lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Thursday, December 31, 2015

Melabuhkan Tirai 2015

Finally 2015 have comes to the end. Sebenarnya aku tengah study but stop kejap nak melagha. Hehehe. Alang-alang melagha biar sampai terupdate blog. Acewah gituw. 2015 have to many sweet, sour,bitter memories but that makes me stronger and more matured.
Boleh follow instagram saya: sitinuraisyahishak

Yang bitter tu boleh tolak ketepi sampai masuk dalam longkang. Kat sini nak share yang sweet sweet aje. Aku dapat idea nak tulis lepas dok tengok yang Nine best dekat Instagram tu.

1) Dapat anak buah. Bukan satu malah dua sekali okay. Satu anak abang aku manakala sorang lagi anak kakak aku. Anak abang aku girl manakala anak kakak aku boy so that's mean ada sepasang la anak buah aku ni. Dah la dua-dua comel.
Iffah Nabillah anak kepado abang den. Tahap kecomelan 100%

Ini adalah Akram anak kepada kakak aku. Beza umur beliau dengan Iffah 5 bulan kot. Kiranya akram ni adik la.

2) Kemanisan yang kedua adalah apabila kau melihat senior yang dok caring pot pet pot pet membebel dekat aku since zaman asasi dah grad. Aku taktau la nak explain apa perasaan aku time ni sebab sedih pun ado gak. Sedih bangga ekh semua adalah. Jangan tanya aku kenapa dia suka tunjuk hidung macam tu. Hehehe. 



Nampaknya tak la banyak mana pun kemanisan yang ingin aku kongsikan. Dasar Pemalas! Hehehe. Should stop now and continue study Natural Resources for my upcoming exam.

Happy New Year!

Saturday, December 26, 2015

Penjagaan Wajah Safi

Akak sebenarnya dalam mood exam tapi oleh kerana banyak benor syaitonnirojim atas badan dan nak belajor perh rasa malas, jadi akak scroll instagram dan rata-rata dok promote produk kecantikan. Produk kecantikan ni especially produk putihkan wajah dan hilangkan jerawat ni tumbuh macam cendawan lepas hujan. Haaa gitu la ibaratnya.

Jadi akak nak tunjuk la sakit muka akak dulu-dulu.


 This is totally me with sunburn teruk sangat and aku tak sangka itu adalah aku. Sedih sangat okay dok tengok gambar lama-lama. Okay mesti korang rasa macam tak jadi nak ngorat. HAHA. Dengan jerawat banyak giler di dahi. Aku rasa macam kena pakai kertas pasir nak hilangkan benda tu semua. 

After pakai safi lebih kurang a year dah putih kembali kepada kulit asal but jerawat masih lagi follow. Haish. Sakit hati tengok jerawat. 

Dan aku nak tunjukkan gambar terbaru jeng jeng jeng


Putih with no jerawat. Finally I get my skin tonned back walaupun tak seputih dahulu. But atleast no jerawat tapi kalau jerawat naik time period seketul dua tu biasalah. 

Semua ni hasil daripada penggunaan konsisten Safi. Student mana ada duit nak beli benda mahal. So benda murah tapi berkesan adalah SAFI. Well done Safi! 
  Dulu masa zaman sekolah mana reti guna toner, serum semua tu. Aku bantai je guna pencuci muka je. But okay what pencuci muka pun berkesan. Hahahaha.
This is totally my favourite. Wangi sangat. Aku beli pek promo. Nanti aku ajar cara satu per satu kegunaannya. Aku tau cara nak pakai ni pun sejak jadi a real lady. Hok dulu macam jantan. Jalan beso beso. 

Stop dulu. Mood study dah sampai. Semoga kita ketemu lagi dan idea datang mencurah-curah lagi. 

Saturday, November 21, 2015

Aku Suka MEMASAK

Akhirnya ada juga aku masa untuk update blog yang dah berkurun lamanya aku mengabaikannya. *Lap-lap habuk sikit. Sejak tak duduk hostel aku amat jarang makan luar sebab kebersihannya diragui and apabila makanan tak dibasuh bersih mulalah aku allergic sana sini. Merana badan. I just love to cook but masa tu sikit sangat nak share dekat blog. But I hope one day (mungkin masa cuti semester I could spend some time updating my blog especially share resipi memasak. Aku ni jenis suka memasak and suka beri orang makan.I feel so happy when they said 'SEDAP'.

  
Nasi Goreng Ikan

Sphagetti Bolognese

Tom Yam Suun Berbendi

Tunjuk gambar je dulu. Ada masa kita share resipi =) 

Saturday, September 26, 2015

GARCINIA Candy

*this is a sponsored post

Pernah tak anda dengar pasal Garcinia? Garcinia ni alaa yang buat asam keping tu a.k.a buah asam gelugor la sangat-sangat bagus untuk kesihatan anda okay. 


