours from Kota Kinabalu. Ada banyak jalan tetapi jalan yang aku lalu adalah melalui Tamparuli. Perjalanan yang bakal anda lalui adalah seperti jalan Bukit Putus. Example paling senang aku nak bagi. Tetapi pemandangan yang bakal anda saksikan sangatlah very the cantik tapi apalah guna kalau pemandangan cantik tetapi anda pening seperti mengandung anak pertama. Conclusion, sila beli asam. Supaya anda tidak mual. There are too many intresting places that you can go in Kundasang: Kundasang War Memorial, Poring, etc.. Too many intresting places that you can go which is aku tak sempat nak pergi.. Ekh asyik story mory je mesti korang bosan kan. Nah, jom enjoy gambo dokek bawah ni.
This is Mount Kinabalu. Maaf le  this is the only pic yang boleh aku share yang lain ke laut haram tak dapek nak dishow..Really disappointed. ok la. entry kali ni setakat ni jelah...den maleh nak tulis lagi  ni....

Thursday, September 5, 2013

HomeSICK!!

"Sunyi rumah bila kau takde" ( nampak sangat selama ni aku sering buat bising dirumah in other words menceriakan hati kedua ibu bapaku)

"bersih rumah bila kau tiada" (part tu sentap)

Cuti seminggu pada hari raya aidilfitri yang lalu sangatlah kejap. Tak puas rasanya untuk berada dirumah disamping mak abah terCINTA. Rasanya seperti saat ini juga aku ingin terbang pulang ke negeri Sembilan. 

What is the different between house and home?
A house is a building for human habitation while a home is a dwelling place together with the family or social unit that occupies. Family bring happiness to the house which makes the dull bulding becomes  beautiful.

So I guess this is one of the reasons why I missed home so badly:
I got whatsapp from my sister "Adik, go to my facebook and check it out".  My expression "what have you done to her? Glamorous habis Irdina"

p/s: can't wait to be back home and meet my cinta hati (mak, abah, nenek, Irdina, etc.)

Sunday, August 4, 2013

Balik Kampung

Wahai perantau-perantau di kota
Pulanglah ke desa berhari raya
Ayah serta bonda amat mengharapkan
Kepulangan mu di hari bahagia


Finally, I'm back in Negeri Sembilan. Wohoo. Really happy to be back home and eat delicious food that susah mau dapat di sana.Ok, pity me :-(
Kebetulan cuti raya pada kali ini jatuh pada cuti semester, dapatlah cuti selama seminggu bersama dengan family. *kehidupan as anak perantau memang macam ini, susah nak balik.

My flight was on Saturday, same as my sister. Tapi dia landed dulu dekat KLIA. Maklumlah, Sarawak lagi dekat compared to Sabah.  Sampai je di KLIA, masing-masing dok compared beg masing-masing and ayat ini terpancul keluar "kau bawak apa dalam kotak tu?"
And just  looked at our luggage.
Sabah VS Sarawak. Agak-agak mana satu yang menang ekh?
 
This year, aku sangat feeling nak raya tu sangat kuat. Sebenarnya feeling nak cuti tu yang lebih. Ececeh. Bila dah duduk jauh ni, cuti itu sangat dinanti-nantikan ye. I really miss my mother you know. Dan bila dengar lagu raya, oh my really heaven, tak sabar nak balik beraya oi... Even baju raya takde, tapi takpe janji dapat balik beraya.
 
And this song keep accompanied me all the way from Sabah to KLIA
 
Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh…( 3X )
Hati girang
Ho ho… Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Wednesday, June 19, 2013

Rossa Dance KMKN

Semasa minggu silaturahim (MSR), yang telah berlalu empat minggu yang lalu kami pelajar Fist UniKL telah diperkenalkan dengan Rossa Dance. Bila mengantuk time kelas, Abang Long akan cakap dengan cikgu supaya buat Rossa Dance. Memang seronok dan aku kira ini adalah antara memori terindah aku di KMKN.

Nak tengok macam mana Rossa Dance tu, sila enjoy video dibawah yang dibuat khas oleh pelajar Fist UniKl (engineering).

