lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Sunday, February 26, 2017

Bio Essence

Dulu akak tak pernah nak reti jaga muka nie. Pencuci muka pun pakai bila dah tingkatan 4 masa tu jangan dipandang muka akak yang terlalu banyak sangat jerawat takut nightmare pula nanti. Zaman asasi mulalah belajar pakai bedak dan bila tengok orang pakai macam-macam jenis produk mulalah hati ini terdetik nak cuba. =P

Disebabkan bio essence adalah antara produk yang mahal bagi seorang student yang tidak mempunyai side income seperti saya jadi terpaksalah melupakan impian untuk membeli satu set dan nak beli pun terpaksa tunggu promotion yang kaw kaw kababom!

Produk bio essence yang pertama akak beli ialah Bio Essence 24K Bio-Gold Platinum dual eyes essence. Disebabkan akak banyak baca review and orang bagi good review about it tapi bila aku pakai my dark circle and eyebag is still there. Agaknya mungkin sebab akak punya eyebag degil sangat kot tapi bila pakai rasa sekitar mata sangat fresh dan tegang. Tapi macam biasa lain orang lain kadar keberkesanannya. 
Bekas yang simple tapi nampak ekslusif mungkin kerana ada warna gold kot. 

Produk bio essence yang akak beli ialah Gold Water. Beli sebab kebetulan masa singgah Watson ternampak promo botol kecik hanya untuk RM20. Fungsi gold water ini adalah untuk mengurangkan garis halus dan kedutan. Saja je akak nak try pakai. Gold water ni sangat best dan cepat serap ke dalam kulit. Less than a minute untuk kering. Senang bagai sesiapa nak pakai krim muka lepas tu.  

Disebabkan botolnya yang kecil, ia sangat mudah untuk dibawa kemana-mana. Lepas sembahyang pakai muka jadi fresh je. 

p/s: Nak lawa kenalah melabur. Acewah. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...