; Kebaikan/Fungsi produk -
--> Membuatkan rakan anda jeles
--> Membuatkan anda sangat selesa dengan penampilan
--> Membuatkan anda kenyang sebelum amik lunch 
--> Membuatkan anda bertenaga walau skip lunch
--> Membuatkan anda terpaksa beli seluar baru lebih kecil
--> Membuatkan kawan anda minta rahsiaa sebenar
--> Membuatkan anda menyesal kerana tidak ambil dari dulu
--> Membuat kawan2 anda puji anda lain sangat. 

--> Membuat anda bangga dan yakin dengan diri anda

=> Hanya perlu KUNYAH KUNYAH
=> Perisa avocado yang sangat sedap
=> Repeat order yang tinggi

=> Kesann yang copat dan paaantasss




Sis Ika dari Procrowd Holdings Sdn Bhd) - Masukkan ayat "sekarang Procrowd Holdings sedang mengadakan promosi untuk 200 pelanggan terawal. Sebarang pertanyaan cepat whatsapp sis Ika dari Procrowd - 0196335690" 

Tuesday, August 18, 2015

Tips Masuk U.

Keputusan UPU dah keluar. Taniah bagi yang dapat masuk IPTA tapi bagi yang tak dapat takpe, IPTS kan hado. Apa beza antara IPTA dengan IPTS? Ontah den taktau. Tapi yang pasti semua ado hijabster. Wuuu..

Life dekat universiti ni lain ye adik-adik. Bayangkan hakak masuk U masa umur 18 tahun. Woi susah bak hang nak survive. Hati tak sado. Asyik nangis je. Time ni la aku jumpa mamat yang aku suka. Well tu mimpi je. Kau gilo nak couple. Takkan adanya nak si gemok macam aku ni. So sedar diri sikit.Tapi aku bersyukur lepas 2 bulan aku macam susah nak survive duduk dekat U yelah sebab tak pernah berpisah daripada parents. Sekali berpisah mak oi jauhnya. Terus ke seberang laut. Allah telah temukan aku dengan seorang senior yang sangat baik. Tapi dia dah graduate.

Kali ni entry ni nak cerita tips macam mana korang boleh survive di U dengan menjaga pointer, kawan dan life.
1) Jangan SKIP kelas.
Biarlah orang nak cakap kau skema tak ponteng kelas ke apa ke. Tapi jangan ponteng kelas. Sebab aku percaya kepada keberkatan. Keberkatan tu penting babe. Sebab kita nak cari ilmu jadi kenalah hormat orang yang memberi ilmu. Kalau boleh sila datang awal. Jika lecture kenal anda itu satu point.

2) Berkawan dengan semua orang.
Jangan nak jobho (belagak) nak kawan dengan satu falkulti je. Bergaulah dengan pelajar dari fakulti lain. Tak rugi kenal ramai orang. Aku ni kenal ramai orang sampai ramai juga yang hulurkan cinta namun aku tepis dengan sekuat-kuatnya. Aku cakap je yang aku dah ada bf. Confirm angkat kaki babe. Kepada student perempuan hati-hati dengan student lelaki sebab diorang pantang nampak dahi licin terus nak dihulurkan cinta lepas tu dia dumb perempuan tu.

3) Jangan RAKUS gunakan duit.
Tak kira la korang PTPTN, biasiswa atau duit mak bapak pastikan anda tak terover spend. Stoplah follow IG orang jual itu ini. Handphone tu pakai je yang ado. Aku mula-mula masuk UMS aku pakai blackberry biasa je takde pun nak cangih-cangih. Tapi nyawa blackberry tu singkat lepas tu mak aku belikan handphone baru. YEAY! tapi itu pun murah je. Takdo sampai beribu pun.

Dahhh aku malas nak mebebel.. kat bawah tu ada tips yang dikongsikan oleh senior-senior anda.








p/s: kalau rajin adalah sambungannya...

Tuesday, August 11, 2015

Warkah Ini Untuk Mu

Chewah tajuk entry. Mau nangis aku baca, Jiwang banget. Siapa pernah dengar OST Sindarella? Okay cerita ni Sindarella ni memang dah lama. So lagu ni pun memang dah lamo la. Dari dulu sampai sekarang aku masih tak dapat move on dengan lagu ni. Lebih-lebih lagi lagu ni macam hint aku kepada seseorang.

Bait-bait lirik lagu ni menyerap masuk ke dalam kalbu oi.
Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada


Haaaa mampu nangis kau dengar lagu ni... 

Mohon kau pun sama meroyan menangis lepas dengar lagu ni...

Thursday, August 6, 2015

Menu Raya Orang Negeri Sembilan

Selaku orang Negeri Sembilan, aku nak memperkenalkan juadah hari raya yang special sikit yang dihidangkan masa hari raya. Kok hari lain dapek yo tapi kono request dulu la mo omak den.

Antara menu yang special adalah
1) LOMANG.. hehe.. lemang... sebenarnya kalau dekat Negeri Sembilan ni raya tak raya sama je. Korang boleh dapatkan lemang dimana-mana je. Senang cerita kok sesiapo yang mengidam lomang tu bawak yo poie Nismilan, confirm ado punyo.

2)Ayam Rendang Cili Api
Haaa... yang ni tak payah den koba an memang confirm meleleh air mato bilo makan.

