lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Monday, May 13, 2013

Prespektif Orang Ramai Terhadap Orang Yang Ada Bibik

Kemain panjang betul tajuk entry aku kali ini. Dah macam soalan karangan SPM la pula. Pada saat dan ketika ini, aku merasakan tajuk ini adalah amat relevan untuk ditulis. Bila kita cakap kita mempunyai maid mesti dalam kepada minda masing-masing memainkan ayat sebegini

"patutlah pemalas, ada bibik rupanya"
"ni confirm tak reti buat kerja"
"patutlah tangan lembut semacam aje"
"confirm tak reti masak ni"
"tak boleh dibuat menantu ni" --- ni ayat mak cik-mak cik

dan pelbagai persoalan bermain difikiran anda. Jadi disini aku rasa terpanggil untuk membetulkan minda masing-masing. Ini dikira macam reset minda.

Yang pertama sekali, tidak semestinya orang yang ada Maid ni pemalas. Sejujur-jujurnya orang yang tidak ada Maid pun boleh jadi pemalas juga. Ia terpulang kepada sikap individu terbabit. Tidak bermakna jika seseorang individu tersebut mempunyai Maid dan dia tidak melakukan kerja rumah. .

Point yang kedua, Tidak semestinya orang mempunyai BIBIK tidak reti membuat kerja rumah or in other words we call it as 'berdikari' macam basuh baju sendiri. Oh no no. Jika dia masuk asrama, dia juga akan membuat perkara tersebut dengan sendiri tanpa mengharapkan pertolongan bibik. Lain la kalau dia mengharapkan bantuan dobi. Itu lain kes ok.

Tangan lembut semacam? Well, kami berkebun kot tapi always apply lotion on our hand. Sebab tu la tangan kami selembut kulit bayi. Bhaha.

Masak? Walaweh ni ayat kejam kalau ingat orang ada pembantu rumah je tak reti masak. No no no okey. Tak semestinya kerja pembantu rumah itu untuk masak kan. So, don't judge a book by its cover.  Orang yang tiada pembantu rumah pun ada juga yang tidak reti memasak kerana selalu makan dekat restoran je.

Dan sekian itu la sahaja hujah saya untuk topic hari ini. Mungkin dengan huraian saya yang tak seberapa ni mampu mengubah prespektif masyarakat hari ini terhadap orang yang mempunyai bibik. Dan kepada typical mak cik-mak cik dekat luar sana, janganlah takut bermenantukan orang yang ada bibik ini ok.

 
p/s: saya dah baca buku BILA BLOGGER JADI MAID tulisan ZATI MOHD. Best ok.

2 comments:

Khairul Zamri said...

haha mulut org ape kisah

Aiza Hamdan said...

Salam kenal..
Well..biasalh mulut org kan..
Pernah ade maid..bab masak mmg x bagi maid masak..basuh baju..sdri masukkan dlm mesin..maid tolong ampaikan je..pembantu nih membantu..bukan semua diserahkn bulat² ppada dia..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...