lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Tuesday, April 30, 2013

Segmen Free Header by Izyan Nazirah


Segmen: Join Bloglist Ain bulan Mei!!!

 

Suka-suka Segment by Asaka Nikiti

Wah, blogger cantik Asaka Nikiti buat segment la pulak. Yeay *tepuk tangan kuat-kuat.

Tapi sebelum itu, kita perlulah penuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
1) Anda perlulah seorang blogger. Saya seorang blogger yang comel tapi tidak handsome.
2) kena lah follow tuan punya blog. Saya yang bernombor 719.
3) kena la buat entry macam yang saya buat.

 
 
Hanya 3 buah blog yang akan direview. Adakah blog saya akan tersenarai? Just wait and see okay.

Monday, April 29, 2013

Segmen: Blog Paly ajak masuk bloglist

Wah, harini aku punyalah semangat awal-awal pagi aku pergi jogging. Dan hari ini juga aku punyalah semangat nak join segmen-segmen ni. Yelah, lepas ni dah masuk kolej. Memang tak dapatlah aku nak online. Nak join segmen. Sebab aku kena STUDY! STUDY! STUDY! Demi  masa depan yang cerah. AMIN..

Dan hari ni aku ingin join Segmen dari Blog Paly.

 
 
p/s: Paly ni berasal dari Kelantan dan berumur 22 tahun. 

Sunday, April 28, 2013

Segmen Pencarian Bloglist Mei

 
Semua syarat-syarat dengan jayanya telah aku penuhi.
Dan adakah aku berjaya? jeng jeng jeng.
Kita tunggu keputusannya ok..
 

Segmen Bloglist Mei & Jun by Aenn Athirah


Saturday, April 27, 2013

Pelamin AnganKu Musnah


 
Ihsan photo: Dicari dengan penuh kesabaran di Google Maps. Jadah apanya cari pelamin dekat google maps ye dak.
 
 
Amacam cantik tak pelamin dekat atas? Well, cantikkan. Aku suka tema pelamin macam ni, warna lembut je. Hati yang memandang pun tidaklah sakit. ala-ala macam garden wedding. Class you.
Dan dengan ini terimalah lagu PELAMIN ANGANKU MUSNAH dari Azie.
 
 
Masih lagi tidak terlewat
Untuk aku ucap tahniah
Di atas kehadirannya
Menggantikan aku

Pastinya oh hidupmu
Akan lebih bermakna
Dan aku usah kau kenang
Walau kita pernah berkasihan

Maafkan diriku ini
Kerna tidak hadirkan diri
Di sewaktu hari
Persandinganmu

Adakah kau ingin lihat
Air mata ini berguguran
Puaslah hatimu kini
Memainkan perasaanku selama ini

Masihkah dengan janjimu
Apapun jadi akulah pilihanmu
Engkau sanggup hapusi cinta yang lalu
Ku angankan pelamin indah untuk kita berdua singgah
Sayangnya... Semua musnah

Kau buat malamku jadi gerhana
Dan hidupku tiada maknanya
Hanya bernyawa namun tak bermaya

Terkadang aku merasa menyesal
Kerna telah sehabis daya
Aku cinta dirimu kasih
Akhirnya aku sendiri
Tersisih...

Bisa sungguh luka ini
Walau tak berdarah

Thursday, April 25, 2013

Pokok Tumbang

Last 2 days, my house were without electricity. Gelap-gelita. Dah macam hidup zaman 60-an. Semua bermula begini. Flashback time.

Petang itu dalam pukul 6.40p.m. cuaca diluar gelap gelita dan hujan lebat. Pada ketika itu, aku sedang duduk di dapur bersama kakak dan ibuku yang baru pulang dari kerja. Aku pula sedang siapkan makanan untuk ayah aku yang belum pulang dari kerja. Kebetulan haritu ayah aku berpuasa. Tiba-tiba, aku dengar bunyi dentuman yang kuat dan lampu di rumahku makin lama makin malap. Kami pun buat tak kisah la. Still bergelak ketawa. Dalam pukul 7.00p.m. mak aku suruh pergi dekat plug suis utama tu. Aku tolak keatas, still tiada eletrik, aku tolak kebawah, still tiada letrik. Dalam hati terfikir jugak, kenapa takde elektrik ni. Jadi aku bukak pintu, nak usah letrik rumah depan. Sekali aku tengok anak jiran aku macam cemas semacam, sekali aku toleh sebelah rumah aku, baru aku perasan yang pokok tumbang. Oh my terus jerit "Mak, pokok tumbang". Baru aku perasan, depan rumah aku dekat pintu pagar, wayar letrik yang masih ada current berkumpul depan rumah aku. Bahaya kalau nak masuk. So, tak boleh nak masuk. Aku pun rush cari bil eletrik nak cari no TNB, tapi malangnya satu bil pun aku tak jumpa.