 
 
Kepada mak cik-mak cik yang selalu buat poco-poco tu, apa kata tukar sedikit steps kepada Rossa Dance ni.
 
 
p/s: Bakal menjadi orang Sabah bah.

Sunday, June 16, 2013

The SPR Story Kolej Mara Kuala Nerang

Finally, I got time to update my blog. Oh yeah. *Tepuk tangan sikit. Tapi pandang sebelah, mang ai sebaldi baju yang perlu dibasuh. Ok. Close one eye and done. Haha. Before we go deep further into the sea, land, sky and universe, aku ada confession nak buat. Chewah, stail macam nak umumkan tarikh kahwin ye dak. I'm now officially Kolej Mara Kulim student. Dari menjadi student Kolej Mara Kuala Nerang tup tup terus jadi Kolej Mara Kulim. *Terkezut beruk mak nak.

Bila dah duduk Kolej Mara Kulim ni yang jaraknya lebih kurang 1 setengah jam menyebabkan aku sangat-sangat rindu dengan kawan-kawan di Kolej Mara Kuala Nerang especially geng-geng Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Well, 3 weeks with them makes me happy. Happy with all thier giler-giler punya perangai. Walaupun presssure juga sebab banyak kerja but when we do together the kerja become easy. Sangat easy. Macam dalam wonderpet  tu. *Apa Yang Penting? KERJASAMA

Kebanyakkan ahli-ahli geng SPR yang lelaki berasal dari Pantai Timur; Kelantan dan Terengganu manakala yang perempuan kebanyakkannya berasal dari utara; Alor Setar. Utara meet Pantai Timur. Perh, the loghat menyebabkan aku tak faham. Ayat yang selalu aku cakap "hah?". Tapi itu adalah kenangan yang terindah buat diriku. Adakah kenangan itu mampu diulangi sekali lagi?

Let the picture do the talking:

ini adalah gambar semasa petang sebelum malam manifesto. Kerja kami buat check-up dewan bagai.
Gambar ni aku rasa yang paling OK sebab lelaki-lelaki yang dekat atas tu posing tak beberapa nak maut.
 
Ok. Sampai disini sahaja. Lately I am so busy, so nak update blog tu memang ya ampun takde masa plus dengan line internet slow tahap siput. Owh, banyak entry lagi yang masih pending dan perlukan update. 

Friday, May 24, 2013

FIST UniKL

Finally, I got time to update my blog. Itupun secara curi-curi masa. Well, walaupun busy mendobi dan mengosok baju namun blog ini juga harus diupdate bagi tantapan umum. Chewah. For your information, I officially jadi student Kolej MARA Kuala Nerang under Universiti Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai pelajar FIST UniKL.  And Alhamdulilah, I already melepasi minggu orentasi which is our fassilator dijemput khas dari Universiti Kuala Lumpur. Wohoo. Terbaik.
And here, I would share with you some of the video.


 
 

Tuesday, May 14, 2013

Manisnya Senyuman Mu

Tadi masa aku dalam kereta on the way beli barang asrama. Chewah, kelas I'olls beli barang asrama u'olls suddenly I bump into this song. Manisnya Senyuman Mu. Lagu ini dulu pernah dipopularkan oleh kumpulan Elite but now they changed the song into english song which is more catchy and more nice but when I sing lagi sodap. Hujan terus. Kahkahkah.

Ku rasa...satu dunia sudah mengerti perasaan ku ini
Mengapa oh! mengapa takkan kau sedar ku mendampa
Ataupun...dikau sengaja diam berpura memendam rahsia
Segeralah oh! segera ku tahu kau hanya bermain masa
Semakin sering kita bertemu
Semakin terpaut rasa cintaku
Hari demi hari ku tetap menanti
Namun mula mula langkah pertama
Mata bertentang mata adakah kau terasa
Cinta kian memekar dihati kita
Kau istimewa paling utama yang satu
Betapa manisnya senyumanmu
Debaran penuh makna kelu tidak terkata

Sering kali terjadi bila kau disisi
Namun yang pasti membuat ku jatuh hati
Oh! manisnya,manisnya senyumanmu
Pabila aku terdengar
Lagu cinta ku terkenang kepada mu
Aku merindu oh! merindu
Senyumanmu yang menawan kalbu
Semakin sering kita bertemu
Semakin terpaut hatiku padamu
Jika kau pun juga rasa yang ku rasa
Apa yang kau pinta katakan saja


 p/s: senyum tak perlu kata apa-apa.

