lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Thursday, January 7, 2016

Penyagat, Menyagat dan Tersagat

Cerita ni dah lama berlalu namun perasaan sakit dan ngilu tetap aku rasa sampai ke harini. Dan aku masih lagi trauma untuk guna benda ni. Masa raya tahun lepas kawan mak aku bagi banyak giler buah sukun. Ada la dalam 4 biji. Jadi aku pun acah-acah rajin potong la buah sukun sebab tetiba rasa nak buat kerepek sukun untuk raya nanti. *masa tu baru lepas putus cinta jadi tak berape nak betul sangat. Ekh ekau semuo tau tak camno ghoman ekh kerepek sukun ni?
 
Macam nilah kerepek buah sukun. kalau pandai buat rasa dia sedaplah. Ranggup dan masin-masin sikit. Dan oleh kerana aku jenis tak suka masin aku tak letak garam. 

Nak buat kerepek ni kita kena guna penyagat sebab nak bagi halus.Sebab kalau guna pisau takot jari kau yang jadi kerepek nanti. Lagipun kalau guna pisau susah nak halus dan tak selamat. Rasanya guna penyagat lagi selamat kot. Teori yang SALAH!

Masa tengah menyagat, ekh seronok tau kau tengok halus je sukun kau, Tetiba dengar bunyi Zup! Aku macam okay je tapi rasa pedih-pedih. Sekali aku tengok tangan aku berdarah dan sukun aku semua habis merah! *Sukun tu mak aku buang sebab takot ada yang jadi raja bersiung. Aku ni lemah sikit tengok darah. Aku terus capat towel abah aku yang dok main sangkut dekat kerusi dapur dan tersandar lesu lemah kaki menggigil tengok darah. Darah toksah cakap la bertapa banyaknya. 

Bila darah berhenti dan aku acah-acah kuat sekali lagi terkejut melihat kuku ibu jari tanganku terbelah tapi tak tercabut la. Cuma terbelah dua dan daging bawah kuku tu sama sekali la terbelah. DALAM! 

Aku tunggu je dekat ruang tamu dengan jari yang berdarah yang tak henti mengalir sampai mak aku balik and I was bring to the nearest klinik. Sakit giler okay kena cuci darah. 

2015, aku beraya tanpa kerepek sukun akan tetapi aku beraya dengan tangan yang terluka.

*post ini ditulis dengan kaki bergetar teringat balik kisah tangan terluka. Hati-hatilahjangan sangkakan benda yang merbahayakan itu sebenarnya tidak membahyakan. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...