Oleh kerana keadaan dah gelap, satu lagi kerja. Kena cari lilin. Nasib baik la lilin for perhiasan tu banyak. So kita bakar itu jelah. Haha, wangi rumah aku. Lepas solat isyak, keadaan bertambah panas. Sup ketam bermain difikiran ku. Mak aku dah pesan "kalau makan tu makan sup je jangan makan ketam". Sebab takut nanti allergic aku datang sampai kadang-kadang dia effect sampai ke jantung. Malam tu aku hanya duduk di balkoni rumah sambil ditemani bunyi nyamuk yang akhirnya memang makan penampar la kan dari aku. Aku duduk di balcony sambil berharap, ada pihak berkuasa yang akan membantu kami. Peace yo. Suddenly tengah aku bermesej dengan abang aku, suddenly dengar bunyi siren bomba. Dan datanglah segala bomba, tnb dan mps. Alhamdulilah. Terasa cerah masa depan seketika. Sambil dok pandang orang potong pokok. Jakun weyh jakun.
Bomba: you are our superhero.
 
Setelah aktiviti menebang pokok selesai, dalam pukul 12 malam datang pula TNB yang buat kerja betul-betul depan rumah aku. Malam itu nyamuk tak payah cakap la. Macam nokharom banyaknya. Setiap setengah jam aku bangun bersilat dengan nyamuk. Dan setiap dua jam aku akan tidur di bilik yang berasingan. Last-last aku tak tidur. Tengok langit biru dan berharap agar letrik ada la. Tapi itu mustahil. Eletrik hanya ada pada petang keesokan harinya. Tetapi line internet masih lagi tiada. Yelah tiang telefon patah dua. Pada hari selasa baru lah orang telekom datang. 
 
Dan disini saya tak berani cerita pasal "benda" tu. Tak berani. Nangis.
 
Oh ini dia ketika pembersihan sedang giat dijalankan. Keadaan masih lagi panas. Tiada eletrik dan saya giat study. Hahaha
 
 
 
p/s:malam tu semasa pihak bomba sedang potong pokok, my jiran ambil gambar suddenly keluar something. Pengsan.

Wednesday, April 24, 2013

Segmen Bloglist Tambah Follower PariPariPutih

Hye adik-adik, abang-abang, kakak-kakak.

Wah, rindunya aku dekat baby aku sorang ni *merujuk blog aku ni.
Dua hari tiada internet dan Alhamdulilah aku masih lagi hidup. Muehehe, jadi cakap orang yang "aku boleh mati kalau takde internet" adalah tipu belaka. Next entry aku akan cerita kenapa aku takde internet. Targis kot.

Oleh kerana ada internet ni, aku pun kemain rajin nak join bloglist follower baby Pari Pari Putih. Yezza.

Syarat pertama telah aku penuhi. Well, aku kan seorang blogger yang comel jadi wajib la follow bloglist ni. Ye dak.
Secondly, aku telah follow blog kak pari. No 1625 k. Yang cute tu. Ahaks.
Yang ketiga, telah dipenuhi dan yang keempat, haruslah ada gambar kak pari yang comel ye dak.
 
Da tadaa...Siap...Yezza...

Sunday, April 21, 2013

Mudah Giveaway By Iezwa Razk

 
Finally my honeymoon mood is over. Now is time for me to study. Momentum dah lari wow, so baik aku kembali ke track before aku tersasar. Harini aku ada time free sikit so sempatlah nak join Mudah Giveaway by kak Iewa Razk. Syarat-syarat mudah giveaway ni teramatlah senang. I like.