3) Ketupat
Usually kalau kek umah den, kami buat ketupat sendiri. Guno daun kelapo. Omak den tak gomar guno nasi impit. Sobab ekh nasi impit dio masak guno plastik. Nijam kito dongar macam-macam cerito tontang bahayo ekh bahan kimia dalam plastik ni haaa.. ekh tercakap Nogori plak.

4) Kuah kacang
Ketupat makan dengan kuah kacang.. ummpphhhh mengigil badan bro.. Sodap amek tekau.

5) Tompoyak Daun Kayu
Diet akan hancus bila nampak tempoyak daun kayu ni. Makan dengan nasi panas dan ikan goreng. Perhh..Boleh naik 10kg dalam masa sehari macam ni.

p/s: All those menu, the recipe I'll share later. Stay tuned.


Thursday, July 30, 2015

Tips Memilih Jam Tangan

This is a sponsored post.

-“MASA ITU EMAS”-

-“TIME IS PRECIOUS”-

So how many of us really appreciate the time? As a student, jam adalah benda yang sangat penting dalam hidup kita. Nak tengok jam untuk pergi ke kelas, lab, exam, dating hurmmm (okay part dating tu tak semua but most of it). Even kalua dah kerja pun jam tetap penting dalam hidup kita. I can’t live without a watch. Kalau tertinggal jam tangan I feel like something is missing. Even kalua pergi overseas trip pun jam adalah satu benda yang penting. Selalu jam tangan akan diset pada waktu negara yang saya lawati while jam di handphone disetkan pada waktu Malaysia. Well, nak jugak tau waktu di Malaysia supaya dapat update apa orang kesayangan sedang buat.

Rata-rata semua individu memakai jam tangan sebagai aksesori utama yang menyerlahkan lagi penampilan mereka. Selain itu, kembali kepada fungsi asal jam tangan itu sebagai penunjuk masa adalah sebab utama ia menjadi keperluan yang penting. Pemakaian jam tangan membantu kita untuk sentiasa menepati masa dan dengan adanya fungsi-fungsi tambahan, jam tangan kini menjadi rakan karib si pemakai. Even my boyfriend are not so closed as my watch =P
Ada diantara kita sangat particular dengan jenis jam tangan yang dipakai. Adakah ia selesa, adakah ia masuk dengan baju ataupun majlis. As for me, I have 5 watches that I bring to UMS. Kalau dekat rumah lagi banyak. Jam untuk ke kelas lain, jam untuk ke fieldtrip lain, jam untuk ke lab lain, casual lain dan jam kalau pakai baju kurung lain.

 I have some tips to share with you guys on how to choose the right watch on the right time and occasion. Sebelum anda membuat sebarang pembelian jam tangan, ciri-ciri apakah yang harus anda ambil kira? Penting untuk anda membuat pilihan yang betul dan membeli koleksi jam tangan yang paling bersesuaian. 

Kenali personality anda terlebih dahulu. Adakah anda seorang individu yang gemar bergaya kasual dan santai atau pekerjaan anda memerlukan anda tampil formal setiap hari? Pilih jam tangan yang paling sesuai untuk dipadankan dengan pakaian harian anda.

Kedua, jika anda mementingkan ciri-ciri tambahan pada jam tangan  seperti alarm, stopwatch dan lain-lain, pastikan anda membeli jam tangan yang dilengkapi dengan ciri-ciri tersebut.

Dan yang terakhir, beli jam tangan yang berkualiti dan tahan lasak. Mungkin anda harus berbelanja lebih sedikit untuk memiliki seutas jam tangan benar-benar berkualiti. Namun, ia merupakan suatu bentuk perbelanjaan yang amat berbaloi dan jangka hayat jam tangan tersebut tahan lebih lama. Dengan itu, anda tidak perlu membeli jam tangan lain dalam masa yang terdekat.
Dulu kalau nak pergi beli jam kenalah pergi ke Kuala Lumpur (my favourite watch shop) and it takes about 1 hour from my house. Membazir masa betul. Now dah duduk Sabah lagi la susah nak balik kan. But now dengan adanya jam tangan yang dijual di ZALORA semuanya menjadi mudah. Hanya dengan satu click anda boleh membeli jam tangan anda dengan jenama yang terkena pada harga yang berpatutan.


"Koleksi Jam Tangan" from Zalora sangat-sangatlah boleh buat anda pengsan. 


nampak menarik kan....

jadi apa tunggu lagi?? jom lah shopping jam di ZALORA.... VROOMMMM....  Bye semua, I nak shopping dulu....

Monday, July 27, 2015

Raya and Iffah's Akikah

Raya tahun ini a little bit hambar mungkin sebab arwah nenek dah takde. Even aku balik pun rumah sunyi dan kosong. Apalah erti raya tanpa kehadiran nenek tercinta disisi. Macam biasa seperti tahun-tahun yang lain hari raya aidilfitri akan ku sambut di NEGERI SEMBILAN. Non hado tompek lain.

