lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Monday, February 1, 2016

Resipi Nasi Goreng DM

Semenjak dua menjak ni ramai plak yang request resipi nasi goreng DM or better known as nasi goreng GST. Jadi sementara tengok cerita Isteri VS Tunang ni aku ambil peluang untuk tulis resipi. Semoga pembaca blog saya menjadi semakin rajin memasak dan semakin domok seperti saya. ^-^

Nasi Goreng DM paling senang untuk dimasak but yet versi nice. Sodap bilo masuk kek tokak.

Bahan-bahan:
1) Bawang merah/ bawang holland (choose anything that you want. Apa je yang ado kek rumah ekau)
2) Bawang putih (3-4 ulas)
3) Telur (2-3 biji)
4) Nasi
5) Udang kering
6) Minyak
7) Garam

Cara-cara:
1) Tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering sekali. Lambat? Takpe boleh juga guna blender. Anything that is easy for you.
2) Panaskan minyak dalam kuali. Agak-agak minyak dah panas masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi. 
3) Tunggu sehingga bau naik. Masukkan telur. Tunggu sehingga telur tu keras sikit.
4) Apabila telur dah keras sikit masukkan nasi dan terus gaul.
5) Letak sedikit garam ye. Ikut kesesuaian tekak anda. 
6) DONE!!!

Tengok senang je kan. Dan yang paling penting takde ajinamoto.
Selamat mencuba ye semua. 

1 comment:

Syira Lokman said...

NASI GORENG MMG SEDAPPP !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...