lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Tuesday, February 26, 2013

Resepi Spaghetti Carbonara Yang Suci Bersih

Okeyh, hari ini Cik Tenggiling akan ajar anda semua cara untuk memasak Spaghetti Carbonara Yang Suci Bersih Edisi Senang le. Kita buat yang senang-senang dahulu kemudian baru kita belajar cara nak buat yang edisi susah pula. Semalam, balik je dari SKMM lapar tahap rimau dan disambung pula kelas driving. Perh, exhausted habis. Then suddenly  tekak ni rasa nak makan Spaghetti Carbonara. Nasib baik bukak je kabinet jumpa tin cabonara jenama Prego. Oh yeah. Clap your hand, clap your hand.

ingin saya nasihatkan disini bahawa cara memasak disini adalah paling simple tetapi paling sedap. Tidak perlu banyak bahan ye.

Bahan-bahan yang diperlukan:
1) 1 Tin Carbonara jenama Prego
2) Setengah packet spaghetti
3) 2 buku ayam belum masak
4) setengah tin cendawan button (ni depend pada kesukaan anda)
5) 1 sudu besar bawang putih yang telah diblend
6) 1/2 sudu besar bawang merah yang telah diblend
7) minyak masak.
8) garam
9) 1 cawan kecil susu segar.

Cara-cara memasak:
1) Ambil spaghetti dan rendam di dalam air panas sehingga lembut.
2) Ambil periuk dan panaskan minyak. 
3) Apabila minyak telah panas,letakkan 1 sudu besar bawang putih dan 1/2 sudu besar bawang merah yang telah diblend. Masak hingga mengeluarkan bau dan layu.
5) masukkan ayam yang telah dicincang dadu. masak sehingga ayam masak (tak tau cara nak describe)
6) Tuangkan cream prego carbonara. Kemudian tuangkan 1 cawan kecil susu segar kedalam sos tersebut. letakkan cendawan button. Gaul Sebati. 
7) masukkan garam secukup rasa. then jaga lupa tutup api.
8)toskan sphagetti tersebut.
9) tuangkan sos diatas sphagetti tersebut.
10) selamat menjamu selera.

6 comments:

Noraqilah Johari said...

wah..qiela suka spageti..tapi suke spageti bolognaise :)

jemput singgah entri baru :)
http://noraqilahjohari.blogspot.com/2013/02/tips-berhenti-merokok.html

jemput like sini juge ye :)
http://www.facebook.com/pages/noraqilahjoharidotcom/267245240052274?ref=hl

LaLa mhdnor said...

omnomnom, nak cuba la nanti hehe

Diari Si Froggie said...

dengar nama carbonara pun dah rasa sedap.. hehe. Senang je buat dia eh, ada rezeki nak cuba jugak lah. :) slurpppp

Siti said...

sedapnya.

Hans said...

terbaik lah
memang sedap

Ija said...

hehee...
saya dah cubalah. memang superb tapi sy tmbah cili api ngan kobis.haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...