Raya pertama:
Pagi macam biasa bangun awal pagi then pergi solat sunat aidilfitiri at the nearest mosque. Balik sambung makan laksa, rendah, ketupat NEGERI SEMBILAN. Later aku akan share resipi masakan hari raya Negeri Sembilan. Oleh kerana Hari Raya pada tahun ini jatuh pada hari JUMAAT jadi my dad teruskan journey back to solat jumaat while aku sambung journey membuta di depan tv. Apalah anak dara sorang ni... wuwuwuwu.... Dan itulah routine aku pada hari raya pertama dan hari lain juga hambar dirumah seorang diri. 

Iffah's Akikah:

Alhamdulilah, aku dah dapat anak buah yang pertama. Usually kalau cucu pertama ni feeling dia lain macam dan of course macam-macam yang dia dapat. *Cakap dalam nada jealous. Hahaahaha. Mohon Iffah jangan baca ni. Semalam majlis akikah Iffah telah berjalan dengan lancar. 

The most decent picture ever. hahaha.

Iffah terlalu comel sampai aunty terlalu geram rasa macam nak gigit-gigit je.

Budak ni susah sangat nak kono ambil gambar ekh. 

Rambut iffah sebelum dan selepas cukur jambul sama je. Itu TOK TAT (Tok UStaz). Masa kecik-kecik aku selalu follow abah aku pergi ke masjid dengar ceramah ustaz ni. So masa kecik-kecik kan pelat nak sebut Tok Ustaz so terjadilah Tok Tat till now. hahahaha..

Friday, July 10, 2015

Tips Senang Bangun Tahajjud

Alhamdulilah malam ni dah masuk malam ke 24 Ramadhan. Dah masuk sepuluh malam terakhir ni kita kena la berebut-rebut nak kaut pahala. Jika hari-hari lain kita terlalu busy dengan duniawi why not for only 10 days we spend some time for kejar pahalan. Ala bangun malam only for 10 days dalam 365 hari tu takkan tak boleh kot. Apa dia? Susah bangun tahajjud? Well ni la saya nak share tips yang selalu saya amalkan untuk bangun di tengah malam.

1) Tidur awal.
Make sure lepas balik terawih terus tidur. Paling lambat pun jam 12 pun okay. Sebab boleh bangun tahajjud jam 4 pagi. Tidur selama 4 jam pun dah cukup dah.

2) Set your mind.
Haaa not only set your alarm clock but you have to set your mind. Sebenarnya waktu kita tidur otak kita juga berjalan. If we set our mind dengan lafaz niat "Sahaja aku tidur sebentar dan ingin bangun jam 4 kerana ingin bertahajjud kerana Allah S.W.T'. InsyaALLAH, kita akan terjaga juga jam 4. Lafaz tu aku buat sendiri kang kau keluar fatwa kata aku guna fatwa salah plak. Niat tu terpulang la engkorang nak bangun jam berape pun.

3) Set your alarm clock.
Kalau dah tau biological clock kau teruk, pergilah set alarm. Set alarm dekat handphone and maximise the volume le apa lagi.

4) Tepuk bantal.
Selalunya aku akan tepuk bantal sebanyak 3 kali and bacalah doa tidur.

5) Keep away your handphone.
Handphone tu punca sebenar kau tidur lewat. Dengan perkara lagha la. Layan gossips mak jemah dekat WhatsApp la, main twitter la. itu la ini la.

Aku harap 5 tips yang aku bagi ni dapat berguna untuk kita sama-sama kejar pahala.

Monday, June 29, 2015

Resipi Tom Yam Cendawan

Since balik rumah ni kadang-kadang adalah jugak aku masak. And today I would like to share my first cooking this Ramadhan. Oleh kerana I ni hantu cendawan and rasa plak nak makan tom yam untuk berbuka so this will be a great combination; Tom Yam Cendawan.
I was to eager to eat until sekeping gambar pun tak sempat nak snap. Haish. Tapi okay jugak nanti takde lah korang terliur sangat kan.

Bahan-bahan (untuk 5 orang makan):
1) Satu biji bawang besar. (dipotong bulat-bulat dan besar)
2) Satu biji tomato (if suka boleh letak even 2 biji)
3) 4 ulas cili api (bergantung kepada kepedasan yang korang nak. Orang N9 memang suko makan podeh)
4) 3 batang serai (if serai banyak boleh letak banyak)
5) 3 helai daun limau purut
6) 2 biji limau nipis (kalau nak masam lagi boleh tambah lagi sebiji limau)
7) Paste tom yam putih adabi (1 packet)
8) Paste tom yam adabi (1 Packet)
9) Various mushrooms: Cendwan tiram (ambil dalam segengam), cendawan butang (boleh pilih sama ada nak yang fresh atau yang dalam tin but I choose fresh), cendawan enoki satu plastic, cendawan eryngii (satu batang je cukup).

