lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Saturday, April 30, 2016

Resepi Steak Salmon

Haritu pergi Secret Recipe tengok harga Salmon Steak amboi kemain RM34.00 (kalau tak silap la tapi yang pasti bagi seorang student macam saya harga tersebut terlalu mahal). Sebab tekak dah teringin pergi beli dekat supermarket Salmon Fillet. Ambil yang paling murah je. Paling murah pun satu slice dalam RM13 (tambah lagi seringgit boleh dapat 2kilo ikan kembung). 

Tips nak beli Salmon fillet is make sure ambil yang with skin. Sebab bila grill dia akan jadi crunchy-crunchy. 

Resipi ni memang senang and actually sesuai untuk orang yang diet dan pemalas. 

Hanya memerlukan 4 bahan sahaja:
1) Salmon boleh guna fillet atau yang ketul-ketul tu.
2) Secubit garam
3) sos thousands island
4) sos tiram (optional)

Cara-cara:
1) lumurkan garam, sos thousands island dengan sos tiram then perapkan. Usually aku perap dalam sehari dua. Takyah lama pun takpe. 
2) Panaskan kuali then letak minyak zaiton. Taknak letak pun takpe. Then grill lah dengan hati yang gembira. I like to make it crispy at the outside but soft in inside. Don't overcooked. Make sure ada moist moist juice ikan tu lagi. Baru umph!
Masa untuk masak =)
Bila nak makan tu boleh la letak sos thousands island tu lagi. 
Kasi close up sikit.. Haaa tergoda tak?

Till we meet again. Selamat mencuba. Sekali skala bertukar ke selera western tak salah kan. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...