Saturday, April 20, 2013

Kek Pisang Kukus Cik Tenggiling

Amboi, tajuk. So kelas u'olls. Disebabkan pisang banyak dirumah. Perh, banyak betul pisang dekat rumah aku ni. Alhamdulilah. Syukur padamu Ya ALLAH diatas kurniaan rezeki ini. Boleh dikatakan sekeliling rumah aku bapak aku tanam pisang dan pisang aku sangat pandai mengeluarkan hasil pada waktu yang sama. Jadi boleh la korang bayangkan betapa banyaknya pisang dekat rumah aku kalau 3 pokok berbuah sekali.

Buat cekodok? Dah biasa sangat. Kalau ada mood rasa nak makan aku buat la.
Pisang goreng? Aku fail betul bila masak pisang goreng ni. Tak menjadi. Pisang dengan tepung asyik terpisah je. Tak boleh jadi Buddyz ni. So nak senang, aku suruh je abah aku yang masakkan.
Lempeng pisang? Aku tak pernah buat ni. Sebab tiap kali aku nak buat je, turun dapur, buka tudung saji tengok tadaaa, abah aku dah tolong masakkan. Smile. Wink wink.
Kek pisang? Tudia, disini aku ingin mengacar anda semua cara nak buat kek pisang kukus.
Omnomnom SEDAP!! Yeah. Tunggu la bulan 12 ni. Kek kahwin adalah kek pisang. Nah kau. Mampu nak buat begitu?

Bahan-bahan ( 5 org makan )

  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan minyak mazola
  • 1 cawan pisang lenyek (pisang berangan - anggaran 3 biji)
  • 1 sk soda bikabonat
  • 1 sk baking powder

Cara-cara

  1. pukul telur & gula hingga kembang               
  2. masukkan tepung, minyak, pisang, soda dan baking powder, pukul sebati            
  3. kukus 45 minit
And here is the result:
Pandangan dari sisi.
 
Model tidak diiktiraf. Muehehe.
Jemput makan semua. Yummy.

Friday, April 19, 2013

Spaghetti Bolognese Tenggiling Style

Harini aku dengan jayanya telah masak Spaghetti Bolognese.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
1) bawang besar yang telah siap diblend. 1 sudu besar only.
2) bawang putih yang telah siap diblend. 1 sudu besar juga.
3) cili besar yang telah diblend. 1 sudu besar juga.
4) cili sos
5) setengah daging kisar Ramly. Pastikan Ramly baru beli. YEAY.
6) Paste Spaghetti bolognese Adabi. Kenapa aku choose Adabi? First, sebab Adabi produk orang Islam, Adabi produk Malaysia. *Tetibe teringat iklan best Malaysia tu. Dan yang paling penting sekali, sos adabi ni kena la dengan tekak masakan Melayu kita yang tak nak masam sangat.
7) cendawan butang. sesuka hati nak letak banyak mana.
6) bebola ayam mahupun bebola daging. Sesuka hati anda. Tepuk dada tanya selera.
8)minyak masak

Cara-cara memasak ala-ala gaya seorang masterchef ialah seperti yang berikut:
1) tuangkan minyak kedalam kuali yang telah dipasang api. Jika tidak dipasang api macam mana minyak nak masak. Macam mana nak menumis.
2) masukkan bawang besar, bawang putih dan cili besar ke dalam kuali dan tumis sehingga bau sodap amek.
3) masukkan sos pasta adabi.
4) masukkan daging kisar. dan kacau sebati.
5) tambahkan sedikit sos cili. Jika anda suka pedas tambah la lagi.
6) kemudian masukkan bebola dan cendawan.
7) gaul sebati....

Ta daaa, dah siap. So fast and easy but yet so yummy..

Jadi untuk anda semua, jemput makan....

 

Segmen : Gadis Blogger DSLR

 
 
Finally I got time to join Segmen Gadis Blogger DSLR by FizGraphic. Semua syarat-syaratnya Alhamdulilah telah aku penuhi =).
 
 
Nickname: Tenggiling
Warna tudung: Merah hati (maroon)
Baju: Navy blue
 
dua rakan blogger yang saya tag ialah Doktor Gila dan Onggedek-gedek a.k.a Aida Omar.
 

 

Wednesday, April 17, 2013

Free Shuttle At The Hospital

This would be the first time aku naik shuttle dekat HTJS. Ok, teruja weyh teruja plus dengan sikap jakun sikit. Usually, aku akan park kereta dekat tempat parking yang aku kira sangat jauh tu (memang jauh pun, ada la dalam 3 km), bila berjalan nak naik ke hospital tu rasa macam Houseman dekat HTJS. Amin.

