lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Wednesday, February 20, 2013

Hadiah Yang Sesuai Untuk Wanita

Sejak akhir-akhir ni, aku punya SEO penuh dengan tajuk macam ni "hadiah yang sesuai  diberikan kepada wanita".

So entry hari ini more towards kepada lelaki mahupun wanita, anak mahupun bapak semua boleh guna cara ini untuk belikan hadiah kepada anak, isteri, makwe, kawan, kakak, adik, nenek, moyang, mak cik, anak saudara, cucu, cicit dan sesiapa jelah.

Jadi saya dengan berasa sungguh rendah diri untuk membantu ada membeli hadiah buat yang TERSAYANG. Tapi perlu diingatkan disini bahawa jika usaha anda untuk memikat awek anda gagal, sila jangan marahkan saya okeyh. Peace no war.

1) Memberi Novel. Jika orang yang anda ingin membelikan hadiah seorang yang suka membaca novel, sila belikan satu kerana dia sangat menghargainya. Terdapat dua novel iaitu: Satu novel jiwang karat dan yang satu lagi novel yang penuh keinsafan. Sob sob.
This novel was given by Rafiqi Izani Faiz on my 17th birthday. Terima kasih Incik.

2) Belikan buku ilmiah/buku agama la. Korang boleh dapat pahala sekali aw. Tapi itupun kalau orang tu baca la. Harap la diorang baca.

3)Teddy bear. Ini tak payah cakap. Semua orang duk mempunyai idea yang sama. Setakat ni aku dah dapat hadiah teddy bear daripada akak and abang aku. Sayang sangat wow. 
4) Jam tangan. Setiap kali orang tu tengok jam mesti dia akan teringat akan si Pembelinya. Tu pun kalau dia ingat la. *Aku masih lagi memjuk ayahku untuk mendapatkan jam fossil dambaan hatiku.
Jam fossil yang aku nak tu ala-ala yang macam kat bawah ni.

5) Kalau korang nak nampak seorang yang caring tentang orang tu, apa kata korang bagi orang tu vitamin C. Aku pernah dapat worh. Rasa terharu sangat-sangat. Sob. Sob. Mengalir air mataku.

6) Baju kurung dan segala baju la. okeyh, Ni aku sangatkan sarankan korang bagi benda ni. Tak kisah la sama ada baju kurung,baju tak kurung, baju apa sekali pun. Bergantung kepada minat seseorang tu la. Peplum maybe.

7) Tudung maybe. Tapi kena la pilih tudung yang betul. Senang nak dipakai bagai. Kalau hangpa bagi yang susah nak dibentuk memang jawabnya tersimpan rapi dalam almari la.

8) Snow flakes. Aku pernah berbincang dengan Rafiqi about snow flakes ni. Dulu aku panggil benda alah ni snow ball, then Si Rafiqi kata nama benda ni Snow Flakes. Thanx Iqi. Baru la aku tau nama sebenar benda ni. Kalau tak bertahun-tahun aku menangung malu yang tidak terperi. 

Ok, itu sahaja la setakat ni. Sebab sebelum ni, aku pernah jugak tulis entry pasal benda ni. So aku nak off dah. Nak tidur, ekh tak nak main masak-masak.

Entry zaman dahulu kala: 

5 Hadiah Yang Patut Diberikan Kepada Perempuan



5 comments:

Sue-Rya Qistina said...

bagus cadangan2 hadiah tu semua. boleh jd rujukan kak sue nnt. hehehe. dulu kak sue pun panggil snow flakes tu snow ball. hehehe

anis suryanie said...

teddy bear la paling bestt.. hehehe

<3 anis

zulhilmi tempoyak said...

nk bg kasih syg je bleh x.. hehehe

shah aril said...

Penbetulan pada empunya blog..bukan snowflakes..benda alah tu snow globe dan kadang2 org panggil snow ball..snow flake tu emping salju..jauh maksud..kalau snow ball tu ok jugak..

shah aril said...

Pembetulan..org panggil benda alah tu snow globe (snow ball pun diterima)..bukan snowflake..itu dh jadi emping salju..sila semak kamus atau google kepastian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...