Cara memasak:
1) pastikan anda on kan api, if not sampai kesudah tak siap.
2) masukkan air kedalam periuk, part ni kena agak-agak, if nak buat bihun, mee or kuey tiow tom yam kena lebihkan air sedikit.
3) masukkan cili api dan serai yang telah diketuk. Tunggu hingga air mendidih.
4) masukkan daun limau purut yang telah dicarik-carikkan.
5) masukkan kedua-dua paste tersebut.
6) lepas medidih masukkan bawang besar dan tomato yang telah dipotong.
7) masukkan kesemua cendawan.
8) tunggu dalam 3 minit kemudian padamkan api.

Cepat je masak benda ni. Simple sangat but yet so yummy.. Selamat mencuba.

Sunday, June 28, 2015

Final Exam is OVER

Alhamdulilah, finally managed to complete my first year degree dengan jayanya. I just finished my final examination. Paper microeconomy (paper for my minor subject) adalah penutup bagi 8 papers yang terpaksa aku duduk. Paper pertama yang sudi mencemar duli berjumpa dengan aku adalah paper statistics. Mana satu paper yang senang? Elek! Semua susah. Study susah tak study lagi susah.

Sepanjang first year degree ni banyak jugalah cabaran dan dugaan yang perlu aku tempuhi dengan lab reportnya, examnya, quiznya, dengan kisah cintanya  ekh bermacam dugaan kot. Tapi hati aku tetap sado menghadapi dugaan. Jangan ditanya berape banyak gallon air mata yang telah mengalir dipipiku yang flawless, gebu ini. Kahkahkah. Bajet perasan diri tu cantik like diva wannabe je aku ni.

Ekh, terpesong la story aku ni, back to maintopic balik, 6 paper aku selama 3 jam manakala 2 lagi adalah 2 jam and I managed to survive without keluar awal! Padahal bukan pikir jawapan tapi dok pikir bakal Zauj ku... hahahaha.. Dah aku dok pikir beribu kali tak ndak satu hint pun yang keluar baik dok pikir pasal benda lain kan. Jerawat dan rambut gugur paling suka betul time exam ni. Jerawat gugur bagai tiada belas kasihan. Manakala rambut gugur macam nak bagi peluang ilmu tu masuk thru diffusion je. Padahal kau botak or tak sama je pun.

Dah malas aku nak membebel. Aku just nak inform dekat korang yang aku dah habis exam dan akan mengboom timeline korang dengan cerita basi aku ni... Kau hado?

Dah dah.. aku end up this post dengan mak cik yang nak sangat bergambar dengan aku lepas habis exam. Well aku kan retis. Ramai peminat nak ambil gambar bersama.
Dah alang-alang tu pi follow aku dekat insta. Siapa tak follow aku bukan friend aku. hahahh. Kbye!

Saturday, May 23, 2015

Adik-adik Matriks dan Asasi

Sedang aku membuat assignment microbiology, aku rasa la kan ni assignment aku kedua terakhir untuk semester ni. woooohoooo.. buat kerja 20 minit tapi rehat selama 2 jam u'olls. Itu perkara biasa bagi insan bernama Aisyah Ishak. Wakakaka. Pedulik hapa aku. Final exam lagi 2 minggu u'olls. Lepak chill dulu. Jadi memandangkan aku dah lama tak lepak dan mengupdate blog aku ni alang-alang me'lagha' teruskan me'lagha'.

Keputusan UPU telah pun keluar tempoh hari (aku rasa dah lama dah kot)....
So amacam adik-adik? Dapat sambung ke mana?
Ada yang dapat buat persediaan pergi overseas. (Taniah diucapkan namun jangan terlalu bangga diri sebab ada je kes yang tak lepas dan ada kes terlebih overdose migrain and what so ever).
Ada yang dapat sambung Asasi (selalunya kelompok ni dikatakan hebat, namun AWAS sistem pembelajaran di Universiti dan zaman sekolah jjjjjjjjjjjaaaaaaaaaaaaaaaaaauuuuuuhhhhhhhhhh beza. (Please bare in mind, pandai di sekolah tak semestinya pandai di university)

Matrikulasi??
Golongan ni ramai kot. Aku dulu dapat matrikulasi Pulau Pinang tapi tak pergi babe, I choosed Foundation at UMS. Now melepek aku 4 tahun duduk sini. Takpe pengalaman bha tu.

STPM!!!
For those yang dapat STPM jangan berduka. Jangan dengar cakap orang. Tak seronok pakai baju sekolah? Kau tau tak itulah pakaian yang paling senang takyah nak pikir pakai baju warna apa. Nanti dah masuk alam universiti dan pekerjaan anda akan rindu untuk memakai baju sekolah. You are given 2 years to struggle and you must prove it to the nation that korang adalah the best. Later I will story mory about how my senior (pelajar yang nakal dekat sekolah but end up be one of the best student at the university).

Walauapa pun jua, good luck la ye duhai adik-adik. Even kau dapat straight A's zaman SPM tak semestinya 4.0 di alam pelajaran. We are looking student who are good in soft skills and problem solving not only just good in the examination.

Bye!!!! Sambung buat lab report den yang bertingkek-tingkek...

Monday, May 11, 2015

Jika Dia Curang

Habuk sana-sini. Dah lama tak update blog weyh tapi masih lagi ada yang sudi drop by dekat blog Cik Kacang. CIK KACANG?? Well, Cik Kacang is my new name. Hat nak panggil cik giling as usual pun boleh bha. Apa saja demi kau.

