lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Thursday, March 17, 2016

Jenis Beg Tangan Wanita

Hye semua! This entry I’m going to talk about handbag. For guys mesti bosan dengar topic ni but as for girls mata membulat masing-masing bila dengar pasal handbag. Secara jujurnya, I’m a big fan of handbag. Tapi usually aku mampu tengok jelah. Yelah student kan selalu dok perabihkan duit pada makanan dan buku. Erk buku?
Baru-baru ni aku ada beli handbag Charles & Keith yang korang boleh baca dekat entry ini. Aku ada dua handbag dimana handbag untuk berjalan sakan lain while handbag gi kelas lain. Handbag gi kelas besar gedabak kot. Yelah nak letak laptop lagi, buku lagi. Tapi kan sebagai perempuan ni kita kenalah tau jenis-jenis handbag sikit. Meh kita revise sikit noh  5 jenis beg tangan popular yang setiap wanita perlu dapatkan!


Crossbody bag
Ini adalah antara beg tangan yang cukup popular dalam kalangan komuniti wanita urban buat masa kini. Ianya amat mudah untuk digunakan dan cukup selesa untuk dibawa ke mana sahaja sepanjang hari.



Day clutch
Ramai yang memanggilnya ‘the brunch bag’ untuk dipakai pada hari yang tertentu di mana anda hanya keluar untuk tempoh yang singkat selama beberapa jam sahaja dan tidak mahu membawa terlalu banyak barang dalam beg anda. Sequined clutch agak comel untuk waktu tertentu, namun anda pasti mahukan clutch dengan rekaan yang kasual dan boleh digunakan pada bila-bila masa.


Weekender
Ianya bukan sekadar beg yang anda boleh gunakan untuk berkelah di tepi pantai, tetapi beg bersaiz besar ini adalah antara jenis beg wanita yang perlu ada dalam kehidupan seharian setiap orang.



Evening clutch
Ini adalah antara kegemaran ramai wanita di luar sana kerana ianya cukup cantik sekali untuk digayakan dengan baju gaun malam!


Structured day tote bag
Ini adalah beg yang anda perlu dapatkan untuk ke tempat kerja. Dapatkan yang bersaiz besar jika anda perlu membawa tablet dan komputer riba, fail serta kertas-kertas kerja. Beli beg tangan tote yang bersaiz sederhana jika anda lebih berminat untuk menggunakannya bagi meletakkan barang-barang biasa seperti telofan bimbir, barangan solekan dan sebagainya. Dapatkan dalam warna klasik agar anda tidak perlu risau ia tidak padan dengan gaya anda.

Kalau hampa dok pening kepala nak beli dekat mana, beli sahajalah di ZALORA. Hanya dengan satu klik anda mampu membeli dan menunggu pesanan anda tiba di hadapan rumah anda. Senang kan! Apa lagi. Dapatkan ia sekarang!.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...