lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Saturday, April 30, 2016

Resepi Steak Salmon

Haritu pergi Secret Recipe tengok harga Salmon Steak amboi kemain RM34.00 (kalau tak silap la tapi yang pasti bagi seorang student macam saya harga tersebut terlalu mahal). Sebab tekak dah teringin pergi beli dekat supermarket Salmon Fillet. Ambil yang paling murah je. Paling murah pun satu slice dalam RM13 (tambah lagi seringgit boleh dapat 2kilo ikan kembung). 

Tips nak beli Salmon fillet is make sure ambil yang with skin. Sebab bila grill dia akan jadi crunchy-crunchy. 

Resipi ni memang senang and actually sesuai untuk orang yang diet dan pemalas. 

Hanya memerlukan 4 bahan sahaja:
1) Salmon boleh guna fillet atau yang ketul-ketul tu.
2) Secubit garam
3) sos thousands island
4) sos tiram (optional)

Cara-cara:
1) lumurkan garam, sos thousands island dengan sos tiram then perapkan. Usually aku perap dalam sehari dua. Takyah lama pun takpe. 
2) Panaskan kuali then letak minyak zaiton. Taknak letak pun takpe. Then grill lah dengan hati yang gembira. I like to make it crispy at the outside but soft in inside. Don't overcooked. Make sure ada moist moist juice ikan tu lagi. Baru umph!
Masa untuk masak =)
Bila nak makan tu boleh la letak sos thousands island tu lagi. 
Kasi close up sikit.. Haaa tergoda tak?

Till we meet again. Selamat mencuba. Sekali skala bertukar ke selera western tak salah kan. 

Friday, April 1, 2016

Hong Kong Alone

Finally, after dah berbulan-bulan balik dari Hong Kong now only I have time to write an entry about Hong Kong. Alahai macam tak basi je cerita. Basi tak basi still nak tempek jugak dekat blog. Disebabkan last year aku tak keluar jalan daripada Malaysia dan parents aku plak berhoneymoon di Turki jadi ini dikatakan hadiah buat aku la. Hehehe.

Dari dulu lagi pernah cakap ngan abah "ADIK NAK PI DISNEYLAND" and finally disaat dua paper final exam semester mahu berakhir abah call dan cakap "Tarikh sekian sekian pergi Hong Kong tau". Macam nak meloncat keriangan aku. Tapi cool. We have to act cool. Memandangkan ini merupakan first trip aku gi overseas without parents, debor gak la rasa. Bayangkan gi tempat orang yang sah-sahlah diorang tak cakap english memang mencabar tapi memandangkan aku gi dengan Travel Poto & Tours kira okaylah sikit.

This is Hong Kong Aiport, sangat-sangat bersih dan cantik dan lagi lagi besar daripada KLIA 2. Takat ni antara negara yang lain ni airport yang paling besar la dan takde pekerja Bangla okay semua pekerja local. Masa ni ada mood-mood rindu rumah lagi. Mengada!

Our first destination is Victoria Peak, Kita boleh nampak the whole view of Hong Kong from this Victoria Peak. Angin yang tiup pada ketika ini takat sepoi-sepoi bahasa tapi kesejukkan dia takyah cakap la. This is one of the best place to run from the scorching hot of our weather. Dekat atas ni bukan takat view jelah tapi siapa ado Hard Rock Cafe. Menitis air mata jugak masa beli baju Hard Rock Cafe dekat situ. Mahal ya ampun. 

The main highlight kalau sampai dekat Hong Kong seharusnya Hong Kong Disneyland. Umur dah 20 tapi bila sampai je sini tukar balik jadi 6 tahun. Bagi aku for those with anak is worth to go. Tapi tahan la sikit sejuknya, Sebab it totally outdoor so kalau sejuk duduk jelah situ tak kemana-mana. 


Tempat wajib untuk bergambar. Oh I missed my abah that time. Jurufoto professional kot and bila jalan sorang-sorang harap orang je ambilkan gambar ko. Hurm takleh nak demand gambar lawa sangat la. 

I have no idea karakter kartun apakah ini. Tapi yang pasti dia sangat comel..

The cinderella Castle. At night korang boleh tengok fireworks dekat Cinderella Castle ni which is one of the place that should go and I found it very romantik. Sambil tengok firework dengan iringan lagu Walt Disney. Memang romantik. 


Since I am a big fan of Duck Duck. So here it is the two duck. Donald dengan Daisy pakai baju Cina. hehehe. Owh, aku adalah shopping tshirt dekat sana. menangis jugak masa nak bayar. Sehelai Tshirt dalam harga RM150. Tak pernah lagi aku beli baju semahal tu tapi kenang-kenangan kan.

 
Ini adalah habour untuk tengok mainland. Aku sebenarnya tak beberape paham sangat jalan dekat Hong Kong ni. Kejap mainland kejap island. 

Sampai disini sajalah warkah buat kalini. Acewah. Sebenarnya aku stay up untuk study kimia. Alang-alang tengah rehat ni gunakan masa untuk update sikit. Sikit je tak banyak pun. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...