lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Friday, November 8, 2013

Raya Without Family

Uhuk uhuk. *lap lap habuk sikit. Amboi, kemain bersawang blog aku ni. Dah lama tak update. Minta maaflah, you know me, always busy melayan perasaan sedih. Apakah ini? Merepek. Dihari yang panas hingga menyebabkan aku tak boleh nak study ni aku telah tekadkan azam untuk mengupdate blog walauapa pun halangan yang terpaksa ditempuhi. (terasa poyo kemain pulak ayat aku). Marilah kita kembali ke pangkal jalan ye kawan-kawan.

 Actually in this entry aku nak tulis kisah Hari Raya ku without family tersayang disisi. Walaupun hari raya aidiladha telah selamat berlalu dua minggu yang lepas tapi baru pada hari ini aku ada kesempatan nak update blog. (Terima hakikat bahawa saya blogger rajin pemalas). Dah-dah apa tunggu lagi, jom baca!

Kisah pada malam raya:
-Lepas solat maghrib aku rush turun kafe (lapaq bak hang, aku dah la puasa kot) banyak gak stall dah tutup. Maklum la esok cuti. Semua orang nak rayo!! Keluar je kafe dengar takbir berkumandang. Sebak gak hati ni tapi tak nangis sebab aku kuat. InsyaALLAH. Sampai je bilik terus BBM dengan abang dan akak aku yang juga berada di Borneo dan juga tidak balik beraya dan nasib kami adalah sama!

Pagi raya:
-Sumpah mengantuk sebab malam sebelumnya aku melangho  study. Liatnya lahai nak pergi solat *godaan syaitan is too high! Dan aku rasa tak perlulah aku cakap macam mana aku solat semua bagai tu. Tak penting pun. Janji aku pergi solat sunat aidiladha ok. My #OOTD- Baju gold tudung hitam.
Colour baju dan tudung sangatlah tidak matching dan asal tangkap muat je. Janji tutup aurat. 

Story gua belum habis lagi ni, harap bersabar ye. Ni karangan SPM ni haruslah panjang berjela-jela, selepas solat, aku dan kawan aku pergi ke mall dengan menaikki bas yang sangat mencabar hati. Dan kami telah pergi ke Secret Recipe. What? Hari raya makan secret recipe? This is what we called overseas student. Sedih weyh no rendang, ketupat, lemang and what so ever on hari raya. 

Masa dekat Secret Recipe dok telefon mak, tapi nampaknya sepupu-sepupu aku pun dok bersemangat nak berbual kencang dengan aku. Habis satu-satu menu disebutnya. Nak bagi aku jealous lettu. Dan dan dan aku juga telah terkena demam starbuck abang dan akak aku. Mahal siot. Mahal. Tapi dok beli jugak.
Nama gua tak betul disitu. Aisha instead of Aisyah. Ok la, janji ada bunyi-bunyi disitu. 

okaylah, sampai takat ni sahaja pertemuan, kedatingan kita pada kali  ini. Aku nak sambung buat lab report. 

p/s: Tetibe nak makan ketupat daun palas tapi tak reti buat. Nampaknya nak kena cari mak mertua orang utara la ye. Ekh? Melalut ke laut tak sudah. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...