Bila dah masuk degree ni hari-hari aku dengar kes pasangan masing-masing curang diantara satu sama lain. Sama ada sengaja mahupun tidak. Ada ke curang secara tidak sengaja? Hurm *pikir sat.  Lepas tu mulahlah ada yang frust menonggeng sampai bengkak-bengkak biji mata. Kesian. Kau curang la balik apa susah, sama-sama curang baru fair and square.

1) Situasi pertama: We chat: Look around....
Ini bagi aku cara curang paling tak beberapa nak bijak. You are playing Look around and for sure la budak tu dalam range sekangkang kera dengan kau. Ini ada sangat-sangat tidak digalakkan jika anda dan pasangan anda adalah dikalangan satu universiti dengan anda. Chances kau akan tercurang dengan kawan boyfriend/girlfriend kau sangat tinggi. Then kau bayangkan bila kawan kau perkenalkan awek/pakwe dia dekat kau tengok-tengok orang yang sama. Aku rasa time tu memang tongang terbalik kerusi meja semua weyh.

Dan solusinya adalah jika pasangan anda aktif bermain wechat, kau kena ada satu account fake wechat untuk memantau aktivity pasangan anda yang tidak berguna.

2) Aku dah takde idea untuk situasi so aku bagi contoh: Pasangan Tidak Setaraf
Wuuuu pasangan tidak setaraf ni cliche drama petang-petang dekat tv3 betul la.
Kalau kau nampak pasangan kau ni curang tapi kena make sure dia betul-betul curang and kena buat selidik dulu sekurang-kurangnya selama 5 kali baru kau boleh terkam dia.

Kalau pasangan kau tu tak beberape nak kaya dari kau, don't hesitate to yell at him/her "KAU SEDAR TAK DIRI KAU TU HIDUP MENUMPANG KESENANGAN AKU.BLA BLA BLA" *sambil tarik telinga (ayat kau pikir sendiri k).

Dah takde idea aku ni haaaa.. dah nak mula krik krik krik...

Good bye semua....... aku ada kelas PHYSICS ni... muah!! Take care semua...

Wednesday, March 11, 2015

Aku Rindu

Perasaan rindu itu adalah normal terutama rindu pada yang tersayang. Aku seorang yang sangat emosi (emotional person). Aku selalu rindu orang yang aku sayang; dalam konteks ini semestinya rindu pada keluarga. Sebagai manusia yang normal perasaan rindu itu sukar untuk dibendung (add on aku adalah perempuan dan anak bongsu yang manja).

Bila keadaan panas, kita semestinya akan merindui musim sejuk.
Bila jauh dari rumah, kita akan merindui rumah.
Bila dekat dengan adik-beradik selalu bercakaran, tetapi bila jauh mula rindu-rinduan.
Tetapi alangkah untungnya jika kita merindui orang yang masih hidup kerana esok lusa tentu kita dapat berjumpa.
Bagaimana pula pada yang telah tiada?
Hanya doa yang dapat kukirimkan.

Sejujur-jujurnya aku sangat merindui arwah nenekku. Antara orang yang aku rapat. Walaupun 5 bulan beliau telah pergi namun sukar untuk melupakannya. Jika selalunya, balik je rumah mesti melulu masuk dalam bilik nenek. Nak tengok nenek buat apa, nak cium nenek tapi sekarang tiada lagi. Aku akui sangat sukar untuk aku lupakan kenangan kami bersama. Selalu bila waktu cuti mesti lepak berbual dekat bilik nenek dan time tu lah nak mintak segala doa dekat nenek. Bila mintak izin nak pergi sapu laman, mesti dalam 10 minit je dia bagi lepas tu dia akan panggil cucu dia masuk dengan alasan takut ada orang nak culik nanti =)
Selalu kalau hari khamis atau jumaat aku akan potongkan kukunya. *khamis dan jumaat antara hari sunat memotong kuku. besar syafaatnya.

Sejak perginya nenekku,
Pada 1 bulan pertama, aku still kekok dan kadang-kadang rasa nenek panggil aku. *aku ni suka daydreamer sikit. Kadang-kadang bila turun bawah je terus meluru masuk bilik nenek.

p/s: can't type it anymore. I can't stand it anymore. My laptop dah kena tempias air mataku yang sangat bernilai hartanya. I see you when I want to see you. Take care people. I love you <3

Saturday, February 21, 2015

1st Segmen Kerjaya Blogger IPT by NJiheam

Sudah lama rasanya beta tidak menulis blog. Alahai sudah bersawang nampaknya. Maafkan beta duhai kekanda blog, ternyata beta terlalu sibuk sehingga leka mengabaikan tanggungjawab beta terhadap kanda. Okay, boleh stop dah kot berlakon. Sedar tak sedar, pejam celik pejam celik, bangun tidur bangun tidur rupanya nak dekat dua tahun aku meninggalkan zaman persekolahan. Mesti adik-adik lepasan SPM pun tengah pening kepala nak pilih jurusan apa kan.

