lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Thursday, October 16, 2014

Hari Raya Aidiladha

Punyalah berkurun berabad zaman aku tak update blog aku ini. Rasa bersalah kerana telah menganak tirikan blog ini tapi apakan daya masa mencemburui kita. Wohoo. Sastera sangat.
Walaupun hari raya aidiladha telah berlalu dengan jayanya namun aku baru terkedek-kedek nak menulis. Well, atleast I have something to share.

This year will be the second year aku beraya di perantauan. Perantauan sangat *mata pandang atas, tangan di bahu. Aku rasa tiap kali raya aidiladha, aku macam rotate jadual yang sama. yang bertukar adalah baju raya. If last year baju raya aku warna gold dan bertudung hitam. Tahun ni baju raya aku berwarna biru songket dan tudung corak berbunga-bunga.

Kalau korang baca post raya haji tahun lepas pun, gambar yang diambil pun di tempat yang sama. Gaya pose dan baju yang membezakan gambar raya haji tahun lepas dan tahun ini. Oh well, hari raya without lemang, ketupat,rendang, kuah kacang is very common. Rasa jealous jugak tengok orang dok update facebook kata makan ini makan itu. Bukan takmo balik, bukan sebab tiket mahal tapi sebab assignment bertingkek-tingkek. Banyak oi. Rasa nak nangis je. If last year pergi celebrate dekat Secret Recipe dengan Iza seorang je tapi kali ni ramai sikit.  

Got to go, give me time to update more and more and more..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...