Monday, May 13, 2013

Prespektif Orang Ramai Terhadap Orang Yang Ada Bibik

Kemain panjang betul tajuk entry aku kali ini. Dah macam soalan karangan SPM la pula. Pada saat dan ketika ini, aku merasakan tajuk ini adalah amat relevan untuk ditulis. Bila kita cakap kita mempunyai maid mesti dalam kepada minda masing-masing memainkan ayat sebegini

"patutlah pemalas, ada bibik rupanya"
"ni confirm tak reti buat kerja"
"patutlah tangan lembut semacam aje"
"confirm tak reti masak ni"
"tak boleh dibuat menantu ni" --- ni ayat mak cik-mak cik

dan pelbagai persoalan bermain difikiran anda. Jadi disini aku rasa terpanggil untuk membetulkan minda masing-masing. Ini dikira macam reset minda.

Yang pertama sekali, tidak semestinya orang yang ada Maid ni pemalas. Sejujur-jujurnya orang yang tidak ada Maid pun boleh jadi pemalas juga. Ia terpulang kepada sikap individu terbabit. Tidak bermakna jika seseorang individu tersebut mempunyai Maid dan dia tidak melakukan kerja rumah. .

Point yang kedua, Tidak semestinya orang mempunyai BIBIK tidak reti membuat kerja rumah or in other words we call it as 'berdikari' macam basuh baju sendiri. Oh no no. Jika dia masuk asrama, dia juga akan membuat perkara tersebut dengan sendiri tanpa mengharapkan pertolongan bibik. Lain la kalau dia mengharapkan bantuan dobi. Itu lain kes ok.

Tangan lembut semacam? Well, kami berkebun kot tapi always apply lotion on our hand. Sebab tu la tangan kami selembut kulit bayi. Bhaha.

Masak? Walaweh ni ayat kejam kalau ingat orang ada pembantu rumah je tak reti masak. No no no okey. Tak semestinya kerja pembantu rumah itu untuk masak kan. So, don't judge a book by its cover.  Orang yang tiada pembantu rumah pun ada juga yang tidak reti memasak kerana selalu makan dekat restoran je.

Dan sekian itu la sahaja hujah saya untuk topic hari ini. Mungkin dengan huraian saya yang tak seberapa ni mampu mengubah prespektif masyarakat hari ini terhadap orang yang mempunyai bibik. Dan kepada typical mak cik-mak cik dekat luar sana, janganlah takut bermenantukan orang yang ada bibik ini ok.

 
p/s: saya dah baca buku BILA BLOGGER JADI MAID tulisan ZATI MOHD. Best ok.

Thursday, May 9, 2013

The Hottest Game - P.O.U

Walah, pastinya pengguna android mahupun apple store sudah tahu mengenai game ini. Tetapi bagi penguna blackberry aku tak sure. Walaupun aku pengguna blackberry tetapi aku masih lagi tak reti apa-apa mengenai blackberry. Somebody help me!

And here it is. Presenting our famous POU!!

My pou is sick plus lack of sleep. #sick #eyebag
 
"Tenggiling Bergulung Kalau tak bagi pou pou ni makan,tidur,main,biar dia kotor, kira aniaya binatang tk? Haha" - this one is stolen from shafina punya fb. See, we are bestie. We play the same game.

Tuesday, May 7, 2013

#Wordless Wednesday# - Sahabat dan Lolipop

 
I got this from Shafina. She send this at my facebook. Let's check this out what is the caption.
 
