lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Saturday, February 21, 2015

1st Segmen Kerjaya Blogger IPT by NJiheam

Sudah lama rasanya beta tidak menulis blog. Alahai sudah bersawang nampaknya. Maafkan beta duhai kekanda blog, ternyata beta terlalu sibuk sehingga leka mengabaikan tanggungjawab beta terhadap kanda. Okay, boleh stop dah kot berlakon. Sedar tak sedar, pejam celik pejam celik, bangun tidur bangun tidur rupanya nak dekat dua tahun aku meninggalkan zaman persekolahan. Mesti adik-adik lepasan SPM pun tengah pening kepala nak pilih jurusan apa kan.

Dan aku juga sudah lama untuk meluangkan masa untuk join segmen dekat blog ni. Gila kau nak duduk berjam depan laptop just nak join segmen je but this segmen really attract my attention to join it and express my feeling and share with you my tertiary education experience.


Feel free to click at the banner if you want to join or you call click here


Terus terang aku cakap, aku tiada cita-cita. Jadi untuk aku membuat pilihan jurusan itu mengambil masa yang agak lama jugak tapi yang pasti jurusan yang mahu aku ambil adalah dalam bidang SAINS. So masa isi UPU tu aku pilih semua ASASI.; Asasi UM (bajet-bajet dapat la kekononnya), Tahmidi USIM (ni kira macam asasi gak la tapi kat USIM, sudah tentu tak dapat sebab basic arab takdo), Asasi UPNM (bajet-bajet abang SADO, suruh lari satu pusingan dah mengah), ASASI UIT(pilih sebab dekat dengan rumah), Asasi Sains UniMas (pilih je), Asasi Sains UMS (nak jadi Heliza Helmi sebenarnya). dan adalah beberape lagi asasi yang aku dah lupa =P

Kenapa pilih ASASI?
-Usually ASASI adalah selama setahun dan kalau paling lama pun 2 tahun.
-Nak cepat masuk degree sebab nak cepat grad.
-Asasi ni chances nak kena lelong sangat tipis sebab universiti sayangkan ko melainkan kau masuk ASASI UITM dengan ASASI UM.

Jadi dalam kelapan-lapan pilihan UPU tu, alhamdulilah takdir Allah telah menempatkan saya dalam bidang ASASI Sains di Universiti Malaysia Sabah. Asasi Sains ini memerlukan saya untuk sangat focus dalam 4 matapelajaran asas yang utama iaitu Biology, Chemistry, Physics and Mathematics.

Dan sekarang saya telah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Sekitaran (Kepujian) di Universiti Malaysia Sabah. Dah jadi student asasi UMS mestilah teruskan perngajian di UMS jugak =) Sekarang berada di semester 2 dan insyaALLAH 4 more semesters to go. Another 2 years to graduate. Tolong doa-doakan ye.

My Study plan? Rasanya lepas habis degree nak terus sambung master then insyaALLAH ke PHD ke kita. Sebab kalau tak dapat doktor perubatan dapat jadi doktor falsafah pun okay gak.

Pandangan masyarakat tentang krusus ni, ada kerja ke? Nanti nak kerja apa? Kenapa ambil course yang entah pape? Hamboi-hamboi ni semua ayat maut orang akan membunuh motivasi kita tapi takpayah la nak ambil port. Actually bidang ni sangat luas. Part ada kerja ke tu kita sekarang study dan berusaha, part rezeki tu kita serahkan pada yang maha esa. Well, this is where the soft skill is apply.

Suntikan Motivasi?
Well of course my parents especially mak. Oh my mother adalah student Bachelor of Science, Biology (Hons) from University of Malaya while my dad, Bachelor of Tesl (Hons) University of Bristol, United Kingdom. Diorang ni jadi pembakar semangat sebab parents aku sangat memahami aku. Kalau aku cakap aku homesick, diorang terus belikan ticket flight. Macam sem lepas setiap bulan aku fly dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Diorang akan sentiasa bagi kata semangat. When we faced with difficulties, we must seek Allah, not only when we are having difficulties but it should be everytime we must seek to Allah.
This would be the best advice ever. 

How to contact me?
Hurm ada beberape medium sosial network that can be used to contact me:
1) Facebook: Aisyah Ishak (tenggiling bergulung)
2) Twitter: @lebahjuling (yes, I'm very active on twitter. InsyaALLAH akan dibalas sepantas kilat)
3) Email: aisyahishak0513@gmail.com (taktau korang guna ke tidak tapi aku guna jugak email ni untuk dapat arahan dari lecture)



3 comments:

NJihe.am said...

Salam singgah, comel je ayat :) thanks sebab join..

Anonymous said...

assalamualaikum.. saya nak tanya sains sekitaran ni belajar mcm mana n apap rospek kerjaya nya..

cik tenggiling said...

Waalaikumsalam.

Sains sekitaran nie dia belajar everything. Ketiga-tiga component dalam sains seperti biologi, kimia dan fizik awak akan belajar dan anda akan belajar pasal alam sekitar, persekitaran, undang-undang dan macam2. Dari segi prospek kerjaya pula sangatlah luas.

Boleh contact akak dekat twitter: @lebahjuling
Boleh tanya thru email juga: aisyahishak0513@gmail.com

Thanks for visit my blog. I hope I could help you out later.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...