lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Saturday, April 20, 2013

Kek Pisang Kukus Cik Tenggiling

Amboi, tajuk. So kelas u'olls. Disebabkan pisang banyak dirumah. Perh, banyak betul pisang dekat rumah aku ni. Alhamdulilah. Syukur padamu Ya ALLAH diatas kurniaan rezeki ini. Boleh dikatakan sekeliling rumah aku bapak aku tanam pisang dan pisang aku sangat pandai mengeluarkan hasil pada waktu yang sama. Jadi boleh la korang bayangkan betapa banyaknya pisang dekat rumah aku kalau 3 pokok berbuah sekali.

Buat cekodok? Dah biasa sangat. Kalau ada mood rasa nak makan aku buat la.
Pisang goreng? Aku fail betul bila masak pisang goreng ni. Tak menjadi. Pisang dengan tepung asyik terpisah je. Tak boleh jadi Buddyz ni. So nak senang, aku suruh je abah aku yang masakkan.
Lempeng pisang? Aku tak pernah buat ni. Sebab tiap kali aku nak buat je, turun dapur, buka tudung saji tengok tadaaa, abah aku dah tolong masakkan. Smile. Wink wink.
Kek pisang? Tudia, disini aku ingin mengacar anda semua cara nak buat kek pisang kukus.
Omnomnom SEDAP!! Yeah. Tunggu la bulan 12 ni. Kek kahwin adalah kek pisang. Nah kau. Mampu nak buat begitu?

Bahan-bahan ( 5 org makan )

  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan minyak mazola
  • 1 cawan pisang lenyek (pisang berangan - anggaran 3 biji)
  • 1 sk soda bikabonat
  • 1 sk baking powder

Cara-cara

  1. pukul telur & gula hingga kembang               
  2. masukkan tepung, minyak, pisang, soda dan baking powder, pukul sebati            
  3. kukus 45 minit
And here is the result:
Pandangan dari sisi.
 
Model tidak diiktiraf. Muehehe.
Jemput makan semua. Yummy.

4 comments:

AinNawwar said...

hebakk ar buat kek pisang macam beli kat supermarket je. hee. nak jugak jd hebakk camtu,

zulhilmi tempoyak said...

apa kt.. untuk membuktikan kesedapan kek tu.. pos sorang sket kat sapa yg komen sedap.

ok.. nk komen.

sedap. heheh

Muhammad Faiz Mohamed Saaid said...

wah sedapnya, hantar sikit kat kami ni, laporlah pulak

MawardiYunus said...

adeh2 tetiba perut terasa lapor. ngeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...