 
Tenggiling Bergulung thankyou for being my friend evendo kdg2 macam biskut, kejap ado kejap tado. Haha. Tp awak still faham saya la. Thankyouu. Really thankyou bie. take care kt tempat baru nanti. Jangan curang belakang i. Depan takpe.
Ps:lollipop tu bg via gambar je. Bagi real nanti kencing manis.


Sunday, May 5, 2013

Minah Cool

Last week, my girlfriends came to my house. Wohoo. They really cheered up my gloomy day (well I got running nose). Oh my, they really make my house havoc. We have not met each other since the last day of SPM and it had been five months. Semua dah bambam. Shafina was so cute. She came to my house and brought ice cream for the whole of my family. Haha. Comel je. Ais krim 'mat kool'. Really remind me of my childhood moment. Jom ikut aku bernyanyi

Mat Kool, Mat Kool kawanku.
Mari kita ikut, Mat Kool.
Main-main selalu.
Syoknya syoknya ada Mat Kool!


Taniah, suara anda memang sedap. Layak masuk kilauan emas. =)

Okie itu semua tak penting. Yang penting ni haa..Perangai kami yang non-ado ni. Ahaks. Oh by the way, kami suka camwhore yang gedik-gedik tu.

Motif gambar ini: Shafina dilarang untuk bercakap dengan manampal plaster di mulutnya. Aku?? Confius, asal aku nampak manja semacam ni. Hafizah ni lagi la. Apa masalahnya pun aku tak tau. Ternganga je.
Tu dia. Style macam masuk akademi fantasia la pulak. Smile. Aku:muka orang demam.
ni aku tengok dah macam pengawai SPR la pulak. ekh yeke. Ke salah? ontahlahai..
 
Tadaa.. Sempat lagi buat bintang. certeka which one is my finger??
 
Picture of the day. Aku paling suka. Haha. Oh ye. aku pakai baju kurung ni.. My favourite baju kurung.
 
 

Saturday, May 4, 2013

Simple Segmen by Sally Samsaiman

Di tepi pantai yang indah.. Chewah.. Sebelum start join segmen, kita berkaraoke la dulu. Hahaha. Wah, kak Sally buat simple segmen la. Wajib join. Rugi kalau tak join ni. Lagipun syarat-syarat yang dikenankan adalah tidak sesukar mana pun. Senang aje.

 
 
 
 
 

Segmen TOPUP 24 Jam By JejariComel

Hari ni hari Ahad. Selamat mengundi uoll's. Selamat menunaikan tanggungjawab anda. Oh saya masih tidak boleh mengundi lagi sebab saya masih lagi baby. Puipuipui. Hahaha. Dan pada hari ahad yang cerah nan indah ini saya dengan berasa bebesar hatinya ingin menyertai Segmen TOPUP 24 Jam by Jejari Comel yang sangat cute dan lawa.

Memandangkan telefon saya pun dah 2 minggu sudah tidak di topup jadi saya pun ingin join segmen ini. Manalah tau kalau ada rezeki mungkin saya boleh menang. Yeay.

 
 
Sampai disini sahaja ok. Bye.
 

Makan- makan Giveaway by miratul Reyyah

Wohoo. First time aku join segmen pasal makanan ni. Yummy Yum. SEDAP! hahaha.. Syarat-syarat nak join pun adalah amat senang sekali. Yeay. Hadiah yang bakal menangi pun sedap-sedap juga. Wah. Adakah aku bakal menangi makanan yang sedap itu? Kita tunggu dan lihat.
 
Entry tidak perlu panjang-panjang. Wah. Jika ada rezeki, InsyaALLAH saya akan menang. Doa-doakan lah supaya saya menang ok.
 

1st GA by Hijab Valley

For the first time, Hijab Valley mengadakan contest ni. Wajib join. Syarat-syarat pertandingan pun tersangatlah senang.

Antara syarat wajib yang harus di lakukan ialah:
1) haruslah female blogger. Yang separuh female tidak dikira ok. Yang lelaki lagi la tidak diterima. Haha.
2) haruslah follow blog HV
3)
 
 
4) wajib tag 2 orang blogger: Dr Gila dan Afzalsukasuki
 
 
Ok. Done =)
 

Tuesday, April 30, 2013

Segmen Free Header by Izyan Nazirah


Segmen: Join Bloglist Ain bulan Mei!!!

