lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Monday, June 29, 2015

Resipi Tom Yam Cendawan

Since balik rumah ni kadang-kadang adalah jugak aku masak. And today I would like to share my first cooking this Ramadhan. Oleh kerana I ni hantu cendawan and rasa plak nak makan tom yam untuk berbuka so this will be a great combination; Tom Yam Cendawan.
I was to eager to eat until sekeping gambar pun tak sempat nak snap. Haish. Tapi okay jugak nanti takde lah korang terliur sangat kan.

Bahan-bahan (untuk 5 orang makan):
1) Satu biji bawang besar. (dipotong bulat-bulat dan besar)
2) Satu biji tomato (if suka boleh letak even 2 biji)
3) 4 ulas cili api (bergantung kepada kepedasan yang korang nak. Orang N9 memang suko makan podeh)
4) 3 batang serai (if serai banyak boleh letak banyak)
5) 3 helai daun limau purut
6) 2 biji limau nipis (kalau nak masam lagi boleh tambah lagi sebiji limau)
7) Paste tom yam putih adabi (1 packet)
8) Paste tom yam adabi (1 Packet)
9) Various mushrooms: Cendwan tiram (ambil dalam segengam), cendawan butang (boleh pilih sama ada nak yang fresh atau yang dalam tin but I choose fresh), cendawan enoki satu plastic, cendawan eryngii (satu batang je cukup).

Cara memasak:
1) pastikan anda on kan api, if not sampai kesudah tak siap.
2) masukkan air kedalam periuk, part ni kena agak-agak, if nak buat bihun, mee or kuey tiow tom yam kena lebihkan air sedikit.
3) masukkan cili api dan serai yang telah diketuk. Tunggu hingga air mendidih.
4) masukkan daun limau purut yang telah dicarik-carikkan.
5) masukkan kedua-dua paste tersebut.
6) lepas medidih masukkan bawang besar dan tomato yang telah dipotong.
7) masukkan kesemua cendawan.
8) tunggu dalam 3 minit kemudian padamkan api.

Cepat je masak benda ni. Simple sangat but yet so yummy.. Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...