Niat di hati, bila jadi houseman nanti, aku nak suruh abah aku hantar aku pergi kerja then mak aku hantar bekal aku. Dey, banyak cantik.

And so here it is. Kejakunan terserlah disitu. Siap ambil gambar lagi. Nasib baiklah time tu yang naik shuttle tu tak ramai.
 
InsyaALLAH yang tudung hitam tu bakal doktor in HTJS while yang putih tu confirm la cikgu.. See dekat belakang kitaorang tu siap dengan lambang smile dan lambang bulan sabit tu.
 
 
p/s: gambar ini diambil ketika nak menjaga najlah.

Sunday, April 14, 2013

On My Birthday

Yesterday was my birthday. Alhamdulilah, officially 18. No more sweet 17. Life get more tough and challenging. How I miss my school days =( ceh, pandai aku buat ayat gedik. So, yesterday my classmate, Hafizah came to my house. We had our girls talk. We really enjoyed it. My mum cooked some delicious food. *clap clap. Moms cook is the best. Yes! After this every four months baru dapat makan masakan mak. WAAAA... nangis la macam ni..

for the first time, sempena my birthday, I am wearing shawl. Yeay, so hampeh. Nak cepat so lilit je. Owh, baldi kat belakang tu dok sibuk je. Haha, ni mesti kes bibik aku main lotak ajo. Aiyoo..
 
 
activity bermanja-manja. bersemangat hafizah menepuk tangan. tempat bergambar kini berubah. dalam rumah pulak.
 
  okie ini model sambilan yo.. hafizah is so sweet.
 
p/s: thank you sista for the picture..hehe.membuli kakak gua.

Saturday, April 13, 2013

Happy Birthday!!

13 April 2013
 
Today is my birthday yang ke-18. Hari sudah menginjak makin tua. Kena sedar diri. Kena banyakkan istiqamah, banyakkan amalan solat sunat, baca al-Quran. Dan tidak lama lagi akan masuk ke Kolej Mara. Jauh dari rumah, jauh dari parents. Hidup kena berdikari. Nanti entry lain aku akan cerita kisah ke kolej mara pulak ye. Keep calm and keep waiting.
 
 
Lapan belas tahun yang lalu, seorang baby  yang comel telah lahir ke dunia. (perh ayat sebijik macam dalam karangan ye dak). I also share this date with my parents anniversary. YA, which one to celebrate. Conclusion, we no celebrate. Haha. Sonang beb sonang. Just stay at home relax, enjoy our day, and eat mama cooking. So heaven. None, can beats mom cooking.
 
Thank you for all your wishes and gift. May ALLAH bless me and you (yes you, my friends and of kos the most important thing is my readers)
 
 
 
p/s: makin hari makin glamour. Masalah.

Tuesday, April 9, 2013

Wordless Wednesday: Irdina Sudah Sihat


Yesterday, I wrote about Irdina masuk wad. But today, Irdina sudah sehat. Yeay! Tapi mouse tu belum sihat.

Monday, April 8, 2013

Get Well Soon Irdina

Irdina masuk wad. Poor little girl. Sakit-sakit pun tapi still garang jugak. Haish budak kecik sorang ni. Tangan dia kena balut and she really look like a robotcop. Dina telah dimasukkan ke Subang Jaya Medical Centre sebab terkena jangkitan kuman pada paru-paru. So, last saturday we rushed to SJMC. From Seremban to Subang Jaya. Lama la jugak coz hujan lebat wo. Really big thanks to Awek Garmin. Tak sesat weyh. On the way to Subang, I met with my cikgu. He was on the way to Cameron with his wife. 

SJMC really look like a hotel.Siap ada subway and many more. 
Subang Jaya Medical Centre ini adalah bawah group Sime Darby Healthcare. Aku rasa nak apply jadi doktor kat hospital ni boleh? haha.

Will be doctor at SJMC. InsyaALLAH. Anyway hospital ni ada dua bahagian. North and south. Yang kat belakang tu bahagian South. South dan north dihubungkan dengan jambatan atas tu.. Nampak tak?

Ni masa first day Dina masuk wad. Dua-dua belah tangan kena balut. Poor little girl. 

After a few days, she can hold the (I dunno la nama benda tu) dengan sendiri. And sorry, she looks so sexy. hahaha. 