 

Suka-suka Segment by Asaka Nikiti

Wah, blogger cantik Asaka Nikiti buat segment la pulak. Yeay *tepuk tangan kuat-kuat.

Tapi sebelum itu, kita perlulah penuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
1) Anda perlulah seorang blogger. Saya seorang blogger yang comel tapi tidak handsome.
2) kena lah follow tuan punya blog. Saya yang bernombor 719.
3) kena la buat entry macam yang saya buat.

 
 
Hanya 3 buah blog yang akan direview. Adakah blog saya akan tersenarai? Just wait and see okay.

Monday, April 29, 2013

Segmen: Blog Paly ajak masuk bloglist

Wah, harini aku punyalah semangat awal-awal pagi aku pergi jogging. Dan hari ini juga aku punyalah semangat nak join segmen-segmen ni. Yelah, lepas ni dah masuk kolej. Memang tak dapatlah aku nak online. Nak join segmen. Sebab aku kena STUDY! STUDY! STUDY! Demi  masa depan yang cerah. AMIN..

Dan hari ni aku ingin join Segmen dari Blog Paly.

 
 
p/s: Paly ni berasal dari Kelantan dan berumur 22 tahun. 

Sunday, April 28, 2013

Segmen Pencarian Bloglist Mei

 
Semua syarat-syarat dengan jayanya telah aku penuhi.
Dan adakah aku berjaya? jeng jeng jeng.
Kita tunggu keputusannya ok..
 

Segmen Bloglist Mei & Jun by Aenn Athirah


Saturday, April 27, 2013

Pelamin AnganKu Musnah


 
Ihsan photo: Dicari dengan penuh kesabaran di Google Maps. Jadah apanya cari pelamin dekat google maps ye dak.
 
 
Amacam cantik tak pelamin dekat atas? Well, cantikkan. Aku suka tema pelamin macam ni, warna lembut je. Hati yang memandang pun tidaklah sakit. ala-ala macam garden wedding. Class you.
Dan dengan ini terimalah lagu PELAMIN ANGANKU MUSNAH dari Azie.
 
 
Masih lagi tidak terlewat
Untuk aku ucap tahniah
Di atas kehadirannya
Menggantikan aku

Pastinya oh hidupmu
Akan lebih bermakna
Dan aku usah kau kenang
Walau kita pernah berkasihan

Maafkan diriku ini
Kerna tidak hadirkan diri
Di sewaktu hari
Persandinganmu

Adakah kau ingin lihat
Air mata ini berguguran
Puaslah hatimu kini
Memainkan perasaanku selama ini

Masihkah dengan janjimu
Apapun jadi akulah pilihanmu
Engkau sanggup hapusi cinta yang lalu
Ku angankan pelamin indah untuk kita berdua singgah
Sayangnya... Semua musnah

Kau buat malamku jadi gerhana
Dan hidupku tiada maknanya
Hanya bernyawa namun tak bermaya

Terkadang aku merasa menyesal
Kerna telah sehabis daya
Aku cinta dirimu kasih
Akhirnya aku sendiri
Tersisih...

Bisa sungguh luka ini
Walau tak berdarah

Thursday, April 25, 2013

Pokok Tumbang

Last 2 days, my house were without electricity. Gelap-gelita. Dah macam hidup zaman 60-an. Semua bermula begini. Flashback time.

