lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Thursday, August 6, 2015

Menu Raya Orang Negeri Sembilan

Selaku orang Negeri Sembilan, aku nak memperkenalkan juadah hari raya yang special sikit yang dihidangkan masa hari raya. Kok hari lain dapek yo tapi kono request dulu la mo omak den.

Antara menu yang special adalah
1) LOMANG.. hehe.. lemang... sebenarnya kalau dekat Negeri Sembilan ni raya tak raya sama je. Korang boleh dapatkan lemang dimana-mana je. Senang cerita kok sesiapo yang mengidam lomang tu bawak yo poie Nismilan, confirm ado punyo.

2)Ayam Rendang Cili Api
Haaa... yang ni tak payah den koba an memang confirm meleleh air mato bilo makan.

3) Ketupat
Usually kalau kek umah den, kami buat ketupat sendiri. Guno daun kelapo. Omak den tak gomar guno nasi impit. Sobab ekh nasi impit dio masak guno plastik. Nijam kito dongar macam-macam cerito tontang bahayo ekh bahan kimia dalam plastik ni haaa.. ekh tercakap Nogori plak.

4) Kuah kacang
Ketupat makan dengan kuah kacang.. ummpphhhh mengigil badan bro.. Sodap amek tekau.

5) Tompoyak Daun Kayu
Diet akan hancus bila nampak tempoyak daun kayu ni. Makan dengan nasi panas dan ikan goreng. Perhh..Boleh naik 10kg dalam masa sehari macam ni.

p/s: All those menu, the recipe I'll share later. Stay tuned.


1 comment:

Nur diyana said...

Saya paling suka rendang cili api. Memang win rase dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...