Tadaa, she was playing with the syringe. As if baby doll tu pulak yang sakit. Doctor to be. Haha.

I also gave Dina a cute card with super duper a cute bear. 

1st SEGMEN SELAMAT HARI LAHIR BY KATHY


Happy Birthday Kak Khaty. May ALLAH bless you and have a happy life. Birthday Kak Khaty pada 8 April manakala birthday Cik Tenggiling pula pada 13 April ni. Coming soon. Kita dilahirkan pada bulan yang sama dan boleh la celebrate sama-sama ni. Saya berasa sangat tertarik dengan segmen yang dianjurkan oleh Kak Khaty ni. Yelah tanpa IBU siapa la kami. Tapi yang penting tanpa IBU tak dapat la saya lahir pada bulan april, ye dak. 

Ini ialah ibu saya, Puan Siti Rahimah Binti Sulaiman. Orang yang paling banyak berjasa dalam hidup saya. IBU saya adalah seorang yang amat memahami diri saya. Tiada orang lain yang dapat memahami diri saya selain beliau. She always make a good food for me. Good plus delicious. Double thumbs up for my mum.
Yelah, masakan yang terbaik adalah masakan ibu. Ibu adalah pencetus dan pendokong kejayaan saya. Kejayaan saya selama ini adalah hasil bantuan ibu saya. Ibu saya sering membantu saya jika saya ada masalah. Yang paling penting, ibu saya akan ambil cuti semata-mata untuk "mother and daughter bonding time". Kami selalunya akan pergi ke kedai makan kesukaan kami, pergi saloon, pergi shopping dan lain-lain. Ibu saya akan pilih dan belikan buku untuk saya. Setiap sebulan pasti saya akan dapat buku baru. Sama ada buku latihan mahupun novel. Ibu saya amat memahami saya tiap kali mood mengindam saya datang. Kesimpulannya I LOVE YOU <3 PUAN SITI RAHIMAH BINTI SULAIMAN.

Saturday, April 6, 2013

Kenduri Di Talang

Woi, lama betul aku tak post entry. Busy weyh busy. Banyak benda yang perlu diuruskan. Jadi di kesempatan yang aku ada ni haruslah digrab dan entry diupdate. Nanti bosan pulak blog aku bila tidak diupdate. Aku tau kat luar sana, dah ramai yang nak baca kan. So, disini aku update blog aku. Happy tak? Kalau happy tepuk tangan sikit. 

Well, last week we went back to mum hometown. TALANG. Dah lama tak menjejakkan kaki kat Talang. Last datang pun aku dah tak ingat. My mum punya aunty punya cucu kahwin. See, berapa banyak punya pun aku tak tau la. And you know, kawasan Kuala Pilah and Jelebu adalah kawasan dimana MASAK LOMAK CILI API ekh adalah sangat sodap. And of course it a must for me to go to kenduri as I love to eat. Pipi aku dah macam preggy mother ni. Damn.

SR family diwakili oleh: my mum (kak imah as the tok ketua), pak lang (jang ulan perwira negara), dan busu (the youngest the hottest).

The food is really really SEDAP. LIMA BINTANG k. 

Dah tengah hari..muka berminyak lepas kena buli dengan Irdina. Anda percaya atau pun tidak sebenarnya Irdina yang ambil gambar ni.

this is my sister and she really excited (mata bulat bila tengok makanan) lepas tu dok buli aku ambil gambar dia pulak.layan je.

ok, ini Abang SASER. Anyone nak ambil contact no dia? Can contact me la. Ahahaha.. Kawan sepembuli aku ni. legend dulu.

ni jelah kerja Irdina. makan jari dia yang tak basuh tu. oh noo.. full of germs.

Monday, April 1, 2013

Iklan Strepsils

Hidup sebagai pelajar lepasan SPM sungguh syok. Television is my second best-friend after my blog. *Sambil dok usap blog Tenggiling Bergulung. Tengok jelah TV, my parents won't scold me. Janji aku solat, baca quran, baca newspaper (supaya tak dok ketinggalan).  

Sedang aku menonton TV, sekali keluar pulak iklan strepsils yang teramatlah comel. Kuci Kuci. And after that all of my family cakap macam ni "Kuci Kuci".  So sweet, when my mother cough, my dad will said like this "Kuci Kuci". 

And here is the cute Kuci Kuci

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...