lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Saturday, May 23, 2015

Adik-adik Matriks dan Asasi

Sedang aku membuat assignment microbiology, aku rasa la kan ni assignment aku kedua terakhir untuk semester ni. woooohoooo.. buat kerja 20 minit tapi rehat selama 2 jam u'olls. Itu perkara biasa bagi insan bernama Aisyah Ishak. Wakakaka. Pedulik hapa aku. Final exam lagi 2 minggu u'olls. Lepak chill dulu. Jadi memandangkan aku dah lama tak lepak dan mengupdate blog aku ni alang-alang me'lagha' teruskan me'lagha'.

Keputusan UPU telah pun keluar tempoh hari (aku rasa dah lama dah kot)....
So amacam adik-adik? Dapat sambung ke mana?
Ada yang dapat buat persediaan pergi overseas. (Taniah diucapkan namun jangan terlalu bangga diri sebab ada je kes yang tak lepas dan ada kes terlebih overdose migrain and what so ever).
Ada yang dapat sambung Asasi (selalunya kelompok ni dikatakan hebat, namun AWAS sistem pembelajaran di Universiti dan zaman sekolah jjjjjjjjjjjaaaaaaaaaaaaaaaaaauuuuuuhhhhhhhhhh beza. (Please bare in mind, pandai di sekolah tak semestinya pandai di university)

Matrikulasi??
Golongan ni ramai kot. Aku dulu dapat matrikulasi Pulau Pinang tapi tak pergi babe, I choosed Foundation at UMS. Now melepek aku 4 tahun duduk sini. Takpe pengalaman bha tu.

STPM!!!
For those yang dapat STPM jangan berduka. Jangan dengar cakap orang. Tak seronok pakai baju sekolah? Kau tau tak itulah pakaian yang paling senang takyah nak pikir pakai baju warna apa. Nanti dah masuk alam universiti dan pekerjaan anda akan rindu untuk memakai baju sekolah. You are given 2 years to struggle and you must prove it to the nation that korang adalah the best. Later I will story mory about how my senior (pelajar yang nakal dekat sekolah but end up be one of the best student at the university).

Walauapa pun jua, good luck la ye duhai adik-adik. Even kau dapat straight A's zaman SPM tak semestinya 4.0 di alam pelajaran. We are looking student who are good in soft skills and problem solving not only just good in the examination.

Bye!!!! Sambung buat lab report den yang bertingkek-tingkek...

Monday, May 11, 2015

Jika Dia Curang

Habuk sana-sini. Dah lama tak update blog weyh tapi masih lagi ada yang sudi drop by dekat blog Cik Kacang. CIK KACANG?? Well, Cik Kacang is my new name. Hat nak panggil cik giling as usual pun boleh bha. Apa saja demi kau.

Bila dah masuk degree ni hari-hari aku dengar kes pasangan masing-masing curang diantara satu sama lain. Sama ada sengaja mahupun tidak. Ada ke curang secara tidak sengaja? Hurm *pikir sat.  Lepas tu mulahlah ada yang frust menonggeng sampai bengkak-bengkak biji mata. Kesian. Kau curang la balik apa susah, sama-sama curang baru fair and square.

1) Situasi pertama: We chat: Look around....
Ini bagi aku cara curang paling tak beberapa nak bijak. You are playing Look around and for sure la budak tu dalam range sekangkang kera dengan kau. Ini ada sangat-sangat tidak digalakkan jika anda dan pasangan anda adalah dikalangan satu universiti dengan anda. Chances kau akan tercurang dengan kawan boyfriend/girlfriend kau sangat tinggi. Then kau bayangkan bila kawan kau perkenalkan awek/pakwe dia dekat kau tengok-tengok orang yang sama. Aku rasa time tu memang tongang terbalik kerusi meja semua weyh.

Dan solusinya adalah jika pasangan anda aktif bermain wechat, kau kena ada satu account fake wechat untuk memantau aktivity pasangan anda yang tidak berguna.

2) Aku dah takde idea untuk situasi so aku bagi contoh: Pasangan Tidak Setaraf
Wuuuu pasangan tidak setaraf ni cliche drama petang-petang dekat tv3 betul la.
Kalau kau nampak pasangan kau ni curang tapi kena make sure dia betul-betul curang and kena buat selidik dulu sekurang-kurangnya selama 5 kali baru kau boleh terkam dia.

Kalau pasangan kau tu tak beberape nak kaya dari kau, don't hesitate to yell at him/her "KAU SEDAR TAK DIRI KAU TU HIDUP MENUMPANG KESENANGAN AKU.BLA BLA BLA" *sambil tarik telinga (ayat kau pikir sendiri k).

Dah takde idea aku ni haaaa.. dah nak mula krik krik krik...

Good bye semua....... aku ada kelas PHYSICS ni... muah!! Take care semua...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...