Petang itu dalam pukul 6.40p.m. cuaca diluar gelap gelita dan hujan lebat. Pada ketika itu, aku sedang duduk di dapur bersama kakak dan ibuku yang baru pulang dari kerja. Aku pula sedang siapkan makanan untuk ayah aku yang belum pulang dari kerja. Kebetulan haritu ayah aku berpuasa. Tiba-tiba, aku dengar bunyi dentuman yang kuat dan lampu di rumahku makin lama makin malap. Kami pun buat tak kisah la. Still bergelak ketawa. Dalam pukul 7.00p.m. mak aku suruh pergi dekat plug suis utama tu. Aku tolak keatas, still tiada eletrik, aku tolak kebawah, still tiada letrik. Dalam hati terfikir jugak, kenapa takde elektrik ni. Jadi aku bukak pintu, nak usah letrik rumah depan. Sekali aku tengok anak jiran aku macam cemas semacam, sekali aku toleh sebelah rumah aku, baru aku perasan yang pokok tumbang. Oh my terus jerit "Mak, pokok tumbang". Baru aku perasan, depan rumah aku dekat pintu pagar, wayar letrik yang masih ada current berkumpul depan rumah aku. Bahaya kalau nak masuk. So, tak boleh nak masuk. Aku pun rush cari bil eletrik nak cari no TNB, tapi malangnya satu bil pun aku tak jumpa.

Oleh kerana keadaan dah gelap, satu lagi kerja. Kena cari lilin. Nasib baik la lilin for perhiasan tu banyak. So kita bakar itu jelah. Haha, wangi rumah aku. Lepas solat isyak, keadaan bertambah panas. Sup ketam bermain difikiran ku. Mak aku dah pesan "kalau makan tu makan sup je jangan makan ketam". Sebab takut nanti allergic aku datang sampai kadang-kadang dia effect sampai ke jantung. Malam tu aku hanya duduk di balkoni rumah sambil ditemani bunyi nyamuk yang akhirnya memang makan penampar la kan dari aku. Aku duduk di balcony sambil berharap, ada pihak berkuasa yang akan membantu kami. Peace yo. Suddenly tengah aku bermesej dengan abang aku, suddenly dengar bunyi siren bomba. Dan datanglah segala bomba, tnb dan mps. Alhamdulilah. Terasa cerah masa depan seketika. Sambil dok pandang orang potong pokok. Jakun weyh jakun.
Bomba: you are our superhero.
 
Setelah aktiviti menebang pokok selesai, dalam pukul 12 malam datang pula TNB yang buat kerja betul-betul depan rumah aku. Malam itu nyamuk tak payah cakap la. Macam nokharom banyaknya. Setiap setengah jam aku bangun bersilat dengan nyamuk. Dan setiap dua jam aku akan tidur di bilik yang berasingan. Last-last aku tak tidur. Tengok langit biru dan berharap agar letrik ada la. Tapi itu mustahil. Eletrik hanya ada pada petang keesokan harinya. Tetapi line internet masih lagi tiada. Yelah tiang telefon patah dua. Pada hari selasa baru lah orang telekom datang. 
 
Dan disini saya tak berani cerita pasal "benda" tu. Tak berani. Nangis.
 
Oh ini dia ketika pembersihan sedang giat dijalankan. Keadaan masih lagi panas. Tiada eletrik dan saya giat study. Hahaha
 
 
 
p/s:malam tu semasa pihak bomba sedang potong pokok, my jiran ambil gambar suddenly keluar something. Pengsan.

Wednesday, April 24, 2013

Segmen Bloglist Tambah Follower PariPariPutih

Hye adik-adik, abang-abang, kakak-kakak.

Wah, rindunya aku dekat baby aku sorang ni *merujuk blog aku ni.
Dua hari tiada internet dan Alhamdulilah aku masih lagi hidup. Muehehe, jadi cakap orang yang "aku boleh mati kalau takde internet" adalah tipu belaka. Next entry aku akan cerita kenapa aku takde internet. Targis kot.

Oleh kerana ada internet ni, aku pun kemain rajin nak join bloglist follower baby Pari Pari Putih. Yezza.

Syarat pertama telah aku penuhi. Well, aku kan seorang blogger yang comel jadi wajib la follow bloglist ni. Ye dak.
Secondly, aku telah follow blog kak pari. No 1625 k. Yang cute tu. Ahaks.
Yang ketiga, telah dipenuhi dan yang keempat, haruslah ada gambar kak pari yang comel ye dak.
 
Da tadaa...Siap...Yezza...