Dan aku juga sudah lama untuk meluangkan masa untuk join segmen dekat blog ni. Gila kau nak duduk berjam depan laptop just nak join segmen je but this segmen really attract my attention to join it and express my feeling and share with you my tertiary education experience.


Feel free to click at the banner if you want to join or you call click here


Terus terang aku cakap, aku tiada cita-cita. Jadi untuk aku membuat pilihan jurusan itu mengambil masa yang agak lama jugak tapi yang pasti jurusan yang mahu aku ambil adalah dalam bidang SAINS. So masa isi UPU tu aku pilih semua ASASI.; Asasi UM (bajet-bajet dapat la kekononnya), Tahmidi USIM (ni kira macam asasi gak la tapi kat USIM, sudah tentu tak dapat sebab basic arab takdo), Asasi UPNM (bajet-bajet abang SADO, suruh lari satu pusingan dah mengah), ASASI UIT(pilih sebab dekat dengan rumah), Asasi Sains UniMas (pilih je), Asasi Sains UMS (nak jadi Heliza Helmi sebenarnya). dan adalah beberape lagi asasi yang aku dah lupa =P

Kenapa pilih ASASI?
-Usually ASASI adalah selama setahun dan kalau paling lama pun 2 tahun.
-Nak cepat masuk degree sebab nak cepat grad.
-Asasi ni chances nak kena lelong sangat tipis sebab universiti sayangkan ko melainkan kau masuk ASASI UITM dengan ASASI UM.

Jadi dalam kelapan-lapan pilihan UPU tu, alhamdulilah takdir Allah telah menempatkan saya dalam bidang ASASI Sains di Universiti Malaysia Sabah. Asasi Sains ini memerlukan saya untuk sangat focus dalam 4 matapelajaran asas yang utama iaitu Biology, Chemistry, Physics and Mathematics.

Dan sekarang saya telah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Sekitaran (Kepujian) di Universiti Malaysia Sabah. Dah jadi student asasi UMS mestilah teruskan perngajian di UMS jugak =) Sekarang berada di semester 2 dan insyaALLAH 4 more semesters to go. Another 2 years to graduate. Tolong doa-doakan ye.

My Study plan? Rasanya lepas habis degree nak terus sambung master then insyaALLAH ke PHD ke kita. Sebab kalau tak dapat doktor perubatan dapat jadi doktor falsafah pun okay gak.

Pandangan masyarakat tentang krusus ni, ada kerja ke? Nanti nak kerja apa? Kenapa ambil course yang entah pape? Hamboi-hamboi ni semua ayat maut orang akan membunuh motivasi kita tapi takpayah la nak ambil port. Actually bidang ni sangat luas. Part ada kerja ke tu kita sekarang study dan berusaha, part rezeki tu kita serahkan pada yang maha esa. Well, this is where the soft skill is apply.

Suntikan Motivasi?
Well of course my parents especially mak. Oh my mother adalah student Bachelor of Science, Biology (Hons) from University of Malaya while my dad, Bachelor of Tesl (Hons) University of Bristol, United Kingdom. Diorang ni jadi pembakar semangat sebab parents aku sangat memahami aku. Kalau aku cakap aku homesick, diorang terus belikan ticket flight. Macam sem lepas setiap bulan aku fly dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Diorang akan sentiasa bagi kata semangat. When we faced with difficulties, we must seek Allah, not only when we are having difficulties but it should be everytime we must seek to Allah.
This would be the best advice ever. 

How to contact me?
Hurm ada beberape medium sosial network that can be used to contact me:
1) Facebook: Aisyah Ishak (tenggiling bergulung)
2) Twitter: @lebahjuling (yes, I'm very active on twitter. InsyaALLAH akan dibalas sepantas kilat)
3) Email: aisyahishak0513@gmail.com (taktau korang guna ke tidak tapi aku guna jugak email ni untuk dapat arahan dari lecture)



Saturday, February 7, 2015

Along's Wedding

Jangan bosan! Jangan bosan! 
Sikit-sikit wedding. 
Semua post pasal nikah, kahwin, sanding. 

Dah nak buek camno, waktu ni semuo family den borobut nak kahwin. Yolah dah sampai soru apo laie kahwin lah. Bondo baik tak baik dilengahkan. 

Dah dua minggu majlis ini berlansung and baru harini ada time nak menaip. Why so busy? Well atleast blog kena update sebelum masuk semester baru. I just respect some blogger, who are still studied but can post atleast one post per day. Aku nak one post per month pun masyaAllah susahnya. Tapi nasib baik dalam setahun tu adalah berpost. Even not as many as the other bloggers but atleast you have something to read once you enter my blog, takla baca benda basi. Kan kan kan. 

Afiq, Arif, Hakim. Three little musketeers. Semua single. Nak no, private mesej me at email k. So here are the dulang boys. 

Yang emarald green tu pengantin! Me beside the pengantin yang tak beberape nak basi. =P
I just love this picture so much but can't resists my kegedikan so much. so the wedding theme for the family is peach+ purple (purple is the colour of the scarf and of course for girls only) Takde pulak lelaki pakai songkok purple =P...

