lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Friday, April 19, 2013

Spaghetti Bolognese Tenggiling Style

Harini aku dengan jayanya telah masak Spaghetti Bolognese.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
1) bawang besar yang telah siap diblend. 1 sudu besar only.
2) bawang putih yang telah siap diblend. 1 sudu besar juga.
3) cili besar yang telah diblend. 1 sudu besar juga.
4) cili sos
5) setengah daging kisar Ramly. Pastikan Ramly baru beli. YEAY.
6) Paste Spaghetti bolognese Adabi. Kenapa aku choose Adabi? First, sebab Adabi produk orang Islam, Adabi produk Malaysia. *Tetibe teringat iklan best Malaysia tu. Dan yang paling penting sekali, sos adabi ni kena la dengan tekak masakan Melayu kita yang tak nak masam sangat.
7) cendawan butang. sesuka hati nak letak banyak mana.
6) bebola ayam mahupun bebola daging. Sesuka hati anda. Tepuk dada tanya selera.
8)minyak masak

Cara-cara memasak ala-ala gaya seorang masterchef ialah seperti yang berikut:
1) tuangkan minyak kedalam kuali yang telah dipasang api. Jika tidak dipasang api macam mana minyak nak masak. Macam mana nak menumis.
2) masukkan bawang besar, bawang putih dan cili besar ke dalam kuali dan tumis sehingga bau sodap amek.
3) masukkan sos pasta adabi.
4) masukkan daging kisar. dan kacau sebati.
5) tambahkan sedikit sos cili. Jika anda suka pedas tambah la lagi.
6) kemudian masukkan bebola dan cendawan.
7) gaul sebati....

Ta daaa, dah siap. So fast and easy but yet so yummy..

Jadi untuk anda semua, jemput makan....

 

7 comments:

fatin aziz said...

mak aiiii..terasa lapar la plak malam2 cenggini..hehe..dah la saya ni fanatik spaggeti. pantang nampak mesti nak ngap..huhu

Mysara Ab Rahman said...

kte buat xletak cili..
msti ada pedas2 ckit kn..
bley try pas ni sbb kte mmg peminat spaghetti! hee

dyba gula-gula said...

laparrrr!

meh dtg blog kiteeew.

http://sweetdyba.blogspot.com/2013/04/ben-ashaari-dan-weeclicks.html

bubyee , :*

^^eKaTiKaH^^ said...

pehhh, kene cuba kat rumah nie. hehe :D

AinNawwar said...

huish. terliur pulak tengok. lama dah nawwar tak buat spagetti. huhu

Kathy Rbain said...

yummy....

MawardiYunus said...

mintak sepinggan.. nak simpan untuk sahur.. eh eh eh hahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...