lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Monday, June 29, 2015

Resipi Tom Yam Cendawan

Since balik rumah ni kadang-kadang adalah jugak aku masak. And today I would like to share my first cooking this Ramadhan. Oleh kerana I ni hantu cendawan and rasa plak nak makan tom yam untuk berbuka so this will be a great combination; Tom Yam Cendawan.
I was to eager to eat until sekeping gambar pun tak sempat nak snap. Haish. Tapi okay jugak nanti takde lah korang terliur sangat kan.

Bahan-bahan (untuk 5 orang makan):
1) Satu biji bawang besar. (dipotong bulat-bulat dan besar)
2) Satu biji tomato (if suka boleh letak even 2 biji)
3) 4 ulas cili api (bergantung kepada kepedasan yang korang nak. Orang N9 memang suko makan podeh)
4) 3 batang serai (if serai banyak boleh letak banyak)
5) 3 helai daun limau purut
6) 2 biji limau nipis (kalau nak masam lagi boleh tambah lagi sebiji limau)
7) Paste tom yam putih adabi (1 packet)
8) Paste tom yam adabi (1 Packet)
9) Various mushrooms: Cendwan tiram (ambil dalam segengam), cendawan butang (boleh pilih sama ada nak yang fresh atau yang dalam tin but I choose fresh), cendawan enoki satu plastic, cendawan eryngii (satu batang je cukup).

Cara memasak:
1) pastikan anda on kan api, if not sampai kesudah tak siap.
2) masukkan air kedalam periuk, part ni kena agak-agak, if nak buat bihun, mee or kuey tiow tom yam kena lebihkan air sedikit.
3) masukkan cili api dan serai yang telah diketuk. Tunggu hingga air mendidih.
4) masukkan daun limau purut yang telah dicarik-carikkan.
5) masukkan kedua-dua paste tersebut.
6) lepas medidih masukkan bawang besar dan tomato yang telah dipotong.
7) masukkan kesemua cendawan.
8) tunggu dalam 3 minit kemudian padamkan api.

Cepat je masak benda ni. Simple sangat but yet so yummy.. Selamat mencuba.

Sunday, June 28, 2015

Final Exam is OVER

Alhamdulilah, finally managed to complete my first year degree dengan jayanya. I just finished my final examination. Paper microeconomy (paper for my minor subject) adalah penutup bagi 8 papers yang terpaksa aku duduk. Paper pertama yang sudi mencemar duli berjumpa dengan aku adalah paper statistics. Mana satu paper yang senang? Elek! Semua susah. Study susah tak study lagi susah.

Sepanjang first year degree ni banyak jugalah cabaran dan dugaan yang perlu aku tempuhi dengan lab reportnya, examnya, quiznya, dengan kisah cintanya  ekh bermacam dugaan kot. Tapi hati aku tetap sado menghadapi dugaan. Jangan ditanya berape banyak gallon air mata yang telah mengalir dipipiku yang flawless, gebu ini. Kahkahkah. Bajet perasan diri tu cantik like diva wannabe je aku ni.

Ekh, terpesong la story aku ni, back to maintopic balik, 6 paper aku selama 3 jam manakala 2 lagi adalah 2 jam and I managed to survive without keluar awal! Padahal bukan pikir jawapan tapi dok pikir bakal Zauj ku... hahahaha.. Dah aku dok pikir beribu kali tak ndak satu hint pun yang keluar baik dok pikir pasal benda lain kan. Jerawat dan rambut gugur paling suka betul time exam ni. Jerawat gugur bagai tiada belas kasihan. Manakala rambut gugur macam nak bagi peluang ilmu tu masuk thru diffusion je. Padahal kau botak or tak sama je pun.

Dah malas aku nak membebel. Aku just nak inform dekat korang yang aku dah habis exam dan akan mengboom timeline korang dengan cerita basi aku ni... Kau hado?

Dah dah.. aku end up this post dengan mak cik yang nak sangat bergambar dengan aku lepas habis exam. Well aku kan retis. Ramai peminat nak ambil gambar bersama.
Dah alang-alang tu pi follow aku dekat insta. Siapa tak follow aku bukan friend aku. hahahh. Kbye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...