Till here only. Penat bak ang nak type panjang lebar. Good night. Till then. Bye bye. <3 <3 <3


Sunday, February 1, 2015

AK's Solemnization

Fuyoooo... Kakak aku dah kahwin oi!!!!

Kompang dipalu~~~
Pengantin baru~~
Duduk bersanding tersipu malu~~
Ewaahhhh... Kalau aku nyanyi lagu ni alamatnya turun la hujan lebat kejap lagi. Suara merdu macam katak =P

Her solemnization falls on 20 Dec 2014. Kalau abang aku nikoh bulan december tahun lepas akak aku pulak tahun ni. Tapi AKU TAKMO KAHWIN ON DECEMBER!!! Takmo k, InsyaALLAH niat dihati nak kahwin on my birthday. Ewah, grad pun belum ada hati nak pikir pasal nikah kahwin semua ni. =)

Dah cukup!! Jom layan gambar comel-comel cantiks meletups by AWANTONA Production. Hataran 13 berbalas 11 dan mas kahwin sebanyak RM15 000. Okay aku nanti nak hantaran 24 berbalas 22. Wang hantaran nak RM 22 400. Haaa kau ado?

My sister and the bridesmaid. Hamek kau pengapit lelaki perempuan. The purple baju kurung is my along and she will nikah soon. and the grey baju melayu is my abang susuan. His got a long way more to naik pelamin. 
Ini adalah the battle of the akad nikah. Sepuluh kali kau! kalau wali tak silap cakap, pengantin lelaki pulak silap. Bila tersasul sikit mulalah orang menyakat kau. Riuh rendah rumah aku jadinya. Haha.  
our theme of the day is purple but dunno macam mana jejaka handsome dua orang boleh tersilap tema. aduhai cik abangku sayang. 

Thank you to Awantona Production for the courtesy of the photo. Lawa-lawa babe. 




Monday, January 19, 2015

Kakak Story: Engagement Story

Cerita basi tahun lepas.

Yes, cerita ni dari dulu aku nak kongsi. Tapi ada je kekangan seperti nak siapkan assignment, midterm la, final exam la, fieldtrip la, mengantuk la, line connection internet lambat la, itu la ini la. Haish napo banyak bona alasan ekh ni Cik Kacang oi!! *Tenggiling Bergulung dah ada nama baru bila masuk umur 20 ni; Cik Kacang..

Kakak aku dah bertunang oi, aku bila lagi? Hahaha, seruan dah sampai rasanya tapi kita dahulukan yang penting dulu la ye: STUDY!! Berjidah di jalan ALLAH.

Entry without gambar ibarat aku membebel tanpa arah tujuan. let's paste some picture untuk tatapan umum. Courtesy of the picture from The Most Photography. (Photographer yang sama untuk wedding abang aku).

We started off our engagement dengan bacaan tahlil, yassin dan doa selamat. Diketua oleh abah den. To boys out there yang ada hati nak meminang pastikan korang boleh jadi imam. Baru boleh pinang I k. hehehehehe..

My mama and beside her is menantu. Kak ipar aku yang tutup mata tu. Hai kak takkan ngantok lagi kot. hihihih <3 <3 <3

Kakak ipar: Besarnya kaki you
Abang: Sebesar cinta I terhadap you.
Wohoooo, abang! Kak Dell! ampunkan adik.. jangan marah naaaaa
My brother and his spouse. Comel je budak berdua ni. Sorang besar sorang kecik. Diorang ni lah yang selalu tengok aku dekat KK tu. 
Finally, bertempek jugak gambar kakak aku ni. Hahaha,,, walaupun ini majlis dia tapi hanya satu je gambar aku tempek dekat blog aku. Okaylah tu. Atleast ada, daripada aku, si pemilik blog. lansung takde gambar aku lansung. Entah aku busy sangat kot on that day sampaikan tak sempat nak ambil gambar. Takpelah kita tunggu majlis bertunang sendiri la. Baru la banyak gambar akan disnap.

Another two more entry about my sister to be post. Need some space and time to write about ni. Have a pleasant day people.

Much love, XOXO....




Thursday, January 15, 2015

The New Year; 2015!!


Pejam celik! Pejam Celik! Bangun tido! Tido BAngun! Assignment, field trip, lab, exam! Kita sudah melangkah ke tahun baru. Yes, I know dah lewat 15 hari and kiranya cerita ni dah basi but who cares it’s my blog so suka hati aku la nak post apa pun. Yesterday was my last paper of first degree final examination. Yes, me the old Tenggiling Bergulung yang dahulunya berbaju sekolah kini melangkah ke menara gading. Alhamdulilah, how’s time flies so fast. And Alhamdulilah, all my sibling except me sudah berkahwin *bajet macam adik-beradik aku ramai sangat je, padahal dua je pun.

Entry ditulis dengan  mutu penuh keunggulan sebaik sahaja menjejakkan kaki di Malaya.



Sekian nantikan cerita-cerita basi lagi tak sensasi yang bakal dipost. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...