lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Tuesday, August 18, 2015

Tips Masuk U.

Keputusan UPU dah keluar. Taniah bagi yang dapat masuk IPTA tapi bagi yang tak dapat takpe, IPTS kan hado. Apa beza antara IPTA dengan IPTS? Ontah den taktau. Tapi yang pasti semua ado hijabster. Wuuu..

Life dekat universiti ni lain ye adik-adik. Bayangkan hakak masuk U masa umur 18 tahun. Woi susah bak hang nak survive. Hati tak sado. Asyik nangis je. Time ni la aku jumpa mamat yang aku suka. Well tu mimpi je. Kau gilo nak couple. Takkan adanya nak si gemok macam aku ni. So sedar diri sikit.Tapi aku bersyukur lepas 2 bulan aku macam susah nak survive duduk dekat U yelah sebab tak pernah berpisah daripada parents. Sekali berpisah mak oi jauhnya. Terus ke seberang laut. Allah telah temukan aku dengan seorang senior yang sangat baik. Tapi dia dah graduate.

Kali ni entry ni nak cerita tips macam mana korang boleh survive di U dengan menjaga pointer, kawan dan life.
1) Jangan SKIP kelas.
Biarlah orang nak cakap kau skema tak ponteng kelas ke apa ke. Tapi jangan ponteng kelas. Sebab aku percaya kepada keberkatan. Keberkatan tu penting babe. Sebab kita nak cari ilmu jadi kenalah hormat orang yang memberi ilmu. Kalau boleh sila datang awal. Jika lecture kenal anda itu satu point.

2) Berkawan dengan semua orang.
Jangan nak jobho (belagak) nak kawan dengan satu falkulti je. Bergaulah dengan pelajar dari fakulti lain. Tak rugi kenal ramai orang. Aku ni kenal ramai orang sampai ramai juga yang hulurkan cinta namun aku tepis dengan sekuat-kuatnya. Aku cakap je yang aku dah ada bf. Confirm angkat kaki babe. Kepada student perempuan hati-hati dengan student lelaki sebab diorang pantang nampak dahi licin terus nak dihulurkan cinta lepas tu dia dumb perempuan tu.

3) Jangan RAKUS gunakan duit.
Tak kira la korang PTPTN, biasiswa atau duit mak bapak pastikan anda tak terover spend. Stoplah follow IG orang jual itu ini. Handphone tu pakai je yang ado. Aku mula-mula masuk UMS aku pakai blackberry biasa je takde pun nak cangih-cangih. Tapi nyawa blackberry tu singkat lepas tu mak aku belikan handphone baru. YEAY! tapi itu pun murah je. Takdo sampai beribu pun.

Dahhh aku malas nak mebebel.. kat bawah tu ada tips yang dikongsikan oleh senior-senior anda.








p/s: kalau rajin adalah sambungannya...

Tuesday, August 11, 2015

Warkah Ini Untuk Mu

Chewah tajuk entry. Mau nangis aku baca, Jiwang banget. Siapa pernah dengar OST Sindarella? Okay cerita ni Sindarella ni memang dah lama. So lagu ni pun memang dah lamo la. Dari dulu sampai sekarang aku masih tak dapat move on dengan lagu ni. Lebih-lebih lagi lagu ni macam hint aku kepada seseorang.

Bait-bait lirik lagu ni menyerap masuk ke dalam kalbu oi.
Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada


Haaaa mampu nangis kau dengar lagu ni... 

Mohon kau pun sama meroyan menangis lepas dengar lagu ni...

Thursday, August 6, 2015

Menu Raya Orang Negeri Sembilan

Selaku orang Negeri Sembilan, aku nak memperkenalkan juadah hari raya yang special sikit yang dihidangkan masa hari raya. Kok hari lain dapek yo tapi kono request dulu la mo omak den.

Antara menu yang special adalah
1) LOMANG.. hehe.. lemang... sebenarnya kalau dekat Negeri Sembilan ni raya tak raya sama je. Korang boleh dapatkan lemang dimana-mana je. Senang cerita kok sesiapo yang mengidam lomang tu bawak yo poie Nismilan, confirm ado punyo.

2)Ayam Rendang Cili Api
Haaa... yang ni tak payah den koba an memang confirm meleleh air mato bilo makan.

3) Ketupat
Usually kalau kek umah den, kami buat ketupat sendiri. Guno daun kelapo. Omak den tak gomar guno nasi impit. Sobab ekh nasi impit dio masak guno plastik. Nijam kito dongar macam-macam cerito tontang bahayo ekh bahan kimia dalam plastik ni haaa.. ekh tercakap Nogori plak.

4) Kuah kacang
Ketupat makan dengan kuah kacang.. ummpphhhh mengigil badan bro.. Sodap amek tekau.

5) Tompoyak Daun Kayu
Diet akan hancus bila nampak tempoyak daun kayu ni. Makan dengan nasi panas dan ikan goreng. Perhh..Boleh naik 10kg dalam masa sehari macam ni.

p/s: All those menu, the recipe I'll share later. Stay tuned.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...