lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Wednesday, March 11, 2015

Aku Rindu

Perasaan rindu itu adalah normal terutama rindu pada yang tersayang. Aku seorang yang sangat emosi (emotional person). Aku selalu rindu orang yang aku sayang; dalam konteks ini semestinya rindu pada keluarga. Sebagai manusia yang normal perasaan rindu itu sukar untuk dibendung (add on aku adalah perempuan dan anak bongsu yang manja).

Bila keadaan panas, kita semestinya akan merindui musim sejuk.
Bila jauh dari rumah, kita akan merindui rumah.
Bila dekat dengan adik-beradik selalu bercakaran, tetapi bila jauh mula rindu-rinduan.
Tetapi alangkah untungnya jika kita merindui orang yang masih hidup kerana esok lusa tentu kita dapat berjumpa.
Bagaimana pula pada yang telah tiada?
Hanya doa yang dapat kukirimkan.

Sejujur-jujurnya aku sangat merindui arwah nenekku. Antara orang yang aku rapat. Walaupun 5 bulan beliau telah pergi namun sukar untuk melupakannya. Jika selalunya, balik je rumah mesti melulu masuk dalam bilik nenek. Nak tengok nenek buat apa, nak cium nenek tapi sekarang tiada lagi. Aku akui sangat sukar untuk aku lupakan kenangan kami bersama. Selalu bila waktu cuti mesti lepak berbual dekat bilik nenek dan time tu lah nak mintak segala doa dekat nenek. Bila mintak izin nak pergi sapu laman, mesti dalam 10 minit je dia bagi lepas tu dia akan panggil cucu dia masuk dengan alasan takut ada orang nak culik nanti =)
Selalu kalau hari khamis atau jumaat aku akan potongkan kukunya. *khamis dan jumaat antara hari sunat memotong kuku. besar syafaatnya.

Sejak perginya nenekku,
Pada 1 bulan pertama, aku still kekok dan kadang-kadang rasa nenek panggil aku. *aku ni suka daydreamer sikit. Kadang-kadang bila turun bawah je terus meluru masuk bilik nenek.

p/s: can't type it anymore. I can't stand it anymore. My laptop dah kena tempias air mataku yang sangat bernilai hartanya. I see you when I want to see you. Take care people. I love you <3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...