lebah juling??


kawan-kawanku yang amat kusayangi..

Sunday, February 26, 2017

Bio Essence

Dulu akak tak pernah nak reti jaga muka nie. Pencuci muka pun pakai bila dah tingkatan 4 masa tu jangan dipandang muka akak yang terlalu banyak sangat jerawat takut nightmare pula nanti. Zaman asasi mulalah belajar pakai bedak dan bila tengok orang pakai macam-macam jenis produk mulalah hati ini terdetik nak cuba. =P

Disebabkan bio essence adalah antara produk yang mahal bagi seorang student yang tidak mempunyai side income seperti saya jadi terpaksalah melupakan impian untuk membeli satu set dan nak beli pun terpaksa tunggu promotion yang kaw kaw kababom!

Produk bio essence yang pertama akak beli ialah Bio Essence 24K Bio-Gold Platinum dual eyes essence. Disebabkan akak banyak baca review and orang bagi good review about it tapi bila aku pakai my dark circle and eyebag is still there. Agaknya mungkin sebab akak punya eyebag degil sangat kot tapi bila pakai rasa sekitar mata sangat fresh dan tegang. Tapi macam biasa lain orang lain kadar keberkesanannya. 
Bekas yang simple tapi nampak ekslusif mungkin kerana ada warna gold kot. 

Produk bio essence yang akak beli ialah Gold Water. Beli sebab kebetulan masa singgah Watson ternampak promo botol kecik hanya untuk RM20. Fungsi gold water ini adalah untuk mengurangkan garis halus dan kedutan. Saja je akak nak try pakai. Gold water ni sangat best dan cepat serap ke dalam kulit. Less than a minute untuk kering. Senang bagai sesiapa nak pakai krim muka lepas tu.  

Disebabkan botolnya yang kecil, ia sangat mudah untuk dibawa kemana-mana. Lepas sembahyang pakai muka jadi fresh je. 

p/s: Nak lawa kenalah melabur. Acewah. 

Saturday, February 25, 2017

Turki

Turki is the first vacation of 2017! ayat macam banyak bebenor kau melancong dalam setahun yek padahal setahun sekali jek =P

Sebab Turki antara tempat holiday yang best dan I have been visited too many places in Turki (sebab pergi Turki kalini lama sikit so akak akan pecahkan story ke beberapa bahagian, itu pun kalau rajin update. Mohon doakan akak rajin update ye).

First of all nak cakap thank you to Abah sebab sponsor holiday nie and mak pulak sponsor duit belanja dekat sana =)

Akak pergi turki kalini dengan syarikat Andalusia (selalu pergi dengan POTO travel and tours je). Ini diingatkan sekali lagi akak bukan backpackers ye akak packagers. hahaha. Sebab akak pergi sorang akak anak bongsu akak anak perempuan jadi ko jangan harap mak akak nak bagi akak pergi sorang-sorang. Package nie include ticket flight pergi balik, holiday, makan minum 3 kali sehari only costs less than RM4 000 for 10 days and 7 nights. Kira murah okay. Tempat berbagai-bagai tempat. Since orang Turki tak reti cakap english jadi part bercakap tu susah sikit so bila ikut travel agency sonang sikit. Lebih-lebih lagi syarikat Muslim jadi part sembahyang tu terjaga sikit. Antara kau nak sembahyang atau tak nak je. Untuk shopping dekat sana I only spend 250 USD, Tak banyak beli barang pun cuma adalah sedikit buah tangan untuk family yang tercinta. Orang tercinta je takde sebab beliau tidak wujud. *Still searching for the right one.

Akak belanja gambar as teaser je dulu. Lepas transfer gambar dalam laptop insyaALLAH akan update sampai kamu semua penat nak baca.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...