lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Tuesday, August 18, 2015

Tips Masuk U.

Keputusan UPU dah keluar. Taniah bagi yang dapat masuk IPTA tapi bagi yang tak dapat takpe, IPTS kan hado. Apa beza antara IPTA dengan IPTS? Ontah den taktau. Tapi yang pasti semua ado hijabster. Wuuu..

Life dekat universiti ni lain ye adik-adik. Bayangkan hakak masuk U masa umur 18 tahun. Woi susah bak hang nak survive. Hati tak sado. Asyik nangis je. Time ni la aku jumpa mamat yang aku suka. Well tu mimpi je. Kau gilo nak couple. Takkan adanya nak si gemok macam aku ni. So sedar diri sikit.Tapi aku bersyukur lepas 2 bulan aku macam susah nak survive duduk dekat U yelah sebab tak pernah berpisah daripada parents. Sekali berpisah mak oi jauhnya. Terus ke seberang laut. Allah telah temukan aku dengan seorang senior yang sangat baik. Tapi dia dah graduate.

Kali ni entry ni nak cerita tips macam mana korang boleh survive di U dengan menjaga pointer, kawan dan life.
1) Jangan SKIP kelas.
Biarlah orang nak cakap kau skema tak ponteng kelas ke apa ke. Tapi jangan ponteng kelas. Sebab aku percaya kepada keberkatan. Keberkatan tu penting babe. Sebab kita nak cari ilmu jadi kenalah hormat orang yang memberi ilmu. Kalau boleh sila datang awal. Jika lecture kenal anda itu satu point.

2) Berkawan dengan semua orang.
Jangan nak jobho (belagak) nak kawan dengan satu falkulti je. Bergaulah dengan pelajar dari fakulti lain. Tak rugi kenal ramai orang. Aku ni kenal ramai orang sampai ramai juga yang hulurkan cinta namun aku tepis dengan sekuat-kuatnya. Aku cakap je yang aku dah ada bf. Confirm angkat kaki babe. Kepada student perempuan hati-hati dengan student lelaki sebab diorang pantang nampak dahi licin terus nak dihulurkan cinta lepas tu dia dumb perempuan tu.

3) Jangan RAKUS gunakan duit.
Tak kira la korang PTPTN, biasiswa atau duit mak bapak pastikan anda tak terover spend. Stoplah follow IG orang jual itu ini. Handphone tu pakai je yang ado. Aku mula-mula masuk UMS aku pakai blackberry biasa je takde pun nak cangih-cangih. Tapi nyawa blackberry tu singkat lepas tu mak aku belikan handphone baru. YEAY! tapi itu pun murah je. Takdo sampai beribu pun.

Dahhh aku malas nak mebebel.. kat bawah tu ada tips yang dikongsikan oleh senior-senior anda.








p/s: kalau rajin adalah sambungannya...

7 comments:

IQ = Iez Qis said...

tips seterusnya...


jangan fikir time ni masuk u ni kalau fail jatuh, ada orang tolong kutip dan angkatkan....even ada orang kat sebelah...

IQ da pernah kena...malu oii!!

Muhamad Azam said...

PErgh! Aku pon ada post pasal tips masuk u

Eintan Nurfuzie said...

teringat zaman masuk u dlu:)

Suhaila Su AnNajah said...

mak aihh byknye nye tips... hakak dulu masuk U takde pun org nak bagi tips bergulung2 cemni..wuwuwuwu...

Tips dari akak pulak: alang-alang masuk U bior sampai grad. bior sampai dapat anugerah Dekan. jangan berenti sekerat jalan. Ramai lagi org yang nangis sbb tak dapat masuk U.

Boleh?

Mummy Julia said...

Macam-macam tips ada..kelakor pun ada bila membacanya ..hehhehe

http://notachentamummy.blogspot.my/

Eintan Nurfuzie said...

hikhik...

Attiey said...

Yang penting, fokus dan pandai bawa diri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...