lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Friday, December 6, 2013

Tips Selepas SPM

Wohoo, finally SPM is OVER!! Aku tau rasa happy korang tu, well aku pun rasa happy lepas habis SPM tapi ketahuilah perasaan happy itu hanya sementara waktu sebelum perasaan gila bosan overdose mula menjengah diri. Dulu aku punyalah happy plus tak sabar nak habis SPM sebab nak pergi jenjalan pergi oversea. Itu aje!! So here are some tips that I want to share with you which might may help you to those SPM RESULTS VICTIM. *part result nak diumumkan lagi cuak sebenarnya daripada feeling nak jawab exam.

1) PLKN
This is mandatory for those who got it. Pergi je dik non. Kau tak payah nak memekak-mekak tak nak pergi bagai. Makan 6 kali sehari. Dapat duit saku. Dapat baju, t-shirt and towel free. Siapa tak nak oi. Usually siapa yang terpekik terpelolong menangis meroyan tak nak pergi tu,dioranglah manusia paling bahagia disana. Trust me, they are hiprokrit.

2) Lesen
Ambil lesen memandu or motor. This one is okay jugak. Nanti time degree kau boleh la belagak promote lesen kau. Tapi kalau ada lesen tapi tak reti bawa tak guna juga ye. *note to myself.

3) Kerja sampingan
For those yang berdikari sangat tu padahal kerja sebab nak beli i-phone 5c je kan. Tak yah la kau nak temberang aku kenkonon nak hidup berdikari bagai. Kuikuikui. Tapi kepada pakwe-pakwe yang dah ada makwe-makwe sekalian, anda dinasihatkan bekerja kerana duit yang kau gayut or beli hadiah untuk makwe tu adalah duit mak bapak korang so please malu sikit dengan duit tu. Rasa-rasa belum berkemampuan, jangan nak mengatal mengorat anak dara orang.

4)Jadi bibik
This is sangat-sangat sesuai to those girl out there. Time ni la nak balas jasa baik parents. Aku tak la jadi bibik sebab nanti bibik aku takde kerja pulak kan. This is very good practice in order for you to be a good wife. Hahaha. *merenung masa hadapan.

5)Survey Kos dan Universiti
Ini penting korang. Please take note. Nak pilih kos ni ibarat nak pilih suami atau isteri. Kalau kita suka, kita akan enjoy, kalau kita benci kita akan merana dan end up kita maki hamun dia. Kos tak salah, yang salahnya KAU sebab dah baca tips aku ni pun kau masih lagi tak survey kos yang sesuai dengan diri kau. Time-time lepas SPM ni, memang banyak karnival pengajian tinggi, so dari korang melangok depan tv tengok drama Love You Mr Arrogant tu, baik tambah ilmu dengan pergi karnival-karnival ni for your own good sake.

6)Ambil fast-track.
This is for those yang semangat berkobar-kobar nak study. You can choose to take fast-track at private universiti. Kalau nak masuk universiti awam boleh tapi kan result gempak baru boleh dapat.

7) Tingkatkan iman dan takwa.
This is the time untuk korang melipatkan gandakan usaha anda. Berdoa tanpa jemu. Usaha sudah and now it is time to tawakal and berdoa. As we know pemeriksa kertas SPM ini terdiri daripada guru-guru yang telah lanjut usia a.k.a lebih berpengalaman, jadi korang banyangkan apa yang akan jadi apabila beliau terpaksa menanda berpuluh-puluh ribu kertas soalan. Mau pening kepala dengan jawapan korang plus dengan tulisan carca marba hangpa tu. So doa lah banyak-banyak, mana tau dengan doa itu ia dapat melembutkan hati pemeriksa itu.

Dan sampai disini sahaja tips yang aku rasa boleh tahan membina, even tak la membina sangat pun. =P.

p/s: Dah jarang update blog. Mood berblogging dah kelaut. Mendapat ilham untuk menulis entry ini daripada tweet Saudara Karoot. Seorang pelajar Engineering di German.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...