Sunday, April 21, 2013

Mudah Giveaway By Iezwa Razk

 
Finally my honeymoon mood is over. Now is time for me to study. Momentum dah lari wow, so baik aku kembali ke track before aku tersasar. Harini aku ada time free sikit so sempatlah nak join Mudah Giveaway by kak Iewa Razk. Syarat-syarat mudah giveaway ni teramatlah senang. I like.

Saturday, April 20, 2013

Kek Pisang Kukus Cik Tenggiling

Amboi, tajuk. So kelas u'olls. Disebabkan pisang banyak dirumah. Perh, banyak betul pisang dekat rumah aku ni. Alhamdulilah. Syukur padamu Ya ALLAH diatas kurniaan rezeki ini. Boleh dikatakan sekeliling rumah aku bapak aku tanam pisang dan pisang aku sangat pandai mengeluarkan hasil pada waktu yang sama. Jadi boleh la korang bayangkan betapa banyaknya pisang dekat rumah aku kalau 3 pokok berbuah sekali.

Buat cekodok? Dah biasa sangat. Kalau ada mood rasa nak makan aku buat la.
Pisang goreng? Aku fail betul bila masak pisang goreng ni. Tak menjadi. Pisang dengan tepung asyik terpisah je. Tak boleh jadi Buddyz ni. So nak senang, aku suruh je abah aku yang masakkan.
Lempeng pisang? Aku tak pernah buat ni. Sebab tiap kali aku nak buat je, turun dapur, buka tudung saji tengok tadaaa, abah aku dah tolong masakkan. Smile. Wink wink.
Kek pisang? Tudia, disini aku ingin mengacar anda semua cara nak buat kek pisang kukus.
Omnomnom SEDAP!! Yeah. Tunggu la bulan 12 ni. Kek kahwin adalah kek pisang. Nah kau. Mampu nak buat begitu?

Bahan-bahan ( 5 org makan )

  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan minyak mazola
  • 1 cawan pisang lenyek (pisang berangan - anggaran 3 biji)
  • 1 sk soda bikabonat
  • 1 sk baking powder

Cara-cara

  1. pukul telur & gula hingga kembang               
  2. masukkan tepung, minyak, pisang, soda dan baking powder, pukul sebati            
  3. kukus 45 minit
And here is the result:
Pandangan dari sisi.
 
Model tidak diiktiraf. Muehehe.
Jemput makan semua. Yummy.

Friday, April 19, 2013

Spaghetti Bolognese Tenggiling Style

Harini aku dengan jayanya telah masak Spaghetti Bolognese.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
1) bawang besar yang telah siap diblend. 1 sudu besar only.
2) bawang putih yang telah siap diblend. 1 sudu besar juga.
3) cili besar yang telah diblend. 1 sudu besar juga.
4) cili sos
5) setengah daging kisar Ramly. Pastikan Ramly baru beli. YEAY.
6) Paste Spaghetti bolognese Adabi. Kenapa aku choose Adabi? First, sebab Adabi produk orang Islam, Adabi produk Malaysia. *Tetibe teringat iklan best Malaysia tu. Dan yang paling penting sekali, sos adabi ni kena la dengan tekak masakan Melayu kita yang tak nak masam sangat.
7) cendawan butang. sesuka hati nak letak banyak mana.
6) bebola ayam mahupun bebola daging. Sesuka hati anda. Tepuk dada tanya selera.
8)minyak masak

Cara-cara memasak ala-ala gaya seorang masterchef ialah seperti yang berikut:
1) tuangkan minyak kedalam kuali yang telah dipasang api. Jika tidak dipasang api macam mana minyak nak masak. Macam mana nak menumis.
2) masukkan bawang besar, bawang putih dan cili besar ke dalam kuali dan tumis sehingga bau sodap amek.
3) masukkan sos pasta adabi.
4) masukkan daging kisar. dan kacau sebati.
5) tambahkan sedikit sos cili. Jika anda suka pedas tambah la lagi.
6) kemudian masukkan bebola dan cendawan.
7) gaul sebati....

Ta daaa, dah siap. So fast and easy but yet so yummy..

Jadi untuk anda semua, jemput makan....

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...